Thu. Dec 5th, 2024

SIAPAKAH REMPAH 3 SERANGKAI

Salam

Selain penyakit seperti “kencing manis – jantung – darah tinggi”, atau “alergi – asma – ekzema” yang Mommy seringkali panggil 3 serangkai, rempah pun ada juga tau!

Hebat orang Melayu merekacipta nama ya? Hihi

Siapakah gerangan rempah 3 serangkai tersebut?

  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Biji ketumbar

Kenapa?

Disangai (goreng tanpa minyak) bersama sebelum ditumbuk halus & ditumis dalam masakan seperti kari, sup daging, etc

Jintan Manis

Nama Saintifik: Foeniculum vulgare
Nama Inggeris: Fennel seed

Jintan manis adalah rempah yang beraromatik dan mempunyai rasa manis. Ia bewarna koko atau hijau ketika muda dan bertukar menjadi kelabu setelah matang. Ia mempunyai rasa menthol yang rendah dan sedikit tengik serta herba. Benih jintan manis terbahagi kepada dua, dan satunya kadang-kala tertinggal di tangkai.

Dalam masakan Melayu, ia sering digunakan bersama jintan putih dan dianggap rempah terbaik untuk masakan ikan. Selain itu, ia juga digunakan untuk menambah rasa ke dalam roti, gula-gula dan kek.

Jintan Putih

Nama Saintifik: Cuminum cyminum
Nama Inggeris: Cumin

Jintan putih adalah rempah yang aromatik dengan rasa pahit dan bau yang suam, disebabkan oleh kandungan minyaknya yang banyak. Jintan putih adalah buah kering kecil dari pokok yang berasal dari keluarga pasli. Dalam masakan Melayu, ia sering diguna bersama jintan manis.

Jintan putih digunakan dalam masakan yang mempunyai kandungan rempah yang banyak. Ia merupakan salah satu bahan di dalam serbuk kari dan serbuk campuran rempah lain. Ia digunakan dalam masakan stew dan panggang – terutamanya masakan kambing dan ayam. Ia menambah rasa ke dalam masakan nasi biasa, kekacang dan kek.

Petua

Untuk mendapatkan rasa dan aroma sepenuhnya, panggang jintan putih secara perlahan dan sekejap sebelum mencampurkannya ke dalam resipi.

Biji Ketumbar

Nama Saintifik: Coriandrum sativum
Nama Inggeris: Coriander (Seed / Ground)

Ia tergolong dalam tumbuhan herba. Menariknya, pokok ketumbar ini juga menghasilkan daun ketumbar yang boleh digunakan dalam pelbagai masakan dan juga bijinya yang dipanggil biji ketumbar. Ia sangat popular digunakan dalam masakan sup, kari, laksa, singgang (masakan yang popular sebelah Pantai Timur) dan banyak lagi. Biji ketumbar menghasilkan bau yang sangat beraroma.

sumber

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!