Thu. Dec 12th, 2024

CAMP ADVENTURE BY THE RIVER – PENUTUP CAMPING 2024

CAMP ADVENTURE BY THE RIVER

Camp Adventure by The River, KKB | Mommy baru berkesempatan nak update trip #HDAECamp yang lepas ni, walaupun agak lambat sebab trip ni sebenarnya pada 6 hingga 8 Julai 2024. Untuk edisi kali ni, Mommy sekeluarga berkampung di Camp Adventure By The River, Kuala Kubu Bharu. Memang rezeki dapat tapak S4 walaupun last minute! Lokasi ni jauh juga dari Kajang, ambil masa lebih kurang dua jam untuk sampai.

CAMP ADVENTURE BY THE RIVER

CAMPSITE REVIEW – CAMP ADVENTURE BY THE RIVER

Dahulunya campsite ini dikenali sebagai Duo Camp by The River, kini dikenali sebagai Camp Adventure by The River. Maaflah kalau nama bertukar lagi lepas dari tarikh Mommy tulis ni. Jom Mommy share sikit pengalaman dan review untuk campsite ni!

  1. Perjalanan
    Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam dari Kajang. Jalan masuk agak kecil, so kalau ada kereta lain selisih, kena lebih bertimbang rasa la ya.
  2. Lokasi Strategik
    Dekat sangat dengan Air Panas Kerling, Dusun Haji Radi, dan Ali River. Banyak pilihan campsite sekitar sini.
  3. Harga Tapak
    Harga tapak berpatutan – RM50 sahaja. Tapi ada deposit kebersihan RM50 yang akan dipulangkan selepas checkout.
  4. Kemudahan Plug Point
    Plug point ada, tapi limited time. Guna kabel 15m, dan elektrik hanya dari 7 malam sampai minyak generator habis dalam 4-5 pagi.
  5. Kawasan Bersih & Luas
    Tapak S4 ni memang luas dan terjaga kebersihannya. Banyak ruang nak setup kemah dan barang-barang camping.
  6. Sungai Yang Cantik & Redup
    Kawasan sungai memang best, air sungai sejuk dan redup. Puas betul berendam!
  7. Masa Check-in & Check-out
    Check-in pukul 9 pagi, check-out 12 tengah hari.
  8. Tandas Bersih, Tapi…
    Tandas ada banyak dan bersih. Cuma kalau air sungai bertanah, air kat tandas pun sama. Dan mungkin seat tandas boleh dibetulkan sikit, air shower pun agak slow.
  9. Kolam Mini untuk Kanak-kanak
    Di pejabat, ada kolam mini untuk budak-budak. Sesuai sangat kalau ada anak kecil.
  10. Durian Murah di Dusun Berhampiran
    Dekat dengan dusun, dan CO siap offer durian murah dan sedap. Free rambutan pun dapat!
  11. Sampah Kena Buang Sendiri
    Sistem buang sampah sendiri kat luar campsite. Kena pandai jaga kebersihan, geng.
  12. Dekat Dengan Bunyi Generator
    Tapak S4 ni agak dekat dengan bunyi generator, tapi kami pengsan tidur jugak lepas penat mandi sungai!
  13. Owner Friendly
    CO (Caretaker Owner) sangat ramah. Siap suruh datang lagi sebab nak bagi buah pulasan pula. Hahaha!
  14. Cuaca & Tapak Rendah
    Ada tapak rendah, so kalau hujan, stand-by je la. Kalau nak lebih selamat, pilih tapak lebih tinggi.
  15. Pet-Friendly Campsite
    Boleh bawa pets! So, kalau ada kucing atau anjing yang nak holiday sekali, boleh lah bawa.
  16. Cara Booking
    Nak booking boleh direct dengan CO – Vishnumafek di 0104236621

Setakat ni memang Mommy enjoy je sepanjang berkhemah kat sini! Apa yang kurang tu mungkin kita rasa lain-lain, tapi satu yang Mommy tak suka adalah sikap campers yang buang sampah/pad dalam tandas, dan tinggalkan kotoran. So please la pantau anak-anak, dan jagalah kebersihan untuk keselesaan bersama. Nasib baik CO jenis penyabar. Hehe.

Planet S : Klik Sini
Village L : Klik Sini
Date : 6-8 Julai 2024

Jom kita sama-sama jaga keindahan alam semula jadi kita!
HDAECamp #7

P/S : Kenapa penutup? Sebab ini last camping kami bulan 7 hari tu sampai lah sekarang, rasanya memang tiada camping lagi. Harapnya tahun depan boleh mula balik hehe.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!