Thu. Oct 10th, 2024

INGATKAN KUAT JADI IBU TINGGAL.. RUPANYA..

Salam
Sepeninggalan Daddy dari 8 Aug yang lalu, Mommy ingatkan Mommy ni kuat sangat. Ok ape. Tak la teruk sangat pun.
Seminggu, dua minggu, xpe lagi.
Walau hari2 kena dukung si adik tu naik turun tangga. Macam ni.
Haha. Takla.. Ni gambar lama. Masa Mommy still dok tingkat 4 yang xde lif. Macam ni la Mommy setiap hari dari Hannah baby sampai dapat Ariq. Bila Ariq umur setahun, baru dapat sewa rumah ground floor. Daddy selalu keluar kerja awal, sebab tu takleh nak tolong sangat masa ni. Mommy lak lambat. Huuu.
But still, sekarang ni perlu juga dukung setiap pagi kalau Ariq masih tidur. Kalau Daddy ada, Daddy kejut dan mandikan dia. Mommy jaga, memang takmau kejutkan. Tak larat nanti kalau dia cranky pepagi. Dah dukung dalam keadaan tidur, drive ke rumah pengasuh yang tak sampai 1 minit mcm ni. Panjat tangga ke rumah pengasuh.
Kang balik nanti, bukannya si kecik tu nak jalan. Kena dukung lagi. Sampai bawah je, Mommy paksa suruh jalan jugak. Alih perhatian dia dengan tunjuk ada bird ke, aeroplane ke. Tapi sekarang jerebu, apa pun tarak nampak!
Masa baik, kemainnnnnnnnnn la depa ni. Gelak-gelak huha huhi sana sini. Lari2 pusing gamat 1 rumah. Tapi kalau gaduh, mula la Mommy jadi Naga Jadian! Grrr. Kalau kamceng, memang kemain comel masing-masing.
Bila keluar ke mana-mana, kalau behave, memang alhamdulillah. Dalam kereta Mommy dah kena mula bagi warning. Not behave, no game! Nangis, no game! Kakak je laaaaa yang fahamnya.
Masa behave, uols nak buat apa pun, Mommy bagi. Sanggup!
Bila perlu ke mall untuk beli barang dapo semua, kalau nak behave, sila upah makanan. Ready banyak2 dan biar je dalam troli.
Kalau tak, macam ni. Nak dukung je!
Mau patah la pinggang Mommy ni ha nak oi!
Tu belum masuk kes mereka tidak sihat. Gigih heret ke klinik. Anak demam dah 5x Mommy kena cuti jaga. Siap unpaid. Hmmm
INGATKAN KUAT JADI IBU TUNGGAL.. RUPANYA..
Mommy tak kuat!

Surrender jugak.

Tak sabar tunggu Daddy balik 1 November ni.. Selepas hampir 3 bulan Mommy jadi Naga Jadian Tunggal.. Tskkkkkkkkkk
Find me on Instagram

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

4 thoughts on “INGATKAN KUAT JADI IBU TINGGAL.. RUPANYA..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!