Thu. Feb 13th, 2025

ALTHEA BARE ESSENTIALS.. PRODUK TERBARU ALTHEA YANG MENAWAN HATIKU

3 LANGKAH MUDAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS (4)

Sana sini sibuk bagi tips kulit cantik macam orang Korea. Dah macam-macam langkah juga yang Mommy baca dan rata-rata paling kurang pun, 10 langkah orang Korea selalu amalkan dalam rutin penjagaan kulit mereka tu.. Serius. Hanya yang rajin dan komited boleh dapat segebu kulit orang Korea, sis!!

Korang rajin tak buat macam ni?

ALTHEA BARE ESSENTIALS

Serajin itu, lepas tu korang boleh belek muka mereka dari dekat. Fuhhh. Flawless baqhang. Mommy sendiri pernah berselfie dengan mereka masa kat Korea tau. Cun giler!

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park

Tapi kan.. pemakanan dan persekitaran pun penting juga. Lagi satu, bila dah terlalu banyak sangat langkah, produk pilihan korang pula tak betul, agak-agak, apa akan jadi kat kulit muka kita? Kalau kulit tu boleh menjerit, dah lama dia jerit

“TOLONG.. SAYA LETIH.. JANGAN LETAK MACAM-MACAM PLEASE!”

Dan akhirnya, Mommy bertemu dengan satu produk yang BEST. Tak sabar nak kongsi dengan korang. Nah video unbox.. woot woot!

3 LANGKAH MUDAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS

Nah.. Mommy kongsi 3 langkah mudah untuk dapat kulit segebu orang Korea! Paling best, boleh ‘contour’ shape muka kita pula tu! Wow wow! Teruja tak?

3 LANGKAH MUDAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS

Tujuan Althea keluarkan Bare Essentials ini adalah untuk kita yang mengejar masa tapi dalam masa yang sama masih ingin menjaga wajah. Just perfect mengikut apa yang kulit kita perlukan. Produk yang berasaskan alam semulajadi ini direka khas untuk kekalkan kulit di tahap optimum.

CONTOUR CLEANSER

Contour Cleanser ini sesuai untuk semua jenis kulit. Kandungan utamanya adalah Ice Plant yang berfungsi untuk menghidratkan dan kurangkan kesan kemerahan pada kulit, dan Lemon Myrtle yang kaya dengan Vitamin C dan antioksidan untuk menguatkan kulit kita. Ia juga membantu membentuk wajah kita menjadi V-shape. Wow!

3 LANGKAH MUDAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS (1)

CARA GUNA

Lembapkan kulit terlebih dahulu, kemudian picit sedikit Contour Cleanser dan letakkan di wajah. Urut wajah dengan gerakan bulat. Bilas wajah.

3 LANGKAH MUDAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS (1)

PENDAPAT MOMMY

Mommy urut dengan gerakan menaik. Caranya, dari dagu, tolak ke pipi dan urut secara membulat. Tips urutan ini adalah untuk menegangkan wajah dan kulit menjadi awet muda. Teksturnya yang mempunyai butiran halus (micro capsules) yang bertindak sebagai exfoliate, berangin dan banyak buih buat Mommy jatuh cinta dengan cleanser ini. Kalau tak guna sehari, rasa pelik. Jadi, Mommy tak pernah skip untuk guna sepanjang 2 minggu cuba. Cleanser ini langsung tak merengsakan kulit Mommy. Tetapi, kulit Mommy akan rasa kering jika guna produk ini semata. Jadi, wajib ke langkah kedua.

Harganya pula tak mahal. Cuma RM23. Mampu milik!

PRIMER WATER

Langkah kedua adalah menggunakan Primer Water ini. Kandungan utamanya adalah Snow Lotus yang melicinkan dan mencerahkan kulit kita, serta Patented ‘dewdrop formulation’ yang dapat ‘cas’ semula kulit kita serta memberikan kelembapan segera. Yang bestnya, Primer Water ini bertindak sebagai toner dan primer atau asas sebelum kita makeup nanti. Ingat, cantiknya makeup kita bermula dari cantiknya kulit wajah.

3 LANGKAH MUDAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS (2)

CARA GUNA

Tuangkan sedikit dan sapu di seluruh wajah. Kemudian, tepuk je secara perlahan-lahan sehingga meresap. Mommy tak perlukan kapas sebab guna jari lebih berkesan.

3 LANGKAH MUDAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS (14)
Happy sangat nak ke mana?

PENDAPAT MOMMY

Haaa. Mommy suka sangat-sangat Primer Water ini. Walaupun fungsinya seperti toner, teksturnya tidak terlalu berair tau.. Ia sedikit pekat, tapi tidak pula berminyak. Memang cepat meresap. Baunya pun best. Serius best! Wajib guna selepas Contour Cleanser. Ia mampu menghidratkan kulit kita dan paling menarik bila kulit Mommy menjadi extra lembut selepas menggunakannya.

Harganya pun mampu milik. Cuma RM43.

FIXER CREAM

Langkah ketiga atau terakhir adalah menggunakan Fixer Cream. 3 kandungan utamanya iaitu Trehalose, Wild Green Tea dan Baobab Tree Extract masing-masing mempunyai kelebihan iaitu mengekalkan kelembapan, menghidratkan kulit dengan antioksidannya, serta ejen pelembap yang tidak berminyak ini membantu pengeluaran kolagen.

3 LANGKAH MUDAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS (3)

CARA GUNA

Secalit sudah mencukupi. Oh tak.. 2 calit lah. Sebab best sangat! Sapu sahaja seluruh wajah. Sebaiknya gunakan small spoon untuk calit Fixer Cream ini.

3 LANGKAH MUDAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS (13)

PENDAPAT MOMMY

Punca kulit Mommy makin lembut. Ewah. Serius jatuh cinta betul la. Memang pelengkap rutin skincare Mommy! Teksturnya yang langsung tidak melekit apabila disapu. Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif Mommy.

Harganya pun masih mampu milik. Cuma RM50.

BELI ALTHEA BARE ESSENTIALS SEKARANG!

3 LANGKAH MUDAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS (12)

Mudah kan? 3 langkah ini sahaja sebagai ‘prep’ sebelum makeup. Wuuuu. Mudah dan moga cantik macam orang Korea. Yeahh! Korang pun boleh cuba juga, dan yang paling best, korang akan dapat cermin percuma seperti ini.

3 LANGKAH MUDAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS (10)
Terus sahaja layari http://www.althea.kr dan Facebook Althea sekarang.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

13 thoughts on “ALTHEA BARE ESSENTIALS.. PRODUK TERBARU ALTHEA YANG MENAWAN HATIKU”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!