Fri. Oct 4th, 2024

NATURA CAMPGROUND – SANTAI RAYA GATHERING PAYUNGCAMP

NATURA CAMPGROUND

Natura Campground | Bila dah sebulan tak camping sepanjang bulan puasa, rasa hati ni tak keruan. At least kena ada juga walau sekali untuk camping lepas raya. Dan peluang tu datang bila geng PayungCamp offer untuk ke Santai Raya Gathering di Natura Campground pada 26-28 April 2024. Dalam masa yang sama terfikir kerusi healing dah patah 1. Nak tak nak, kena juga ganti 1.

NATURA CAMPGROUND

PERJALANAN KE NATURA CAMPGROUND

Perjalanan ke Natura mengambil masa 2 jam dari Kajang. Jadi, kami perlu rancang betul-betul demi keselesaan anak di dalam kereta. Misi kami adalah kurangkan barang. Nak betul-betul minimalis pun tak boleh juga sebab kali ni bawa 4 kerusi. Risau juga pada mulanya kenapa lepas pasang songkok pun, barang tak berkurang. Maybe lepas ni kita kurangkan kerusi tu. Alhamdulillah berjaya kemas elok-elok dalam kereta tanpa perlu letak sebarang barang di seat belakang. Jadi, tidaklah mengganggu anak-anak.

Baru 15 minit perjalanan, singgah ke Petronas untuk isi minyak, baru teringat baju raya yang dah siap iron tu, tertinggal. Adoi. Benda paling pantang dalam hidup adalah patah balik. Sebab risau ada je yang tak kena. Hmmm.

SAMPAI DI NATURA CAMPGROUND

Alhamdulillah selamat tiba di Natura Campground. Sebenarnya sebelum sampai tu kami ada singgah ke Speedmart terdekat memandangkan kami tak bawa langsung sebarang makanan mentah. Tak banyak sangat la kedai area kawasan ni. Jauh sedikit kalau nak cari pun. Ais pun guna apa yang ada kat rumah je sebab kos campsite ni dah termasuk ais.

NATURA CAMPGROUND
Kredit gambar : En Syahrul

Disambut masuk dari pintu oleh tuan empunya campsite, kami terus ke tapak. Jadi dari pandangan masuk, tapak sebelah kiri ada dewan, tandas utama dan tapak campsite. Sebelah kanan pula ada kolam mandi dan juga tapak campsite. Dan chalet pun ada khas untuk mereka yang nak berehat di sini tanpa memasang sebarang khemah.

Plugpoint terpaksa buat looping dari chalet hobbit ke tent Mommy, dan berkongsi dengan jiran-jiran sebelah. Minus point tentang perkara ini sebab rasa macam bahaya jer kan? Tapi tiada pilihan.

AKTIVITI SANTAI RAYA GATHERING

26/04/2024

Mommy berjiran dengan sahabat yang selalu berborak dalam group wasap Payung iaitu Neo dan juga family Abe Har & Zue. Nak berborak dengan orang lain, masih di fasa introvert. Huhu. Sekadar senyum sahaja lah jika bertembung di tandas ke contohnya. Lagipun, tiada aktiviti lagi sepanjang hari pertama di sini. Cuma masing-masing keletihan setup tent. Mommy pula jenis yang tak mampu nak tunggu Daddy balik dari solat Jumaat, slowly Mommy kemas dan pasang semua benda. Nak pengsan rasa.

NATURA CAMPGROUND

Mommy ada la juga visit tent lain dan seterusnya ke kawasan air terjun mini di sini. Halus je airnya masa kami di sini. Anak-anak memang lupa dunia terus. Dari sampai hingga ke petang ni, berendam je kat kolam air sungai di sini.

Perhatian : Buat peminat sungai, jangan expect ada sungai macam biasa di sini ya. Ada sungai comel macam ni je dan kolam untuk anak-anak.

