Buang Kutil Muka | Bagi sesetengah orang, ada kutil, jeragat timbul atau skin tags di muka boleh menjejaskan keyakinan diri. Mommy sendiri pun sebenarnya mempunyai perasaan yang sama namun sedikit lega kerana kurang ketara. Ia tersembunyi di sebalik tudung kerana kutil ini tumbuh di bahagian tepi muka dan leher.


Kadang-kadang rasa geram juga nak buang sendiri tetapi risau pula jika cara tak kena, boleh melukakan kulit, risiko jangkitan kuman dan meninggalkan parut. Jadi hari ni Mommy nak kongsi sedikit maklumat mengenai kutil dan cara membuangnya dengan lebih selamat dan berkesan.
APA ITU KUTIL?
Kutil, skin tags atau seborrheic keratosis adalah pertumbuhan kulit yang ada di lapisan atas kulit, biasanya ditemui pada orang dewasa disebabkan peningkatan usia. Dan ianya tidak berbahaya. Maksudnya, jika tidak dibuang, tidak akan memberi sebarang risiko yang bahaya buat individu tersebut. Ia biasa berlaku di bahagian kelopak mata, muka, leher dan ketiak.

Tetapi, memang ada individu yang rasa tidak selesa dan kadang-kadang sakit apabila permukaan kutil tersebut bergesel dengan pakaian contohnya. Seperti Mommy sendiri, agak tidak selesa bahagian leher dan perkara ini harus ditangani segera.
APA FAKTOR UTAMA KUTIL INI TERJADI?

Tiada penyebab utama yang jelas namun kutil ini boleh berlaku apabila :
- ada iritasi kulit hasil geseran antara pelipat badan
- ada keturunan di dalam keluarga
- sering terdedah kepada sinar matahari
- hormon ketika mengandung contohnya
- jangkitan HPV dan
- insulin resistance (kerintangan insulin merupakan keadaan di mana jumlah insulin yang normal tidak mencukupi untuk menghasilkan tindak balas insulin normal terhadap sel lemak, otot dan juga hati).
Jadi, jika korang mempunyai masalah ini, Mommy nasihatkan korang terus cari pakar, sebaiknya klinik yang diiktiraf, bukan spa tau, untuk membolehkan doktor sendiri yang menganalisis kulit dan mencadangkan rawatan yang sesuai.
RAWATAN BUANG KUTIL MUKA DENGAN LASER
Pilihan rawatan kutil termasuk kaedah konvensional seperti krioterapi (bekukan) atau asid salisilik (pengelupasan kulit). Namun, satu kaedah yang semakin popular adalah rawatan laser. Ini melibatkan penggunaan sinar laser untuk menghancurkan sel-sel kutil. Berikut adalah beberapa kelebihan rawatan laser:
Ketepatan
- Laser membolehkan doktor menyasarkan kawasan kutil secara tepat tanpa merosakkan kulit di sekitarnya.
Kesan Cepat
- Seringkali, hanya satu sesi rawatan laser sudah mencukupi untuk menghilangkan kutil.
Kemungkinan Risiko Rendah
- Risiko komplikasi seperti jangkitan atau pembentukan parut adalah lebih rendah dengan rawatan laser.
Namun, seperti semua prosedur yang lain, terdapat faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih rawatan laser. Kos, keselesaan, dan lokasi kutil adalah beberapa perkara yang perlu dibincangkan dengan doktor sebelum membuat keputusan.
PENGALAMAN BUANG KUTIL MUKA DI RENORA CLINIC
Kutil mungkin tidak membahayakan tetapi boleh menjadi sumber kebimbangan dan ketidakselesaan. Rawatan laser adalah salah satu pilihan terkini yang semakin mendapat populariti. Namun, sebelum memilih rawatan mana pun, adalah penting untuk berbincang dengan doktor untuk memilih yang paling sesuai dengan keperluan dan keselesaan individu.

Jadi Mommy ingin berkongsi pengalaman menyingkirkan kutil di wajah Mommy menggunakan rawatan laser di Renora Clinic Bangi bersama Dr Ruhil baru-baru ini. Sebenarnya ini adalah rawatan laser kali kedua yang Mommy pernah buat untuk singkirkan kutil. Kali pertama adalah pada tahun 2018. Lama dah kan?
MENGENAL PASTI MASALAH KULIT
Permulaan rawatan ini adalah Mommy dibawa masuk ke bilik konsultasi terlebih dahulu untuk diagnos kulit wajah. Hasil daripada scan kulit, Mommy dapati wajah Mommy kurang masalah lain kecuali kutil yang timbul di bahagian tepi wajah.

Penggunaan sunscreen sangat penting ya di mana jeragat boleh dielakkan walaupun usia bakal mencecah 40 tahun depan. Blackhead pun boleh nampak ada 2,3 titik je. Hehe. Alhamdulillah.




PERBINCANGAN DENGAN DOKTOR
Sebelum memutuskan untuk menjalani rawatan laser, Mommy berbincang secara terperinci dengan Doktor Ruhil, iaitu Doktor Pakar Kecantikan yang mempunyai lesen LCP yang diiktiraf KKM. Beliau menjelaskan kelebihan dan risiko rawatan ini.

