Fri. Jan 17th, 2025

KAYAP : KETAHUI PUNCA, GEJALA, RAWATAN SERTA PANTANG LARANG

kayap

Kayap dalam istilah perubatannya dikenali sebagai herpes zoster, sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Ia boleh menyerang sesiapa sahaja, tanpa mengira umur atau jantina. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan punca, gejala, rawatan, dan pantang larang yang berkaitan dengan kayap.

kayap
SUMBER : WIKIPEDIA

Punca Kayap

Kayap disebabkan oleh Virus Varicella Zoster iaitu virus yang sama yang menyebabkan chicken pox.

Oleh itu, sesiapa yang dijangkiti oleh chickenpox boleh mendapat jangkitan kayap. Selepas pesakit pulih daripada jangkitan chicken pox dan tidak dirawat dengan sempurna, virus yang masih hidup dan berbaki boleh memasuki sistem saraf pesakit dan tinggal diam (tidak aktif) selama bertahun-tahun.

Akhirnya, apabila daya tahan bekas pesakit chicken pox ini menjadi lemah semula, virus ini akan menjadi aktif semula dan bergerak sepanjang laluan saraf pada kulit, dan menyebabkan lepuhan dan kayap.

Punca utama penularan kayap adalah melalui sentuhan kulit dengan seseorang yang dijangkiti kayap atau melalui perkongsian pakaian, kasut atau barangan peribadi dengan individu yang dijangkiti.

Gejala Kayap

Kayap biasanya menyebabkan keradangan satu urat saraf pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada dan muka.

Gejala utama penyakit ini termasuk sakit, kebas, dan panas di kawasan saraf-urat serta demam, keletihan, dan sakit kepala. Ia akan berterusan selama 3 – 5 hari.

Tanda peringkat awal adalah tompok-tompok merah yang sangat sakit. Kemudian, akan timbul gelembong-gelembong air yang kecil selepas 1 – 2 hari. Air di dalam gelembong-gelembong berwarna jernih atau kekuningan.

2 hari kemudian, air tersebut akan menjadi makin keruh dan akhirnya gelembong tersebut akan kering. Keruping akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 – 2 minggu yang berikutnya.

Dalam tempoh keruping ini hilang, sesetengah orang masih alami kesakitan. Ini disebabkan bisa di urat saraf akibat serangan sakit ini.

Baca lagi : Ubat Buasir

Cara Rawatan

Sehingga kini tiada rawatan yang berkesan sepenuhnya untuk merawat kayap tapi dengan perubatan yang betul boleh mengurangkan gejala yang dialami dan mencegah komplikasi.

Berikut adalah beberapa jenis rawatan yang boleh membantu :

  • Ubat Antivirus – untuk elak sebarang komplikasi
  • Ubat Tahan Sakit – legakan ketidakselesaan
  • Ubat Sapu – mengeringkan gelembong air
  • Ubat Neuroaktif – membantu legakan kesakitan berpanjangan walaupun sudah sembuh

Pantang Larang

Semasa menjalani rawatan atau selepas jangkitan, ada pantang larang yang perlu dipatuhi untuk pemulihan yang cepat dan mengurangkan risiko jangkitan:

  • Elakkan berkongsi pakaian, kasut, sapu tangan atau barangan peribadi lain dengan orang lain
  • Elakkan aktiviti rapat seperti gusti, bermain sukan bersama-sama, atau tidur dengan individu yang dijangkiti
  • Kerap basuh dan keringkan pakaian serta cadar pada suhu tinggi untuk membunuh hama
  • Membersihkan dan membasmi kuman semua barang peribadi dan peralatan permainan yang mungkin terdedah kepada hama.
  • Elakkan gula kerana ia melemahkan sistem imun badan melawan penyakit
  • Elakkan gluten yang boleh tingkatkan keradangan
  • Elakkan makan berproses
  • Elakkan kekacang, telur, ayam yang boleh bantu kurangkan tahap jangkitan

Jika anda mengesyaki diri anda ada simptom kayap, jangan lupa untuk mendapatkan nasihat perubatan yang betul dari doktor.

Nota: Artikel ini hanya bertujuan memberikan maklumat am dan tidak menggantikan nasihat profesional. Sila berunding dengan doktor atau pakar kesihatan yang berkelayakan untuk diagnosis dan rawatan yang tepat.

Baca : Cara mencegah masalah keputihan

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!