Sat. Sep 13th, 2025
RINDU PULAK CONTENT TRAVEL.11

Rindu Content Travel | Saja Mommy scroll balik segala content travel lama – ke Korea, New Zealand, India, Jepun… Fuhhh, terus rasa rindu menggamit memori. Bila fikir balik, dah lama sangat tak travel oversea. Silap-silap, passport pun dah naik cendawan! Tapi betul lah, kalau nak travel lagi, memang wajib renew passport. Yang lama tu entah tahun bila entah expired.

RINDU PULAK CONTENT TRAVEL.11

Dulu waktu tengah aktif blogging, semangat betul tulis entri travel. Itinerari sumbat semua, gambar pun penuh satu post. Sekarang, dengan adanya Instagram, TikTok, Threads… blog rasa jadi platform paling lambat kena update. Kadang tu, idea pun tak muncul langsung.

Lepas trip ke Pulau Pangkor masa birthday hari tu, Mommy ada niat nak tulis entri travel semula. Tapi tulah, mood menulis ni macam on-off.

RINDU PULAK CONTENT TRAVEL

Selain travel, banyak sebenarnya benda Mommy nak share:

Auto cat litter baru untuk kucing-kucing Mommy yang ramai tu. (Serius, ini 2nd auto cat litter kami. lepas beli baru, baru tau ada tempat repair yang lama. Tak pasal ada 2 auto cat litter. )

Ride dengan Daddy ke Johor & Pahang. Seronok! Nak jugak simpan kenangan tu kat blog.

Mommy juga baru start pakai spek rabun jauh. Oh no! Ini pun satu fasa baru dalam hidup Mommy. Kena share jugak nanti.

Dan haaa, keyboard yang Mommy tengah guna ni… creamy bunyinya! Tak bingit, tapi still ada rasa “taktak” yang satisfying. Sekarang dah ada 8 keyboard. Lapan, you all. Lapan!

Paling Mommy rasa proud tahun ni dapat kumpul duit dari affiliate TT sejak tahun lepas, dan akhirnya berjaya beli DJI Osmo Pocket 3! Rasa nak share journey tu kat blog juga.. tapi tu lah, belum kesampaian.

Oh ya, bulan 5 hari tu Mommy start camping semula lepas berehat sejak Julai 2024. Plan nak buat entri, tapi buat masa ni letak gambar je dulu. Hehe.

Tahun ni juga, Mommy perasan review dari TikTok makin bertambah. Alhamdulillah, dah makin ramai seller sudi collab. Cuma followers masih tersangkut dekat 4k+. Belum sampai 5k, apatah lagi 10k. Dekat IG pula, yang tak bestnya, tak boleh letak beg kuning. Kan seronok kalau boleh bisnes terus dari IG. Memang boleh letak link kat stories, tapi hilang juga lepas 24 jam. View pun tak banyak mana.

salah satu review tiktok

Tapi back to the title…

Mommy rasa Mommy kena update jugak entri travel ke Pulau Pangkor. Ini kali kedua Mommy ke sana sejak tahun 2009 (masa honeymoon!). Yang bestnya, kali ni Mommy ronda-ronda dalam pulau naik motor bersama anak-anak. Seronok sangat, dan Alhamdulillah anak-anak bagi kerjasama.

OK lah, nanti Mommy update. Hehehe…

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

error: Content is protected !!