HOTEL PURI PUJANGGA, pertama kali dengar nama ini.. | Pembuka ‘buffet ramadhan 2018’ untuk Mommy tahun ini. Jemputan ke majlis Preview Ramadhan Buffet di Hotel Puri Pujangga, UKM dipenuhi dengan hati terbuka. Korang pun mesti ada yang dah tengok video yang Mommy share kat Facebook & Youtube Mommy kan?
Hotel Puri Pujangga ini terletak betul-betul dalam UKM. Mula-mula Mommy macam teragak-agak juga nak masuk. Betul ke dalam UKM ni? Rupanya memang betul lah. Terus laju je masuk dengan yakin. Untuk yang tak pandai sangat jalan dalam Bangi ni, jangan risau.. Korang boleh guna Google Maps “Hotel Puri Pujangga UKM”. Oh nasihat Mommy, jangan gunakan W*** ye. Kang sesat, lambat pula nak berbuka nanti. Hehehe..

Selesai mendaftar diri as Blogger KBBA9, Mommy terus ambil tempat duduk dahulu. Suasana memang terasa ‘back to P Ramlee mode’ Haha.. Mungkin disebabkan tema ‘Memori Studio Jalan Ampas‘ yang mengimbau kembali kegemilangan era perfileman melayu satu ketika dulu.
Ada macam Saloma tak? Lols..

HIDANGAN BUFFET RAMADHAN 2018 YANG MENANTI
Appetizer
Antara hidangan Buffet Makan Malam sempena Ramadhan 2018 yang bakal menanti korang nanti terdiri daripada makanan tempatan dan antarabangsa, di mana seleksi makanan pembuka selera (appetizer) terdiri daripada pelbagai jenis kerabu, ulaman, gado-gado, pelbagai jenis acar & sayuran salad.


Makanan Eksklusif Hotel
Mommy difahamkan yang Koew Teow Daging, Roti Canai yang boleh dimakan bersama Serawa Durian serta Ikan Bakar Palembang merupakan makanan eksklusif hotel tau. Bertuah la siapa yang makan malam tadi. Mommy la tu. Sedap koew teow daging tu. Burppp. Alhamdulillah.



Hidangan Bufet
Untuk hidangan lauk-pauk pula, menu berbeza akan dihidangkan setiap hari dalam seminggu. Antaranya Nasi Minyak, Nasi Jagung, Nasi Arab, Ayam Kerutup, Daging Rendang Minang, Daging Dendeng, Udang Butter, Kambing Masala, Ayam Percik Jalan Ampas, Udang Sambal Petai, Kambing Masak Briyani dan macam-macam lagi.




Pasta & Mee Goreng pun ada..


Juadah manisan dan buah-buahan
Kuih dan buah-buahan turut dihidangkan. Part ini memang menarik hati terutamanya kanak-kanak la. Tengok desert best-best tu. Memang ulang makan la jawabnya.




Minuman yang disediakan pun banyak pilihan tau. Mommy terkedu sekejap tengok semua jenis air yang ada. Hahah.. Rare lah kat sini..

PAKEJ BERBUKA PUASA
Pakej berbuka puasa bermula 19 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018 ini, berharga RM70 untuk dewasa, RM35 untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun dan percuma untuk kanak-kanak bawah 6 tahun.
Kalau korang beli baucar, harganya cuma RM60. Dan kelebihan untuk warga UKM, andai korang beli 5 baucar, korang akan dapat 1 baucar percuma..
Kalau nak menginap di sini pun boleh. Cuma RM160 semalam, dapat percuma Bufet Makan Malam untuk seorang.
Untuk tempahan berbuka puasa di Begonia Coffee House, Hotel Puri Pujangga ini, korang boleh hubungi dan dapatkan maklumat lanjut di :
- Tel : 03-89222891 / 89274128 / 89262443
- HP : 017-6992437
- Facebook : @puripujangga
- Instagram : @puripujanggahotel
- Website : www.puripujangga.com.my
PENDAPAT MOMMY
Kalau tanya tentang rasa, Mommy boleh jamin memang sedap. Mommy paling suka kambing bakar dan sos black pepper tu. Sedap betul. Kalau tanya tentang suasana, Mommy boleh jamin memang selesa dewannya. Luas dan cantik. Kawasan parking pun agak luas. Pastikan korang buat tempahan terlebih dahulu.. Nak datang pun mudah, terus datang ke UKM Bangi sahaja.. Harga pun tak mahal. Serendah RM60 seorang. Woohaaa!
Terima kasih menjemput kami warga #kbba9 ke sini..

dan juga makciks #kebayamerah tihihihihi..

