Oxymel Khal In-Sanivir | Batuk asyik tak pulih, berpanjangan, selsema pun turut sekali, dengan cuaca tak menentu, rimas jadinya. Dah bagi macam-macam ubat, tetapi masih tak pulih. Jadi, apa kata ibu bapa cuba Pati Oxymel Khal In-Sãnivir, minuman cuka yang menggabungkan kebaikan Oxymel, cuka (Khal), dan ramuan istimewa In-Sãnivir untuk memberikan kelegaan daripada selsema, batuk dan demam.

Mommy nak kongsi secara mendalam keistimewaannya, cara menggunakannya, dan mengapa Oxymel Khal In-Sanivir berbaloi untuk dimiliki.
APA MAKSUD OXYMEL?
Oxymel, perkataan dari Greek yang diterjemahkan sebagai “madu masam”, merujuk kepada sirap yang dibuat daripada campuran madu dan cuka. Ia biasanya digunakan sebagai ubat tradisional dan terkenal dengan gabungan sifat anti bakteria dan anti-radang madu dengan sifat berasid cuka.
Oxymel selalunya digunakan sebagai cara semulajadi untuk meningkatkan sistem imun dan merawat beberapa masalah kesihatan.
Artikel lain : Simptom Batuk Kokol
KEISTIMEWAAN PRODUK

Pati Oxymel Khal In-Sãnivir, pilihan alternatif selain ubat moden mempunyai beberapa keistimewaan, antaranya :
- Tiada Bahan Kimia – Ramuan ini adalah hasil gabungan herba semulajadi, tanpa campuran bahan kimia yang mungkin membahayakan kesihatan.
- Tiada Bahan Pengawet – Dengan penekanan pada keaslian, produk ini tidak mengandungi bahan pengawet, memastikan keaslian dan kesegaran setiap hidangan.
- Tiada Gula, Perisa dan Pewarna – Sesuai untuk orang yang mengamalkan gaya hidup sihat, produk ini tidak mengandungi gula tambahan, perasa tiruan atau pewarna sintetik.
- Tidak mengakibatkan mengantuk
KEBAIKAN OXYMEL KHAL IN-SANIVIR

Oxymel Khal In-Sãnivir bukan sekadar minuman biasa; ia adalah rawatan semulajadi dengan pelbagai kelebihan yang memberi kesan positif kepada kesihatan :
- Menyembuhkan Selsema dan Batuk – Formula khas ini membantu melegakan simptom selesema biasa seperti selsema, batuk dan demam.
- Rahsia Melegakan Sakit Kepala – Oxymel ini bukan sahaja untuk masalah pernafasan, tetapi juga memberikan kelegaan daripada sakit kepala, pening, dan gejala lain yang berkaitan.
- Melancarkan pernafasan yang tersekat – Bagi mereka yang mengalami sesak nafas akibat penyakit catarrh, oxymel ini membantu memperbaiki pernafasan.
- Bertindak Pantas Menentang Virus – Dengan tindak balas yang betul, produk ini membantu melawan virus berkaitan selesema biasa.
- Melegakan angin dan melegakan sakit tekak – Ramuan herba ini juga membantu dalam proses penghadaman dengan membuang angin dalam badan dan memberikan kelegaan dari sakit tekak.
KANDUNGAN OXYMEL KHAL IN-SANIVIR
Antara bahan-bahan yang terkandung dalam Pati Khal In-Sãnivir adalah :

- Madu Hutan Tropika – Sumber tenaga semulajadi yang kaya dengan khasiat.
- Cuka Kurma Ajwa – Memberikan rasa berasid yang lembut dan kebaikan kurma untuk kesihatan.
- Ekstrak Daun Pudina – Membantu meningkatkan pernafasan dan memberikan kesegaran.
- Ekstrak Rumpai Laut – Membekalkan keseimbangan nutrien penting.
CARA MINUM OXYMEL KHAL IN-SANIVIR

Cara mudah amalkan Oxymel Khal In-Sãnivir :
- Dewasa : disyorkan untuk minum satu sudu besar selepas makan, diikuti dengan dua gelas air.
- Kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas : satu sudu kecil selepas makan sudah memadai.
Amalkan dua kali sehari atau mengikut keperluan sehingga gejala sembuh.
CARA SIMPAN YANG BETUL
Simpan Pati Khal In-Sãnivir pada suhu bilik dan elakkan cahaya matahari dan haba yang berlebihan.
Ia tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk, menjadikannya sesuai untuk preppers yang inginkan produk yang boleh disimpan untuk jangka masa yang lama tanpa kualiti yang terjejas.
PENDAPAT MOMMY KENAPA PERLU ADA DI RUMAH

Oxymel Khal In-Sanivir menyediakan penyelesaian semulajadi untuk meningkatkan kesihatan dan imuniti tanpa kesan sampingan yang berbahaya. Ini sebabnya kenapa Mommy pilih produk dengan bahan semulajadi ini.
Rasanya sedap, seakan-akan gula-gula Hacks disebabkan kandungannya yang berpudina, buatkan Mommy sekeluarga mudah untuk amalkan.
Baru-baru ini pula Mommy demam dan batuk selsema, ini sahaja ‘ubat’ Mommy. Alhamdulillah. Dengan izin Allah, cepat sembuh.
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Oxymel Khal In-Sanivir sekarang di Shopee.
dah cuba. memang berkesan.
dah bawa balik kg bagi abah yang dah berbulan batuk tak henti,setakat ni dia kata sgt melegakan batuk malam2