CARA MANFAATKAN CHATGPT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

CARA MANFAATKAN CHATGPT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

“Eh, ChatGPT ni sebenarnya boleh buat apa je ya?” Mula-mula Mommy dengar pasal ChatGPT, mesti terfikir… “Ni AI untuk orang kerja ofis je kot?” atau “Susah la nak guna” Tapi sebenarnya ChatGPT ni ibarat PA digital Mommy sendiri – tak pernah penat, tak merungut, dan boleh bantu dari A sampai Z. Yang penting, kita tahu cara nak manfaatkannya dengan betul.

CARA MANFAATKAN CHATGPT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

So hari ni, Mommy nak share : Macam mana ChatGPT bantu Mommy sebagai content creator, suri rumah, dan usahawan kecil.

10 Cara Real Mommy Guna ChatGPT

1. Idea & Skrip Content Media Sosial

Korang selalu buntu nak buat content? ChatGPT boleh bantu cipta:

  • Hook menarik untuk Reels & TikTok
  • Skrip POV atau situasi kelakar
  • Ayat promosi yang tak nampak terlalu “hard sell”

Contoh permintaan:

“Buat skrip TikTok 15 saat promote serum hilangkan dark spot, bukan jerawat ya.”

2. Planner Content Mingguan

Korang tak perlu pening nak fikir “esok nak post apa?” — ChatGPT boleh bantu buat:

  • Content plan ikut niche (digital product, storytelling, lifestyle, etc.)
  • Cadangan tema harian: Edukasi, Testimoni, Behind the Scene

Tips: Minta siap dengan cadangan hook + CTA terus. Jimat masa!

3. Tulis Caption, Thread & Poster Copy

Caption stuck? Nak buat thread atau carousel? ChatGPT boleh bantu:

  • Tulis ayat santai, punchy atau penuh emosi
  • Format thread ala-ala influencer
  • Ayat ringkas untuk poster atau banner

4. Buat Checklist & To-Do List Harian

Korang boleh minta ChatGPT buat:

  • Jadual harian urus rumah, anak, content
  • Checklist travel atau persiapan event
  • Planner jualan mingguan

Contoh permintaan:

“Tolong buat checklist travel ke Pangkor 3H2M dengan 2 anak”

5. Bantu Anak Belajar

Yes, AI ni boleh bantu anak Mommy juga!

  • Terangkan topik sekolah dalam bahasa mudah
  • Buat skrip presentation (contoh Minecraft Education Challenge)
  • Cadangkan aktiviti indoor / sensory play

6. Cari Idea Masakan Berdasarkan Bahan

Tak tahu nak masak apa hari ni? Tanya je:

“Saya ada ayam, bawang putih dan butter. Boleh cadangkan 3 menu?”

ChatGPT siap bagi resepi + step memasak!

7. Copywriting Jualan & WhatsApp Template

Korang boleh minta:

  • Ayat follow-up pelanggan
  • Copywriting pendek untuk status WA / Telegram
  • Respon bila orang tanya harga (tanpa bunyi pushy)

Contoh:

“Tolong buat ayat follow-up manis untuk pelanggan CUCKOO semalam.”

8. Buat eBook, Planner & Produk Digital

Nak jual produk digital tapi tak tahu nak mula? Minta ChatGPT:

  • Draf isi eBook
  • Format planner atau printable
  • Tulis isi kandungan checklist

9. Journaling, Self-Care & Healing

Korang penat? Let ChatGPT bantu urus emosi:

  • Afirmasi positif
  • Tulis surat untuk diri sendiri
  • Tulis ‘gratitude journal’ harian

Contoh:

“Tolong tulis surat untuk saya yang rasa burnout hari ni. Saya penat tapi tetap bersyukur.”

10. Tanya Apa Saja & Explore Dunia Baru

Nak belajar Canva, CapCut, Notion atau nak mula side income baru?
Tanya je:

  • “Tolong ajar saya edit video CapCut step-by-step.”
  • “Saya ada 2 jam sehari, apa produk digital boleh saya jual RM10?”

Selain ChatGPT, AI Apa Lagi Boleh Mommy Guna?

Nak upgrade kerja dan content korang? Ni antara tools AI lain yang best:

AI Tool – Guna Untuk – Kenapa Best

  • Canva Magic Write | Tulis caption, idea & content planner | Terus dalam Canva, senang edit
  • CapCut AI | Edit video | Auto caption, cut, style viral
  • Notion AI | Susun idea, buat jadual | Sesuai untuk content creator & bisnes kecil
  • HeyGen / Sora AI | Auto buat video storytelling | Video auto dengan AI manusia
  • Remove.bg | Buang background gambar | Mudah untuk shoot produk
  • Uizard / Dora AI | Design landing page / web | Tak perlu tahu coding
  • Voicemaker / ElevenLabs | Tukar teks ke suara | Sesuai untuk naratif atau podcast

Mommy + AI = Superwoman Era Baru!

AI bukan musuh, tapi kawan baik kita kalau tahu cara guna. ChatGPT bantu Mommy jimat masa, jimat tenaga, dan rasa lebih teratur – dari content sampai ke dapur.

Tak perlu perfect. Yang penting, kita berani cuba. Dan setiap kali stuck, ingat… ChatGPT ada 24 jam tunggu nak bantu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!