Thu. Jan 16th, 2025

About Author

Blog Mommy’s Diary of Life (www.shehanzstudio.com) adalah blog yang berkisarkan Lifestyle, Parenting, Travel dan Beauty. Juga aktif dalam membuat review produk dan servis.

SIAPA BLOGGER YB SHEHAN?

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy’s Diary of Life (www.shehanzstudio.com).

Berasal dari utara tanah air dan kini menetap di Kajang, Selangor. Baru menginjak usia 39 tahun pada 1 Jun 2023 dan mempunyai 2 orang anak.

Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), dan pernah berkhidmat sebagai seorang peguam di beberapa firma guaman dan legal editor di sebuah syarikat penerbitan penerbitan undang-undang terkemuka di Malaysia.

Namun, kerjaya ini ditinggalkan sepenuhnya apabila salah seorang daripada 2 orang anak disahkan pakar mempunyai mild autism (OKU Autism) dan kini, menumpukan sepenuh perhatian kepada mereka sepenuhnya dan aktif menulis blog sepenuh masa.

Mula menulis blog sejak tahun 2009 hanya ingin sematkan kenangan selepas bergelar seorang isteri. Namun, penulisan di blog menjadi hobi berterusan dan akhirnya menjadi salah satu sumber pendapatan sehingga kini.

Walaupun bergelar surirumah, blogger ini tidak pernah ‘duduk diam’. Ada sahaja benda yang nak dibuat antaranya menjadi peniaga online yang menjual tudung, ejen Cuckoo dan juga mengambil upah sebagai seorang jurugambar produk #photobyybshehan.

Selain itu, blogger ini juga membela 7 ekor kucing yang 3 daripadanya adalah kucing jalanan. Semuanya dibela dari kecil dan sihat semuanya alhamdulillah. Memang rajin agaknya. Haha.

Mommy’s Diary of Life (www.shehanzstudio.com) is a blog that revolves around lifestyle, beauty, travel, health, family and food. Also active in making review of the product and services.

Pengalaman & Pencapaian

“Where the Internet is about availability of information, blogging is about making information creation available to anyone.”

George Siemens

Mesra dengan panggilan Mommy di dalam blog, kejayaan terbesar sepanjang bergelar blogger adalah menyertai kembara ke luar negara atas tiket seorang blogger. Dan topik TRAVEL adalah antara carian tertinggi juga di blog Mommy’s Diary of Life ini.

Blogger ini pernah

  • Menyertai KembaraKBBA9 ke Jepun 2018
  • Menyertai Kembara ke India 2018 (wakil KBBA9)
  • Menyertai KembaraKBBA9 ke New Zealand 2017
  • Blogger Partner bersama jenama Ethissa.com.my (2016-2017)
  • Kerjasama dan membuat reviu pelbagai produk dan servis antaranya:
    • Cosmoderm ● IkhlasTours (New Zealand) ● BangiWonderland ● Tanah Aina ● Taman Negara ● X-Cape Resort Sungai Lembing ● Sunway Lagoon ● ZooMoo(Astro) ● Petronas ● Ephyra ● Nutririche ● Hasbro Play-Doh ● ImanniSkinz ● Rose Tyara ● DeejaCosmetic ● AADK ● RockstarGym ● MyTOWNShopping Centre ●FeldaD’Saji ● FromNatureMalaysia (Korea) ● PropertyGuru ● Surya ACV ● Kopi Badang ● Tyzara ● Shopee ● AmanPalestin ● Seven Seas ● Exclusive Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016 (KLMFW 2016) ● Traveloka ● ZaloraMalaysia ● MirelleBeauty ● Honest Bee ● MizzueMalaysia ● MatariShop ● LembagaZakat Selangor ● Petronas ● AirAsia ●Flora Café Ampwalk ● Hotel-hotel dan lain-lain

TOPIK TRAVEL DAN PARENTING ANTARA CARIAN TERTINGGI DI BLOG SHEHANZSTUDIO.COM

Selain topik travel yang dinyatakan di atas, carian mengenai parenting juga banyak di blog ini. Antara topik hit adalah perihal autism. Mommy memang kupas banyak topik autism ni sejak sebelum anak keduanya disahkan Autism.

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL. Itulah yang dirasakan oleh Mommy sejak anak keduanya selalu tantrum, lambat bercakap, perlu buat terapi sejak umur 2 tahun dan seringkali ditolak oleh pengasuh dan tadika.

Kesusahan yang dilalui selepas berhenti kerja dianggap hikmah terbesar apabila Mommy sendiri dapat menjaga anak autism sendiri walaupun tidak dapat hantar ke mana-mana tadika ketika umur 5 dan 6 tahun. Syukur apabila KPM laksanakan ‘Zero Reject Policy’ yang membolehkan anaknya dapat juga bersekolah ketika capai umur 7 tahun (darjah 1 di PPKI).

Ini antara sebab kenapa Mommy blogger ini berhenti kerja dan menulis perihal isu ini untuk ‘awareness’. Banyak tips parenting yang dikongsi dan semuanya hanya di blog ini.

Penulis blog Mommy’s Diary of Life atau shehanzstudio.com ini berharap agar setiap tulisannya memberi manfaat kepada pembaca. Terima kasih diucapkan buat semua pembaca setia selama ini, sejak 2009. 

Statistik Media Sosial

URL Facebook : www.facebook.com/ybshehan
Followers : 6.5k followers

URL Facebook page : photobyybshehan studio
Followers : 21k (fanpage)

URL Facebook page : @MommysDiaryofLife
Followers : 1.9k (likes), 1.9k (followers)

URL Instagram : @myapilot
Followers : 10.2k followers

URL Twitter : @myapilot
Followers : 577 followers

URL Tiktok : @myapilot
Followers : 3.8k followers

BLOG Unique Visitors: 33k UV (as at Nov 2022)

BLOG Page views: 34k PV (as at Nov 2022)

Do email me at : myapilot@yahoo.com or click this linktree for any REVIEW / SPONSORSHIP.

error: Content is protected !!