Camping ketiga kami, dan sebagai pembukaan di tahun 2024. Kali ini kami pilih Dusun Apak Kawww yang terletak di Batang Kali. Perjalanan ke sini dari Kajang mengambil masa hampir sejam lebih, dan kami memilih highway Rawang sebab nak elak lalu Batu Caves (kebetulan sama hari Thaipusam – 25/1/2024 – 27/1/2024).
1st impression kami bila sampai, campsitenya bersih! Daun pokok takde langsung. Rupanya ini memang jadi salah satu pujian campers sebelum ini di mana campsite ini memang terjaga dan bersih.
Memandangkan kami tiba seawal jam 9 pagi, dan memilih tapak random, jadi kami ada pilihan untuk pilih tapak mana yang berkenan di hati. Pilihan kami yang berhadapan dengan tandas perempuan, surau dan sinki. Mudah sikit pergerakan.
CAMPSITE REVIEW DUSUN APAK KAWWW
Sedikit review mengenai campsite Dusun Apak Kawww :
1. Lokasi
– Terletak di Batang Kali
– Lokasi yang indah dengan pemandangan alam yang menakjubkan.
– Udara segar dan nyaman, jauh dari kebisingan bandar.
2. Kemudahan
– Ada plug point (sebaiknya bawa kabel 20m). Kos dicaj per malam (asing dari kos tapak)
– Parking kereta di tepi / berdekatan dengan tapak (ini memang bonus!)
– Ada surau
– Sinki berdekatan
– Tandas wanita dan lelaki berasingan (pakai selipar yang disediakan untuk kurangkan pasir masuk ke tandas)
– Tapak yang banyak (tak pasti berapa jumlah total tapak, tapi dari start jalan masuk dah ada campers)
– Ada tapak privasi (berbumbung)
– Mini kedai runcit (jual ais, gas, arang, megi dan AIR TEBU wajib cuba)
– Ada sewa pelampung
– Dusun buah
– Sampah dikutip setiap hari, jadi ikat betul-betul
– Dedaun gugur dikaut setiap pagi jadi tapak maintain indah di mata.
3. Aktiviti
– Sungai mesra kanak-kanak (best giler boleh main pelampung dan hanyut kemain jauh hihi) Mak bapak pun layan habis.
– Anak-anak kecil perlu dipantau sebab air sungainya laju juga.
– Sungai sejuk dan berbatu (better pakai water shoes)
– Boleh memancing (Husband berjaya pancing ikan sebarau) di Sungai (ada sign) berdekatan.
4. Pengurusan
– Perlu booking terlebih dahulu (Eya +60108910443)
– CO yang mesra dan sangat membantu
– Bagi layanan yang baik dari mula sampai hingga kami pulang
– Anytime boleh contact CO sebab ada group wasap sementara
– Check in jam 930 dan check out jam 6 petang (kami tetap balik awal sebab takut kena kemas tent dalam hujan punya pasal)
PENGALAMAN DAN PENDAPAT MOMMY
1st day dah experience hujan around 4pm dan berlarutan sampai pagi hari kedua. Semua barang di depan tent ditutup. Mujur semua barang ringan dan mudah diangkat.
Warning
Ada lipan bara bawah GS kami masa kami nk check out, jadi spray dulu dengan Baygon sebelum pasang tent ye. Dannnn.. ada ulat bulu di tapak kami, kurang pasti di tapak lain. Standby je la Baygon tu selalu. Untuk orang yang introvert, mungkin tapak kami tu kurang sesuai disebabkan berhadapan dengan orang lalu lalang. Jadi, pilihan di tangan kalian.
Dusun Apak Kawww ini sesuai untuk keluarga, rakan sekerja, atau sesiapa yang mencari ketenangan sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Sangat santai. 5 bintang diberikan.
Ini view malam
Camping ni best biarpun hujan ke, angin kuat ke, panas ke, barang banyak ke, janji enjoy! Anak-anak pun happy.
PAYUNG CAMP VILLAGE L 2.2
Masih dengan Payungcamp Village L2.2 yang padu menahan angin kuat dan hujan, seperti di Tupai Emas Campsite dan Sungai Lui Campsite, bezanya kali ini adalah tapak batu kerikil. Jadi, less percikan kotoran andai ada hujan.
Kalau korang nak cari barang-barang camping macam Mommy, boleh follow telegram Camping Stuff ini.
Pingin banget kapan2 bisa campsite bareng temen. btw, lokasinya bisa jadi whitelist nih,, thanks
bestnyaaaa rindu nak camping tapi laki tak minat hahahhaha tunggu anak besor la…