Fri. Jan 17th, 2025

AEON FASHION PREVIEW 2024: KOLEKSI TAHUN BARU CINA 2025

AEON Fashion Preview 2024

AEON Fashion Preview 2024 | Semalam Mommy berkesempatan menghadiri AEON Fashion Preview (AFP) December 2024 di Aeon Bandar Puchong dan serius event ni memang lain daripada yang lain! Dengan tema 满 (kemewahan) dan inspirasi Tahun Ular, koleksi sempena Tahun Baru Cina (CNY) 2025 ini menggabungkan tradisi, gaya moden, dan kreativiti dalam satu pakej.

Apa yang buat Mommy lebih teruja ialah kerjasama AEON dengan Tokidoki, di mana karakter comel dan corak playful menghiasi oversized tees, samfu, dan aksesori. Koleksi ini sesuai untuk seisi keluarga dan pelbagai usia – memang pilihan menarik untuk bergaya raya nanti! ✨

KERJASAMA IKONIK TOKIDOKI X AEON

Tokidoki x AEON membawa karakter ceria dan motif berani dalam rekaan t-shirt oversized, samfu, dan aksesori moden. Koleksi ini sempurna untuk keluarga dan golongan muda yang ingin tampil menonjol di musim perayaan ini.

“Koleksi ini adalah gabungan tradisi dan moden, memastikan setiap pelanggan dapat menyambut perayaan dengan penuh keyakinan dan keselesaan.” – Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan & Pemasaran AEON

HIGHLIGHT MENARIK DI AEON FASHION PREVIEW 2024

Event ini bukan sekadar peragaan fesyen biasa. Mommy nak kongsikan beberapa perkara istimewa :

  • Semua peserta termasuk media, KOLs, dan bloggers hadir dengan pakaian bertemakan CNY dari jenama in-house AEON seperti Scar, Plus Collection, dan Arcadia. Setiap outfit menyerlahkan elemen tradisional dengan sentuhan moden – memang cantik!
  • Mommy dan peserta lain diberikan baucar RM150 untuk membeli pakaian bertemakan CNY terus dari AEON. Ini memang peluang terbaik untuk explore sendiri koleksi yang ada!
  • Ada stylist on-site yang beri konsultasi peribadi tentang fesyen dan padanan outfit. Mommy rasa seronok sebab dapat idea mix & match yang sesuai untuk diri sendiri.
terasa diri begitu rendah ahhahaa
  • Selain fesyen, ada juga sesi makeup touch-up dari jurusolek profesional. Boleh la rasa macam diva sekejap bila muka dah glowing dan ready untuk bergambar.
  • Pengumuman pemenang cabaran di event ni tambah excitement lagi – congrats kepada yang menang!
  • Mommy juga kagum dengan ucapan inspirasi dari Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Merchandise & Pemasaran AEON. Beliau tekankan kepentingan inklusiviti, tradisi, dan kreativiti dalam setiap koleksi.

PILIHAN KOLEKSI & HARGA BERPATUTAN di AEON FASHION PREVIEW 2024

AEON menampilkan jenama-jenama in-house dengan pelbagai gaya dan saiz:

Scar

  • Rekaan brokat, organza, dan warna klasik seperti merah.
  • Saiz: XS ke 3XL, Harga: RM49 ke atas.

Plus Collection

  • Rekaan inklusif untuk semua bentuk badan, menggunakan fabrik satin dan sulaman premium.
  • Harga: RM59 ke RM199.

Arcadia

  • Rekaan kasual dengan fabrik linen dan corak flora abstrak – sesuai untuk acara kasual atau formal.
  • Harga: RM69 ke RM159.

Crème

  • Pilihan sofistikated untuk majlis khas dengan kain jacquard dan chiffon.
  • Harga: RM69 ke RM199.

Guys’ Vision (GV) & ti:zed

  • Rekaan lelaki moden, termasuk t-shirt bercetak Tokidoki dan samfu.
  • Saiz: S ke 2XL, Harga: RM29 ke RM139.

Harga bermula dari RM49 hingga RM199 – memang mesra bajet untuk semua.

KENAPA MOMMY SUKA KOLEKSI CNY 2025 AEON?

  • Tradisi Bertemu Moden: Rekaan yang seimbang antara klasik dan kontemporari.
  • Pelbagai Pilihan Saiz: Dari XS hingga 3XL – semua orang boleh bergaya!
  • Berkualiti & Berpatutan: Harga rendah, tapi kualiti premium.
  • Semua koleksi direka dengan amalan mesra alam, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari.

Mommy rasa koleksi ni memang wajib ada dalam wardrobe korang untuk CNY nanti. Korang boleh shopping terus di AEON atau secara online di www.aeonretail.com.my.

Untuk info lain, korang boleh folo :
• Facebook, Instagram, X and TikTok : AEON Retail Malaysia
• XHS: AEON Malaysia
• LinkedIn: AEON Group Malaysia

Jadi, jom sambut Tahun Baru Cina 2025 dengan gaya penuh kemewahan dan semangat melalui koleksi AEON kali ni. Mommy dah ready, korang pula?

Artikel lain : Buat spek awet muda

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

One thought on “AEON FASHION PREVIEW 2024: KOLEKSI TAHUN BARU CINA 2025”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!