Thu. Dec 12th, 2024

KEDAI SPEK VIRAL NO.1 SUNGEI WANG : SERVIS TIP TOP BUAT CERMIN MATA ANAK DI EYE PRO VISION

KEDAI SPEK VIRAL NO.1 SUNGEI WANG

Kedai Spek Viral Sungei Wang | Korang tahu tak, Mommy pernah buat spek di satu kedai yang agak femes, harga mahal giler, rupanya tertipu sebab tiada protection langsung. Ya Allah. Rasa bersalahnya kepada anak-anak. Patutlah mengadu penat mata. Terus Mommy buat keputusan untuk ke kedai spek feveret Mommy.

Mommy nak share cerita pengalaman kali ketiga bawa anak-anak ke Eye Pro Vision (Lot G111) di Sungei Wang Plaza. Kalau dah tiga kali pergi, mesti kedai ni ada sesuatu yang buat Mommy asyik repeat, kan? Jadi Mommy nak cerita sikit apa yang best dan kenapa Mommy terus pilih kedai ni sebagai tempat cari cermin mata untuk anak-anak.

MERIAHNYA EYE PRO VISION KEDAI SPEK VIRAL NI

Setiap kali datang, kedai memang full house. Staf pula memang ramah gila! Masuk je kedai, mereka terus sambut dengan senyuman. Mommy rasa ini yang buat anak-anak tak takut langsung untuk buat pemeriksaan mata. Tak payah nak pujuk lama-lama.

KEDAI SPEK VIRAL NO.1 SUNGEI WANG

Optometris tu pandai handle budak-budak, siap borak-borak dulu buat mereka rasa selesa. Mereka guna peralatan yang canggih, jadi Mommy yakin diagnosis mereka tepat. Kalau anak-anak complain mata penat tengok skrin, memang confirm kena check!

KANTA ALPHA BLUE 420 – PILIHAN TERBAIK UNTUK ANAK

Sebab anak Mommy banyak tengok skrin, staf di situ terus cadangkan tambahan kanta Alpha Blue 420. Ini kali ketiga Mommy pilih kanta ni sebab sebelum ni, ia memang membantu anak-anak rasa lebih selesa bila pakai lama-lama.

Ada perlindungan cahaya biru, tahan calar, dan lapisan anti-reflektif yang buat penglihatan lebih clear. Jadi, mata anak-anak tak cepat penat walaupun belajar online atau tengok kartun lama sikit.Macam Mommy cerita tadi, pernah kami buat spek di satu kedai femes, rupanya tertipu sebab tiada protection langsung. Baik dekat sini. Confirm selesa mata.

BANYAK PILIHAN BINGKAI – SERONOK ANAK PILIH SENDIRI

Eye Pro Vision ni banyak pilihan bingkai, dari yang simple sampai yang colourful. Mommy bagi anak-anak pilih sendiri kali ni, dan mereka excited sangat. Mr William dan staf wanita yang tolong kami, bagi cadangan yang sesuai ikut bentuk muka anak-anak.

Dia tak push jual bingkai mahal pun, just bagi cadangan jujur mana yang nampak cantik dan selesa dipakai. Harga pun memang berpatutan, tak rasa mahal sangat untuk kualiti yang kita dapat.

SERVIS PANTAS, SIAP DALAM MASA SATU JAM!

Ini paling best, tak payah tunggu lama! Dalam kurang dari satu jam, cermin mata anak-anak dah siap. Kalau kedai lain, kena tunggu sehari dua. Lagi satu, mereka bagi jaminan setahun untuk kanta, jadi kalau ada masalah, boleh datang balik tanpa risau kena bayar lebih.

KENAPA MOMMY REPEAT DATANG KE EYE PRO VISION?

KEDAI SPEK VIRAL NO.1 SUNGEI WANG

Jujur cakap, servis di Eye Pro Vision ni memang top. Tak hairanlah ia jadi kedai spek viral no. 1 di Sungei Wang. Setiap kali Mommy datang, servis konsisten bagus, staf mesra, dan harga berbaloi. Kalau korang ada anak yang perlukan cermin mata, Mommy highly recommend korang cuba kedai ni dulu.

Eye Pro Vision, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur ⏰ Waktu Operasi: Setiap hari 10 pagi – 9 malam

Next time kalau datang Sungei Wang, jangan lupa singgah dan rasai sendiri kenapa ramai orang puji kedai ni. Kalau anak korang happy, korang pun happy! By the way Mommy datang kedai ni sehari sebelum birthday Hannah. Ini salah satu hadiah birthday dia la kiranya.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!