Fri. Oct 4th, 2024

FANBO COSMETICS : ATASI MASALAH JERAWAT DENGAN FANBO SKIN GOALS ACNE RESCUE CLUB DAN ACNE RESCUE WATER GEL SUNSCREEN

FANBO COSMETICS : ATASI MASALAH JERAWAT DENGAN FANBO SKIN GOALS ACNE RESCUE CLUB DAN ACNE RESCUE WATER GEL SUNSCREEN

Fanbo Cosmetics – Atasi masalah jerawat dengan Fanbo Skin Goals Acne Rescue Club & Acne Rescue Water Gel Sunscreen | Hai korang. Siapa yang mudah sangat naik jerawat? Sebenarnya jerawat boleh terjadi daripada beberapa punca contohnya perubahan hormon, pencemaran, tekanan perasaan, pemakanan, cara jaga kulit yang tak betul dan macam-macam lagi.

Kulit Mommy yang jenis kombinasi ini pun, memang berpotensi tinggi untuk jerawat muncul terutamanya ketika ada perubahan hormon dan tertekan dengan kerja harian. Memang stress betul rasanya.

Jadi, Mommy segera cari cara untuk mengelak dari jerawat muncul dan cara atasi jika ada masalah ini.

CARA ATASI MASALAH JERAWAT

Ada beberapa cara yang boleh korang lakukan untuk atasi masalah jerawat, contohnya : 

  1. Bersihkan muka dengan kerap dan elak penggunaan produk berminyak boleh kurangkan masalah jerawat timbul.
  2. Elakkan makanan berminyak dan pedas, coklat dan kafein yang boleh mencetuskan kewujudan jerawat
  3. Elakkan menyentuh muka dengan tangan kotor untuk mengelakkan sebarang penyebaran bakteria ke muka dan memburukkan keadaan jerawat sedia ada
  4. Elakkan tekanan. Lakukan aktiviti yang boleh kurangkan tekanan seperti senaman dan yoga.
  5. Menggunakan produk penjagaan kulit yang betul dan sesuai dengan kulit dan keadaan jerawat korang. Bahan seperti Salicylic Acid, Niacinamide dan Tea Tree Oil boleh membantu mengurangkan jerawat.

Tapi harus diingat, jika jerawat korang masih tidak hilang atau semakin teruk, korang harus berjumpa pakar dermatologi untuk mendapatkan rawatan yang betul.

Baca juga : Cara kenal kulit wajah sendiri

“EFFORTLESS BEAUTY WITH FANBO COSMETICS”

Seperti yang diberitahu tadi, penggunaan produk yang betul dan sesuai dengan kulit dan keadaan jerawat pasti membantu mengatasi masalah ini.

Dengan tagline “Effortless Beauty with Fanbo Cosmetics”, Mommy nak cadangkan produk utama mereka yang terbaru diperkenalkan khas untuk memastikan kulit sihat dan berseri dan direka khusus untuk membantu merawat masalah jerawat ini.

Produk penjagaan kulit yang berstatus HALAL – Fanbo Cosmetics ini merupakan produk jenama kosmetik terkenal dari Indonesia sejak 1968, KINI bertapak di Malaysia. Produk tersebut adalah :

  • Fanbo Skin Goals Acne Rescue Club – Acne Rescue Clay Mask & Acne Rescue Serum
  • Fanbo Acne Rescue Water Gel Sunscreen SPF 35 PA ++++

Baca juga : Laser Jeragat

FANBO COSMETICS : ATASI MASALAH JERAWAT DENGAN FANBO SKIN GOALS ACNE RESCUE CLUB DAN ACNE RESCUE WATER GEL SUNSCREEN

1. FANBO SKIN GOALS ACNE RESCUE CLUB – CLAY MASK & SERUM

FANBO COSMETICS : ATASI MASALAH JERAWAT DENGAN FANBO SKIN GOALS ACNE RESCUE CLUB DAN ACNE RESCUE WATER GEL SUNSCREEN

Fanbo Skin Goals Acne Rescue Club ialah penyelesaian yang sempurna untuk mereka yang berisiko dengan kulit yang terdedah kepada jerawat.

