Fri. Mar 14th, 2025

CAMPSITE ATOK AM | PASANG PLANET S DI CAMPSITE DAN SAMBUT BIRTHDAY

CAMPSITE ATOK AM HULU LANGAT

Campsite Atok Am | Sebelum ini Mommy ada share yang kami unbox Planet S Payung Camp. iaitu sejenis dome shelter, di pantai. Dan kali ni, Mommy decide untuk cuba pasang di campsite pula. Boleh la tahu keupayaan Planet S bila beraksi kan? Tahun ni saja sambut birthday dalam nature vibes gitu. Kami pilih Atok Am Campsite #campsitereview.

PASANG PLANET S PAYUNG CAMP

Ini kali pertama kami rasmi Planet S di campsite. Betul-betul nak test kali ni, sejauh mana prestasi Planet S ini.

Cara pasang – Mudah. Tapi kami tetap buat bersama-sama untuk cepatkan proses.

Pintu – Ada 2 jenis pintu berzip yang kami beli. Satu jenis TPU (transparent) dan satu jenis lagi 2 in 1, yang ada mesh dan fully cover. Cuma kali ni kami guna pintu 2 in 1.

Ada tempat sangkut lampu juga di bahagian dalam Planet S, tapi kami guna tali untuk sangkut semua lampu yang kami ada.

Keluasan – best juga kali ni sebab kami kurangkan barang. Jadi muat je rak dapur yang berlayer tu dan meja makan yang muat 4 kerusi healing.

Hujan lebat – tiada isu. Ibarat berlindung di dalam gua. Lagipun kami combine Planet S dan Village L tent kami. Jadi keluar masuk agak mudah.

Cuma bahagian tapak, kami tak letak ground sheet. Maka, bila berlakunya hujan, tapak basah la kan. Ini normal sebab ia jenis terbuka.

Boleh beli kat sini : Planet S

SAMBUT BITHDAY DI CAMPSITE

Bermula tahun lepas, kami sambut birthday Daddy di campsite. Dan tahun ini, Mommy disambut birthday di campsite juga. Best kan kalau buat benda yang kita suka. Simple celebration pun dah cukup seronok. Terima kasih Daddy sebab sanggup keluar pergi cari kek.

CAMPSITE ATOK AM | CAMPSITE REVIEW

Sedikit review mengenai Campsite Atok Am :

LOKASI

Lokasi campsite ini adalah di Sungai Lepoh. Korang pernah dengar Air Terjun Sungai Lepoh? Quite famous juga rupanya. Ramai datang picnic. Ok alamat penuh campsite ini adalah :

Lot 3460, Batu 22, Sungai Lepoh, 43100, Hulu Langat, Selangor.

PILIHAN TAPAK KAMI

Tapak pilihan kami ialah Zon B (satu tapak sahaja jenis panjang, tepi jalan). Kalau Mommy nak repeat, memang tapak ini akan jadi pilihan Mommy.

Sedikit info, ada banyak nyamuk kawasan ini sebab ada pokok. Boleh la sediakan spray.

HARGA TAPAK

Harga tapak cuma RM50/malam. Pada Mommy, harga ini sangat berpatutan.

TANDAS

Setiap kali ke campsite, tandas memang jadi concern utama. Kalau Tapak B ni, memang dekat sangat la. Panjat sikit je tepi tent tu.

CAMPSITE ATOK AM

Tandas ada cangkung dan duduk. Wangi dan bersih. Betul, ini campsite pertama Mommy jumpa yang dorang invest perfume dalam toilet. Bagus kan?

SUNGAI

Sungai jernih, laju dan kid’s friendly. Kalau nak tempat healing lebih tenang, kena panjat sikit ke hutan sana. Best pada Mommy. Cuma pakai watershoes kalau di atas ni. Nature vibes memang best la sini.

PLUG POINT

Yes. Ada plugpoint. Kalau tapak kami ni, tak perlu extension panjang pun. Bawa yang biasa pun boleh.

KAYU API

Layanan CO dan anak-anak memang mantap lah. Siap dapat free kayu api. Let say musim buah, dorang siap datang hantar ke khemah lagi. Tapi kami datang musim buah belum ada.

KEDAI RUNCIT DAN KEDAI MAKAN

Kedai runcit available sentiasa. Ais batu RM1 jer. Kedai makan pun ada kalau tak bawa makanan pun. Kami sendiri sarapan (jalan kaki) di Cafe Sisters berdekatan.

ANJING

Ada anjing dan kucing tapi jenis baik je anjing di sini. Tak kacau orang. (Orang asli punya)

BOOKING CAMPSITE ATOK AM

CO dan anak² yang sangat baik dan very helpful. Kalau korang berminat nak booking, boleh contact CO untuk info lanjut +60 19-210 8221 (Puan Eija)

Btw, kali ni berjaya minimalis dari segi barangan inshaa Allah. Dalam tent pun ada tilam & bantal sahaja. Nanti Mommy share campsite terakhir yang kami pergi sebelum bercuti panjang.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!