Camping di D’Sungai Lui Campsite | Ini merupakan tapak camping kedua kami selepas ke Tupai Emas Campsite. Namun muka bumi di D Sungai Lui Campsite ini berbeza, jadi persediaan kami kali ini agak berbeza. Jika di Tupai Emas tidak terlalu luas tapaknya, namun kali ini, kami dapat buka selebar-lebar awning dan semua tingkap yang ada. Puas hati betul rasanya.

Ini adalah pengalaman kedua kami camping, tarikhnya pula pada 21/12/2023 – 23/12/2023 bersempena birthday dedi. Sambutan birthday dah buat siap-siap malam sebelum datang, kalau tak, tak jadi la surprisenya. Kek takde kat campsite. Heheh.
D’SUNGAI LUI CAMPSITE REVIEW
Terlebih dahulu terima kasih Mommy ucapkan buat pembaca baru blog Mommy disebabkan niche tulisan Mommy dah bertambah sekarang ini. Kini mungkin banyak melibatkan camping sebab ini adalah hobi terbaru Mommy sekeluarga.

Ok untuk campsite kali ni, kita akan menyelami pengalaman unik di D’Sungai Lui Campsite! Sekiranya korang adalah pencinta alam dan mencari destinasi perkhemahan yang menyegarkan, D’Sungai Lui adalah tempat yang sempurna untuk melarikan diri dari hiruk-pikuk bandar.

Perjalanan ambil masa sejam lebih dari rumah Mommy, dan kami pun bertolak awal pagi sebab rancangan kami nak sarapan di sana.
Keindahan Alam Semulajadi
D’Sungai Lui Campsite terletak di tengah-tengah keindahan semula jadi, menghadap Sungai Lui yang menenangkan. Suasana yang tenang dan hijau sekelilingnya memberikan pengalaman yang membangkitkan semangat dan meremajakan jiwa. Ewah.

Ini adalah pandangan mata dari kami sejurus tiba di sana.
Booking sebelum datang
Untuk datang ke sini, korang perlu booking dahulu dengan Campsite Owner, iaitu Puan Fidah (011-28557691). Korang jangan risau tau, Kak Fidah ni mudah mesra dan sangat prihatin dengan kehendak campers. Dalam kes ni, kami sendiri berpengalaman di mana kami dapat tukar tapak lain, dengan syarat, tidak mengganggu booking orang lain la.
Tiada masa tetap Check In dan Check Out
Buat masa sekarang, tiada waktu tetap untuk check in check out, kecuali jika tapak korang tu ada orang lain nak juga, better check out jam 12 la. Otherwise, confirm betul-betul tiada orang lain yang nak tapak tu, boleh la check out jam 6 petang.
Kemudahan Asas yang Disediakan
Kemudahan asas di D’Sungai Lui Campsite termasuklah :
- tandas bersih (cangkung)
- tempat mandi (ada tong drum besar dan paip di dalam tandas)
- shower luar toilet
- sinki
- surau (jenis open)
- kolam kanak-kanak
- boleh sewa tube
- ada plugpoint. Better bawa cable 10m-15m untuk kesenangan
- ada wheelbarrow (kereta sorong). Kalau ramai guna, kena bersabar tunggu turn, unless bawa wagon sendiri
- parking dekat
- tiada caj tersembunyi
- hanya perlu bayar kos tapak (sudah termasuk harga parking)
- ada lampu. even di tapak kami (T6), betul-betul atas tent.
- tidak dibenarkan masak nasi guna rice cooker




Cafe dan Kedai Runcit
Ada Cafe & Kedai Runcit di sini. Kaunter pendaftaran pun sebenarnya di sini. Boleh beli ais juga. Senang! Ada macam-macam menu masakan. Cuma kadang-kadang habis cepat. Mommy tak sempat nak merasa laksa. Sobs. Kena repeatkah? Inshaa Allah.


Jenis dan Harga Tapak
Harga tapak di sini sangat affordable, cuma RM50 satu malam (untuk jenis pilihan Mommy la, tapak campervan, day trip atau chalet berbeza harga).
Tapak pilihan kami pada mulanya adalah Tapak 3, tapi selepas ke sana, Tapak 0-4 agak panas. Jadi persediaan mantap adalah perlu. Tapak 5 pula redup tetapi agak kecil untuk tent Payung Camp Village L 2.2 kami.