Produk ini menampilkan dua produk yang digabungkan untuk memberikan kulit yang sihat dan berseri yang diidamkan selama ini – Acne Rescue Clay Mask DAN Acne Rescue Serum.

Gabungan dari Fanbo Acne Rescue Clay Mask DAN Acne Rescue Serum :

  • Membantu mengatasi masalah jerawat : Produk ini mengandungi bahan-bahan seperti asid salisilik dan minyak pokok teh yang diketahui berkesan dalam membantu merawat jerawat dan menghalang jerawat baru daripada terbentuk. Ia membantu mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan yang boleh menyebabkan jerawat.
  • Menjaga kebersihan kulit : Produk ini juga membantu membersihkan pori-pori dan menanggalkan kotoran dan sel kulit mati yang boleh menyumbat pori-pori. Oleh itu, kulit kekal bersih dan segar.
  • Menjadikan kulit kelihatan lebih cerah : Produk ini mengandungi bahan-bahan seperti niacinamide yang boleh membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan penampilan parut jerawat atau bintik hitam pada kulit.

i. KEBAIKAN DAN BAHAN-BAHAN DALAM FANBO ACNE RESCUE CLAY MASK

Acne Rescue Clay Mask dirumus khas untuk mengatasi masalah jerawat dan menjadikan kulit segar dan berseri semula.

FANBO COSMETICS : ATASI MASALAH JERAWAT DENGAN FANBO SKIN GOALS ACNE RESCUE CLUB DAN ACNE RESCUE WATER GEL SUNSCREEN

Bahan-bahan di dalam CLAY MASK ini adalah :

  • Mengandungi Kaolin Clay & 100% Pure Tea Tree Oil yang boleh membersihkan kulit secara mendalam dan mengurangkan liang roma tersumbat.
  • Gabungan 99% Aloe Vera dan Ekstrak Witch Hazel boleh membantu menenangkan kulit yang berjerawat tanpa menyebabkan kemerahan dan kerengsaan dan menghilangkan bintik hitam
  • Membantu mengetatkan dan menghaluskan penampilan pori-pori, menjadikan kulit kelihatan lebih licin dan lebih muda.
  • Bahan-bahan penghidratan memastikan kulit kekal lembap, jadi tidak perlu risau tentang sebarang rasa ketat atau kering selepas digunakan.
  • Acne Rescue Clay Mask sesuai untuk sesiapa sahaja yang mencari penyelesaian yang cepat dan berkesan untuk kulit mereka yang berjerawat.
  • Sama ada korang mengalami masalah jerawat yang muncul sekali-sekala atau jerawat kronik, clay mask ini akan membantu korang mencapai kulit yang lebih bersih dan sekata.

ii. KEBAIKAN DAN BAHAN-BAHAN DALAM FANBO ACNE RESCUE SERUM

Acne Rescue Serum dari Fanbo Cosmetics adalah penyelesaian untuk mereka yang bergelut dengan masalah kulit berjerawat dan berjeragat.

Bahan-bahan di dalam SERUM ini adalah :

FANBO COSMETICS : ATASI MASALAH JERAWAT DENGAN FANBO SKIN GOALS ACNE RESCUE CLUB DAN ACNE RESCUE WATER GEL SUNSCREEN
  • Gabungan unik 4 bahan utama iaitu 5% Niacinamide, 1% Salicylic Acid,  100% Pure Tea Tree Oil & Ekstrak Witch Hazel untuk membantu menanggalkan lebihan minyak, kotoran dan sel kulit mati dari permukaan kulit untuk mengelakkan jerawat & pori tersumbat.
  • Niacinamide membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan kemerahan, manakala Salicylic Acid berfungsi untuk membuka pori-pori dan membuang sel kulit mati yang menyumbang kepada pembentukan jerawat.
  • Tambahan 100% Pure Tea Tree Oil dan ekstrak witch hazel membantu mengurangkan minyak kulit, menjadikan serum ini sesuai walaupun jenis kulit paling berminyak.
  • Serum yang ringan dan cepat menyerap ini direka untuk digunakan setiap hari dan sesuai untuk mereka yang mencari penyelesaian yang gentle namun berkesan untuk kulit mereka yang berjerawat.
  • Dengan penggunaan konsisten, korang boleh lihat perubahan ketara pada penampilan kulit korang, menjadikannya kelihatan lebih bersih, cerah dan tona sekata.

