Camping di Tupai Emas | Bila diumumkan sebagai salah seorang pemenang top highest post engagement bulan Oktober 2023 di group FCM ini, mula-mula rasa blur. Sungguh! Apa nak buat ni? Menang pula tapak camping 3 hari 2 malam di Tupai Emas, Hulu Rening, Batang Kali.
Mommy nak ucapkan terima kasih kepada admin dan group Family Camping Malaysia serta penaja giveaway campsite TUPAI EMAS . Mommy dah claim hadiah.
Risau fikirkan masa tu yang kami hanya ada tent Decathlon yang hanya memuatkan 2 orang haha. Kerusi healing pun tak ada. Namun, lepas berbincang dengan suami, kami decide untuk sahut cabaran ini.
Baca : Pengalaman pertama camping di Port Dickson
Rata-rata komen yang Mommy dapat bila sebut dapat tapak di Tupai Emas adalah :
- Wow, 1st camping kat Tupai Emas dah?
- Mantap weh.. Tupai Emas tu semi wild. Padu la
- Wow untung. Nanti bagi review tau
- Jangan lupa studi tips nak handle tent dalam hujan
- Sungai dia best gila wooo
Dalam seronok menang giveaway, ada gelabahnya. Susah sangat ke? Risau macam-macam tapi dalam masa yang sama, berparcel-parcel barang sampai. Hihihi..
FIRST CAMPING DI TUPAI EMAS CAMPSITE
Pengalaman 3 hari 2 malam di sini dah buat kami sekeluarga rasa nak repeat. Kali ni Mommy boleh anggap yang ini adalah camping pertama kami yang proper, dengan khemah dan peralatan lain yang diperlukan.
Bila tanya anak, nak datang sini lagi ke? Memang terus akan dapat jawapan ya!
KEMUDAHAN KETIKA CAMPING DI TUPAI EMAS
Sedikit point mengenai Tupai Emas ini selepas kami merantau dan dengar penerangan CO.
- Semua tapak ada plug point (7 mlm – 7 pagi)
- Ada tandas kat area parking & area tapak cerun bukit (air bukit). Tandas dia mmg A yer
- Ada pelampung untuk disewa
- Ada kayu api dijual. Boleh cari staff situ
- Surau dalam pembinaan
- Air terlalu jernih sampai nampak dasar pasir, kalau hujan akan keruh tapi cepat jernih semula dalam tempoh 3 jam
- Ada 38 tapak
- Tak open untuk day trip
- Tapak ada penjarakan, jangan risau
- Tiada haiwan buas. Tercari-cari kot nampak Tupai Emas hihi.
- Line fon so far semua ok (kecuali Umobile)
- Ada helper tolong angkat barang (termasuk dalam harga pakej)
- CO baik dan cepat bagi respon kalau kita tanya apa²
- Jumaat, Sabtu, Ahad – check in 9am, check out boleh lepas asar
- Time cuti sek – check in/out – jam 12
- Jalan masuk boleh kata ‘wild’ juga la. Hehe.. Tapi tak la teruk sangat. Semua kereta boleh masuk, kalau lowered tu, slow² la kot.
- Apa² boleh DM En Arif sendiri (017-3399249)
JENIS TAPAK DI TUPAI EMAS
Tapak gigi sungai : No 1 – 10
- Kena menapak naik la kalau nak ke tandas
- Tapak 1 – 2 paling privasi – boleh buat common area + pacak tent – Cth keluasan yang boleh korang bayangkan : Flysheet 300×250 + tent unta L
- Tapak 3 & 4 memang dekat betul la dengan sungai (best kalau book 2 tapak ni as common area + pacak tent)
- Tapak 5-6 boleh buat tapak kembar juga
- Tapak 7 boleh gantung hammock / solo camper. Selesa juga
- Tapak 8 boleh main pasir
- Tapak 9 hot juga, ada ruang common area, kayu api, dekat dengan jeram
- Tapak 10 best juga, vidalido M muat la kalau korang tau imagine luasnya hehe
Bawah ini tapak pilihan kami. Tapak no 4.
Tapak grouping : No 11 – 20
- Tapak grouping boleh muat 12 khemah
Tapak atas cerun bukit : No 21 – 30
- Paling dekat dengan tandas
- Tapak lebih luas dari gigi sungai
- Kena turun untuk ke sungai (melalui jambatan besi @ yang dari tandas)
Tapak lain : No 31 – 36, 37-38
- Layan jer keredupan sini
- Boleh deal grouping juga
- Turun sikit boleh ke lubuk tupai emas (agak dalam la)
PENGAJARAN UNTUK KAMI
- Better book 2 tapak untuk buat common area. Agak sempit kalau nak masak + makan kalau 1 tapak ni (tapak no 4) untuk khemah jenis kami tu. Kalau book 2 tapak, boleh la add on Dome kan? Hehe
- Food storage sila jaga betul-betul. Tepi sungai kan. Macam-macam boleh ada.
- Tak terlambat untuk bagi pengalaman best untuk anak-anak, selalu sibuk kan?
- Jauh dari kesibukan harian, sangat-sangat tenang di sini! Masa ni rasa nak dating jer, tanpa pegang fon.
- Standby mental dan fizikal sebab ada kemungkinan hujan di sini, air naik pun tinggi. Tapi inshaa Allah tak pernah lagi ada kes kepala air.
TENT KAMI GUNA UNTUK CAMPING DI TUPAI EMAS
Payung Camp Family Village L 2.2 (VL2.2) Mantap di waktu hujan. Dengan sedikit teknik penjagaan, kami berjaya pastikan tent tak kotor. Nanti Mommy share mengenai tent ini dan keperluan barang camping untuk pemula (newbie) macam Mommy.
Terima kasih Family Camping Malaysia & Tupai Emas Campsite untuk Giveaway super best ini. Sekarang dah fikir nak ke mana pula lepas ini.