Salah satu kelebihan utama ialah ketepatan rawatan, di mana laser dapat menyasarkan kawasan kutil secara tepat tanpa merosakkan kulit sekitarnya. Risiko komplikasi seperti jangkitan atau pembentukan parut juga dikatakan rendah.
SESI RAWATAN
Sesi rawatan bermula dengan pencucian wajah terlebih dahulu (facial). Semua kotoran di muka akan dipastikan bersih dan bebas daripada sebarang kuman. Mommy juga ada tambah servis urutan di kepala, bahu dan tangan. Segar betul rasanya bila diurut sebegini.


Seterusnya diletakkan numb cream selama 30 minit untuk proses rawatan laser nanti.


Sesi rawatan laser membuang kutil muka ini adalah cepat dan kurang menyakitkan daripada yang Mommy jangkakan. Mungkin juga kesan meletak numb cream terlebih dahulu. Walaupun terdapat rasa kecil bakar, tetapi ia adalah sesuatu yang dapat ditanggung. Proses ini memakan masa hampir 45 minit mungkin disebabkan banyak kutil di tepi wajah Mommy.



Selepas sesi rawatan laser, Mommy diletakkan hydration mask dan melalui sesi cooling therapy selama 10 minit.


Kemudian, Mommy dipakaikan pelembap dan sunscreen untuk penjagaan maksimum.



NASIHAT PENJAGAAN
Ya downtime memang ada iaitu selama 3 hingga 5 hari namun wajah Mommy masih mampu ‘sembunyikan’ kesan laser dan kuping luka sementara tersebut di sebalik tepi tudung. Pedih juga hari pertama apabila bergesel dengan tudung.


Mommy dinasihatkan untuk elak berjemur atau terdedah di kawasan yang panas, tetap memakai pelembap dan sunscreen setiap hari. Doktor ada bekalkan krim juga untuk disapu di kawasan luka.
Mommy agak sedikit menyesal kerana tidak buang kutil bahagian leher sebab kawasan ini pun sebenarnya agak mengganggu. Kadang-kadang Mommy selalu tarik kerana tidak selesa. Mungkin sesi lain diperlukan untuk buang kutil di kawasan ini pula.
PENDAPAT MOMMY
Mommy puas hati dengan hasil rawatan ini. Dari hari ke hari, Mommy tengok kuping itu hilang dan kini betul-betul bersih. Rasa macam wajah makin lebih cerah pula.
Day 2
Kesan laser dah mula berkuping


Day 6
Kuping dah luruh slowly


Day 8
Slowly parut dah mula hilang.



Day 10
Parut totally hilang. Even with or without makeup pun memang dah tak nampak. Best decision ever untuk buang kutil muka ini.



RENORA CLINIC

Renora Clinic adalah sebuah klinik perubatan estetik dan kulit yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Klinik ini merupakan cawangan kedua selain di Cheras.

Renora Clinic dikenali atas keahlian dan pengalaman pasukan profesionalnya. Dengan doktor yang berkelayakan tinggi dan pakar estetik yang berpengalaman, anda boleh yakin bahawa anda menerima rawatan yang terkini dan terbaik.
Staf yang mesra dan berpengetahuan tinggi sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan atau kebimbangan yang mungkin korang miliki.

Renora Clinic menawarkan beberapa jenis servis dengan harga menarik dan mampu antaranya :
- Medical Grade Facial
- Dark Circle Laser
- Rawatan Jerawat
- Brightening Laser
- Laser Jeragat, Kutil

Renora Clinic Bangi menitik beratkan keselamatan dan keselesaan pelanggan. Semua prosedur dan rawatan dijalankan dalam persekitaran yang bersih dan selamat, dengan menggunakan peralatan perubatan yang berkualiti tinggi.

Klinik ini pula kemas dan cantik. Mommy turut dihidangkan teh sejurus sampai dan selesai rawatan.




Walaupun kutil ini tidak mengganggu kesihatan, namun tetap ia mengganggu pemandangan mata Mommy. Lagipun, kutil biasanya tidak mampu disembunyikan dengan makeup tau. Memang kena buang terus. Apatah lagi kalau kutil ini dibiarkan, mungkin akan jadi lebih besar dan merebak ke kawasan kulit muka yang lain.
Jadi kalau korang ada masalah yang sama macam Mommy, boleh ke Renora Clinic Bangi untuk buang kutil muka atau badan korang.
Impian Mommy lepas ni mungkin nak cerahkan sikit wajah dan elak kusam. Apatah lagi sekarang bergelumang dengan hobi camping pula. Mommy dah yakin dengan kepakaran Renora Clinic.
RENORA CLINIC BANGI
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :
- Laman Web : https://www.renoraclinic.com
- Facebook : Renora Clinic
- Instagram : @renora_clinic
Alamat :
C-11-G, Plaza Paragon Point,
Jalan Medan Pusat Bandar 5,
Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
+6011-609 88315
hello@renoraclinic.com
samalah iols pun ada kutil, semak rasa
best je nampak,nampak kulit lebih bersih ,bagus servicenya
Huyuhh besttbya rawatan ni ! Memang puas hati tengok hasil dari sis share ni
Clear sungguh, bagusnya! Boleh laa rekemen kat Geng sebab kat muka dia banyak kutil