Jadi kami pilih Tapak 6. Rupanya tapak ni hot juga. Redup, luas, ada masa panas tapi terkawal. Terjun la sungai kalau panas sangat. Cuma sungai berhadapan tapak ni memang jadi tumpuan orang mandi manda juga. Redup. Hehe.


Ada tapak campervan juga di sini.

Di bawah ini adalah peta campersite. Mommy di T6. Hot spot tau. Cunnnn!

Sungai mesra kanak-kanak
Sungai tidak lah dalam sangat, mesra kanak² cuma laju. Best juga la berendam cuma banyak pasir masuk baju dan seluar. Jadi, sebelum balik ke khemah tu, wajiblah bilas dan mandi terus di shower berdekatan.

Memancing
Boleh memancing di sungai ini jika nak. CO sangat best ye, baik betul melayan. Siap buat joran dari buluh untuk suami haaa.
Sampah
Sampah bawa balik sendiri atau boleh buang kat kawasan sampah di sana. Tiada perkhidmatan angkat sampah korang yer. Sila bersihkan kawasan camping korang sebelum pulang. Mudahkan urusan orang lain.
PACAK TENT PAYUNG CAMP VILLAGE L 2.2 SEPUASNYA
Seronok sungguh rasanya kali ni sebab betul² dapat pacak Payung Camp Village L 2.2 yang super cantik dan luas dan selesa untuk kami anak beranak 4 orang. Syukur juga kali ni langsung tak kena hujan. Tent boleh la deco sikit² ehhehe.
Bila tapaknya luas, senang la sikit nak tegangkan awning kan? Baru terasa kepuasan kali ni.
Review mengenai tent Payung Camp Village L 2.2


– Luas dan tinggi. Tak perlu menunduk walaupun kami tinggi 163cm & 173cm masing-masing.
– Selesa untuk 4 beranak
– Boleh ada ruang rehat, storage & solat jika sebelah lagi kami letak tilam Queen Mobi Garden. Waktu malam, letak tilam Single Mobi Garden. Masih ada ruang lebih.
– Pengudaraan sangat bagus

– Awning lebar dan panjang. Tak perlu flysheet! Ini sangat jimat kos!
– Tahan panas, hujan rilek je semua
– Jenis ini adalah manual. 1st time struggle, 2nd time boleh berlagak dah
– Modal yang dikeluarkan adalah berbaloi sebab kualiti mantap, harga marhaen.
– 5 bintang diberikan




HDAE CREW
Camping kali ni special juga sebab pertama kali ada ‘geng’ bila Pijah dari #HDAECrew KESAYANGAN Mommy since 2014, join camping sekali. Anak-anak pun seronok betul mandi sama-sama. Hope ada rezeki camping tempat lain pula nanti.

LINK BARANG CAMPING
Yang nak tahu kat mana nak beli barang camping, boleh follow Telegram Camping Stuff






PENDAPAT MOMMY
Untuk family yang ada anak kecil, sesuai untuk camping di sini. Kerana sungainya cetek. Jika semua dewasa, Mommy rasa mungkin kena explore sikit lah apa-apa aktiviti yang boleh dibuat. Contohnya memancing tu.

Kami pun tidaklah explore seluruh kawasan sungai kerana takut mengganggu privasi camper lain. Jadi, kawasan kami mandi pun cuma di bahagian hadapan tent kami. Boleh lah setakat berendam. Cuma nak turun bawah tu, tak boleh terjun macam tu jer. Kena ke hujung tapak (bersebelahan Tapak 10) untuk turun ke sungai.

Oh ya ada kucing manja kat sini. Untung datang kat kami, sebab sanggup kurang makan demi bagi dorang makan haha. Rindu tau kucing kat rumah sebab selalu teman makan. Korang kalau tak suka kucing pun, jangan pula pergi curah air ke, sepak ke apa pula. Ajar anak-anak untuk jaga sikap sesama makhluk tuhan.

Waktu malam ada yang karaoke dari Tapak Kebun. Layan je la. Mujur jauh. Cuma Mommy agak terkesima sebab kita datang pun kawasan hutan. Sebaiknya jagalah adab. Nak karaoke, boleh ke pusat karaoke. Harap campsite haramkan karaoke. Kata nak healing dengar bunyi nature, bukan nak dengar orang nyanyi. Ok itu sahaja review Mommy kali ini.
Next, dah book tempat baru dah untuk 2024. Kat mana? Tunggu!