21/05/2024 7:08 AM
POS RAUDHAH

Pos Raudhah | Baru-baru ini, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) memperkenalkan Pos Raudhah, iaitu pakej langganan yang menawarkan perlindungan untuk bantuan 24 jam khidmat urusan jenazah atau bantuan tunai untuk pengurusan pengebumian. Perkhidmatan ini adalah usahasama strategik di antara Pos Malaysia Berhad dan Bumijez Sdn Bhd. Ia bertujuan memberi bantuan dan sokongan kewangan serta meringankan beban waris apabila menguruskan pengebumian selepas kematian orang tersayang.

pos raudhah

MAKSUD KHAIRAT KEMATIAN

Perkataan “khairat” berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud “kebajikan.” Selain itu, wang yang dikumpul daripada pencarum yang tinggal di kawasan tertentu digunakan untuk melaksanakan khairat kematian ini. Apabila seseorang meninggal dunia, waris biasanya menerima khairat. Tujuan utamanya ialah membantu orang yang meninggal dunia menyelesaikan urusan pengebumian.

Khairat termasuk menyumbang atau memberi sedekah. AJK masjid atau surau sering menubuhkan tabung khairat kematian di semua tempat. Ada juga yang terus melantik wakil untuk mengutip dari ahli kariah mengikut bilangan kematian. Tujuan utamanya ialah untuk menyediakan bantuan segera sekiranya ahli kariah meninggal dunia.

Baca : Buah tangan untuk orang meninggal

BAGAIMANA MENGURUSKAN KHAIRAT KEMATIAN?

Wang khairat kematian, juga dikenali sebagai sumbangan kematian, digunakan untuk menguruskan kematian dan membantu ahli keluarga si mati.

Oleh itu, wang yang lebih daripada sumbangan yang diterima selepas urusan pengebumian boleh digunakan oleh ahli keluarga si mati.

Sumbangan ini tidak dikhususkan kepada mana-mana individu untuk membantu mereka memenuhi keperluan asas mereka, seperti makan dan minum.

Sekiranya si mati tidak mewarisi harta dan masih mempunyai hutang, wang khairat itu boleh digunakan oleh ahli keluarga untuk membayar hutang tersebut. Ini adalah kerana pemberi ingin meringankan beban ahli keluarga si mati.

Baca juga : Daftar SKSSR Perkeso untuk surirumah

KELEBIHAN KHAIRAT KEMATIAN

Khairat Kematian ini boleh dianggap seperti tabung kecemasan yang boleh membantu urusan kematian ahli keluarga di masa akan datang.

Antara kelebihan Khairat Kematian adalah :

  • Peruntukan khairat kematian boleh mempercepatkan proses pengebumian apabila semua persiapan selesai
  • Mengurangkan perbelanjaan yang berkaitan dengan pengurusan jenazah, seperti menyewa kereta mayat, membayar penggali kubur, membeli kain kapan, dan sebagainya
  • Pupuk tabiat menabung dan bersedekah serta menyediakan payung sebelum hujan

KHAIRAT KEMATIAN YANG TIDAK DITUNTUT

Ada beberapa tempat Khairat Kematian yang ramai tak tahu, jadi jika berlaku kematian ahli keluarga, jangan lupa untuk periksa samada si mati ada khairat kematiannya di sini :

  • Khairat Kematian ASB
  • Khairat Kematian Pencen
  • Khairat Kematian KWSP
  • Khairat Kematian PERKESO
  • Khairat Kematian Takaful
  • Khairat Kematian Bank Rakyat
  • Khairat Kematian BSH
  • Khairat Kematian Penjawat Awam (JPA)
  • Khairat Kematian Ahli RELA
  • Khairat Kematian Pembayar Zakat

Baca juga : Review Novel Terima Kasih Allah

POS RAUDHAH SEBAGAI PERSEDIAAN AWAL UNTUK WAKTU AKHIR

Pos Raudhah boleh didapati di semua cawangan Pos Malaysia di seluruh Malaysia. Ia terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur antara 1 tahun hingga 69 tahun, termasuk mereka yang beragama Islam dan bukan Islam, dan prosedur akan dilaksanakan mengikut syarat dan kesesuaian agama setiap individu.

Pos Raudhah menyediakan bantuan khidmat urus jenazah atau tunai 24 jam di seluruh Malaysia, tanpa memerlukan pemeriksaan kesihatan.

pos raudhah

PAKEJ SERENDAH RM80 SETAHUN

Ya. Tak mahal pun jika dibandingkan dengan manfaat yang diterima. Ada 2 jenis pakej yang disediakan untuk Pos Raudhah ini iaitu Pakej RM80 dan RM100 :

pos raudhah

CARA DAFTAR POS RAUDHAH

PENTING!! : Cara Daftar Pos Raudhah pun sangat mudah.

Cuma masukkan :

  • nama
  • no kad pengenalan
  • no telefon
  • emel
  • pilih jenis pakej
  • salinan IC depan dan belakang
  • pilih cawangan pos berdekatan anda

Korang berminat tak? Mommy macam berminat sebab harga masih mampu dibayar. Inshaa Allah.

Baca : Cara pindah duit Tabung Haji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!