Wed. Oct 9th, 2024

RASMI PLANET S PAYUNGCAMP – DOME SHELTER TERBARU

planet S

Finally! Merasa juga nak guna dome shelter masa camping. Dan memang rezeki, tetiba je dapat rasmi Planet S PayungCamp yang memang dah lama dalam wishlist. Alhamdulillah. Planet S nama diberi khas untuk dome shelter keluaran pertama PayungCamp. Dan dengar cerita, bulan 7 nanti akan keluar Planet L pula yang boleh memuatkan lebih ramai orang. Planet S ini mampu memuatkan antara 4 hingga 6 orang. Memang selesa lah.

Mommy pening juga pada mulanya kat mana Mommy nak unbox Planet S ni. Akhirnya Mommy decide nak picnic di Port Dickson sambil unbox. Mujurlah cuaca beri kerjasama. Pantai Port Dickson sekarang dah tak macam dulu. Dah tak bebas nak pasang tent ikut suka di pantai awam. Ini semua mungkin disebabkan sikap manusia sendiri.

PICNIC DI PANTAI PORT DICKSON DENGAN PLANET S

Pada mulanya kami pergi pantai yang kami pernah pacak khemah instant decathlon di Pantai Bayu, tapi baru je sampai parking, dah ada signage tak boleh pacak dah sekarang. Hmm. Rupanya pantai ni termasuk dalam larangan. Padahal sini airnya bersih dan cantik. Haih.

Jadi, kami teruskan perjalanan dan redah sahajalah mana yang kami jumpa. Mommy tak pasti nama kawasan yang kami berhenti tu, tapi kami masuk lepas nampak signage Tapak Campervan.

Masa ni risau juga nak pasang Planet S ni sebab tak nampak ada sebarang khemah ke, atau sesiapa yang picnic lengkap dengan meja. Bila jalan ke dalam sikit, barulah nampak kat kawasan hujung ada yang pacak flysheet.

So yakin lah sedikit. Dan kawasan kami pacak tu ada beberapa ekor anjing. Risau la pulak. Tapi rupanya anjing-anjing di situ tak ganggu kami langsung. Alhamdulillah.

CIRI-CIRI PLANET S DOME SHELTER PAYUNG CAMP – KENAPA PERLU BELI

Mommy nak kongsi dengan korang kenapa Planet S adalah pilihan terbaik untuk sebarang kembara, piknik atau aktiviti perkhemahan korang.

REKA BENTUK ERGONOMIK DAN STABIL

  • Reka Bentuk Dome (Dome Design) : Struktur dome memberikan kestabilan yang lebih baik berbanding reka bentuk lain, terutama dalam menghadapi angin kencang dan hujan lebat.
  • Kaki dan Tiang yang Kukuh : Diperbuat daripada fibre glass, tiang-tiang ini ringan tetapi kuat, memberikan sokongan yang mantap.

RUANG LUAS DAN PRAKTIKAL

  • Kapasiti Besar : Planet S Dome Shelter boleh menampung 4 hingga 6 orang dewasa dengan selesa, sesuai untuk keluarga atau kumpulan kecil.
  • Reka Bentuk Tinggi : Ketinggian dome membolehkan pengguna berdiri dengan selesa di dalamnya, menambah keselesaan semasa berkemah.

KUALITI DAN KETAHANAN

  • Kalis Air dan Angin : Menggunakan 150D Silver Coated Oxford Cloth PU2000mm yang tahan lasak dan kalis air, dome shelter ini mampu menahan hujan lebat tanpa bocor.
  • Lapisan Pelindung UV : Silver Coated – Lapisan pelindung daripada sinaran UV melindungi dari sinaran matahari yang berbahaya, mengekalkan suhu dalam shelter pada tahap yang selesa dan Top Cover Silver Black Coated pula mampu menyerap haba.

SISTEM PENGUDARAAN

  • Memandangkan pintu boleh dipasang menggunakan zip, maka udara boleh keluar masuk di setiap sisi
  • Aksesori Pintu 2 dalam 1 : Direka dengan panel jaring dan lubang pengudaraan untuk memastikan aliran udara yang baik, mengelakkan pengumpulan haba dan kelembapan dalam shelter.

AKSESORI TAMBAHAN

  • Poket Penyimpanan Dalam : Beberapa poket penyimpanan dalaman yang mudah untuk menyimpan barang-barang kecil seperti telefon, lampu suluh, atau peralatan lain.
  • Cangkuk Lampu : Cangkuk yang disediakan untuk menggantung kipas, lampu atau alat pencahayaan lain di dalam shelter.
  • Pintu dijual berasingan, ada 2 jenis pintu iaitu 2 in 1 dan TPU transparent.
  • Flycover dan Groudsheet khas untuk Planet S turut dijual.

MUDAH DIPASANG DAN DIBAWA

  • Pemasangan Mudah : Sistem pemasangan yang mudah dan intuitif membolehkan anda memasang shelter dengan cepat tanpa memerlukan bantuan yang banyak.
  • Reka Bentuk Ringan : Walaupun kukuh, shelter ini ringan dan mudah dibawa, menjadikannya pilihan ideal untuk perjalanan panjang atau lokasi berkemah yang jauh.

SAIZ DAN WARNA

  • Tent Expand Size: 350cm * 350cm * 220cm
  • Storage Size : 62cm * 16cm * 16cm
  • Berat kasar : 8.3kg 
  • Pole Diameter : 9.5mm/11mm
  • Warna : Brown Sugar, Olive Green, Black

Pilihan Mommy adalah Olive Green.

KESELESAAN PENGGUNA

  • Ruang Luas : Memberikan ruang yang mencukupi untuk tidur, bersantai, atau menyimpan peralatan berkemah.
  • Tinggi : Membolehkan anda bergerak dengan bebas di dalam shelter tanpa perlu membongkok, menambah keselesaan keseluruhan.

MUDAH DIBERSIHKAN

  • Mudah Dibersihkan : Material planet S yang digunakan mudah untuk dibersihkan dan dikeringkan, mengurangkan usaha penyelenggaraan selepas setiap penggunaan.

Kalau korang pun berminat, boleh beli kat 2 channel di bawah :

Nanti Mommy share bagaimana Mommy guna Planet S sewaktu camping pula. Tungguuuu!

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!