Waktu petang pula ada geng Payung yang dah mula membakar lemang. Rajin betul. Waktu malam pula, Mommy tidur awal sebab keletihan yang amat. Memang dah tak mampu nak stay lagi dah.

NATURA CAMPGROUND

27/04/2024

Aktiviti hari ni semestinyalah makan-makan. Sebab semua peserta bawa menu masakan masing-masing. Kami sekeluarga bawa ketupat palas dan serunding. Memang kenyang dan rasa layu betul mata lepas tu. Oh ketupat palas ni dari air tangan mak mentua. Hehe.

NATURA CAMPGROUND

Dan tak lupa, masing-masing segak dengan lengkap berbaju raya. Mommy memang siap awal sebab nak makeup haha. Dalam hutan pun nak makeup eh? Ye la.. Kang kusam pulak muka berbaju raya. Ambil kesempatan untuk posing sekejap depan tent kan. Alang-alang.

Panas amat sampai ada yang migrain dan demam hari ini. Masa ni masing-masing tak perasan langsung yang kulit badan dan muka dah mula terbakar teruk.

Ada sesi pemberian duit raya juga buat anak-anak. Alhamdulillah. Terima kasih yang sudi menghulur. Maafkan anak saya yang lelaki (bila tengok balik video), terlupa nak salam uncle-uncle yang bagi duit tu. Dia autism ya. Mommy pun tak sempat nak tegur.

Sesi bergambar pun turut diselitkan selepas semua sudah selesai makan. Masing-masing cantik dan kacak belaka berbaju raya.

NATURA CAMPGROUND

Waktu di tent, ada Mommy minta Ariq passkan cawan untuk Daddy yang sedang basuh pinggan masa tu. Punya laju dia lari sampai tak perasan yang kepalanya betul-betul dekat dengan bucu atap chalet Hobbit tu. Terluka la juga dek ketajaman hujung atap tu. Tskk.

Mujur jiran ada minyak gamat. Dan time ini lah teringat yang Mommy ‘sengaja’ tinggalkan beg first aid sebab selama camping, tak pernah pakai. Time nak pakai, takde pula. Nak menyesal pun tak guna.

Cuaca panas berdenting buat anak-anak Mommy serta Daddy akhirnya tertidur dalam tent. Mommy memang tak tahan la kalau nak lepak dalam tent tu unless ada aircond. Huhu.

Aktiviti petang memang makan dan tidur je lah. Tak buat apa sangat. Anak-anak pun sambung mandi bila waktu petang. Waktu malam pun sama. Tidur awal je ahahaha.

28/04/2024

Pepagi belum mandi, jenjiran campsite ajak datang lepak breakfast sekali. Berkali-kali panggil sampai akhirnya Mommy yang segan amat ni, terpaksa juga la angkat kerusi dan letak sekali bersama yang lain. Hmm.. permulaan je segan. Once dah rasa selesa, barulah boleh nak berborak macam dah lama kenal. Huhu. Begitulah daku ye..

Best rupanya bila gather macam ni. Dah la semua makanan sedap-sedap. Best la untuk Mommy yang tak reti masak ni haha. Cuma tak mampu nak menyumbang apa-apa masa ni sebab tak sempat masak pun lagi. Huhu. Terima kasih buat semua geng payungcamp.

Baca juga : Camping di Dusun Apak Kawww

KHEMAH PAYUNGCAMP – VILLAGE L 2.2

Macam biasalah, tent kami Village L 2.2 dari Payung Camp. Cubaan untuk minimalis kali ini dikira berjaya la jugak. Cepat juga pasang dan kemas. Barang tak terlalu banyak berbanding sebelum ni. Namun, macam biasa, Mommy sentiasa akan fikirkan nak kurangkan lagi barang lepas ini. Benda pertama yang pasti nak kurang adalah segala rak termasuk rak dapur.

Ok next trip ke mana pula? Rasa nak ke pantai lahh.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

One thought on “NATURA CAMPGROUND – SANTAI RAYA GATHERING PAYUNGCAMP”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!