iii. CARA GUNA ACNE RESCUE CLUB

  • Sapukan Fanbo Acne Rescue Clay Mask secara merata ke seluruh muka. Selepas 10-15 minit, bilas wajah dengan air suam. Gunakan 1-2 kali satu minggu
  • Ambil 2-3 titik Fanbo Skin Goals Acne Rescue Serum dan urut perlahan sehingga serum meresap. Gunakan setiap pagi dan malam selepas membersihkan wajah.

2. FANBO ACNE RESCUE WATER GEL SUNSCREEN

FANBO COSMETICS : ATASI MASALAH JERAWAT DENGAN FANBO SKIN GOALS ACNE RESCUE CLUB DAN ACNE RESCUE WATER GEL SUNSCREEN

Penggunaan pelindung matahari amat penting dalam menjaga kesihatan kulit terutamanya dalam melindungi daripada bahaya sinaran UV yang boleh menyebabkan kerosakan kulit dan penuaan pramatang.

Salah satu produk kegemaran Mommy dalam rangkaian baru ini ialah Fanbo Acne Rescue Water Gel Sunscreen, dengan SPF 35 PA ++++, yang boleh melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya.

i. KEBAIKAN DAN BAHAN-BAHAN DALAM FANBO ACNE RESCUE WATER GEL SUNSCREEN

Bahan-bahan di dalam SUNSCREEN ini adalah : 

  • Dirumus khas untuk kulit sensitif, berminyak dan berjerawat. 
  • Diperkaya dengan ekstrak Witch Hazel dan Tea Tree Oil yang boleh mengurangkan sebum/minyak berlebihan yang menyebabkan bintik hitam, jerawat dan hiperpigmentasi.
  • Gabungan Pure Bio Hyaluronic Acid, ekstrak Centella Asiatica dan Niacinamide memberikan penghidratan sepanjang hari, menghalang kehilangan air dengan menguatkan skin barrier dan menenangkan kulit kemerahan yang merengsa ringan.
  • Bebas dari bahan kimia berbahaya seperti Parabens, Phtalates dan minerals yang boleh merosakkan kulit
  • Dermatologically tested

ii. CARA GUNA ACNE RESCUE WATER GEL SUNSCREEN

  • Teksturnya yang ringan dan mudah disapu menjadikannya sangat selesa untuk digunakan setiap hari. 
  • Boleh digunakan sebagai langkah terakhir dalam siri penjagaan kulit, selepas penggunaan pelembap.
  • Sapu pada keseluruhan permukaan muka dan leher sehingga meresap
  • Amaran/perhatian: Jangan terdedah terlalu lama di sinaran matahari walaupun menggunakan sunscreen.
  • Sekiranya ada tindak balas hiper-sensitiviti (rkemerahan) hentikan pemakaian.

REVIEW MOMMY

FANBO COSMETICS : ATASI MASALAH JERAWAT DENGAN FANBO SKIN GOALS ACNE RESCUE CLUB DAN ACNE RESCUE WATER GEL SUNSCREEN

Secara keseluruhannya, rangkaian Fanbo Skin Goals Acne Rescue Club dan Acne Rescue Water Gel Sunscreen adalah pilihan yang baik untuk korang yang ingin merawat masalah jerawat dan melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya.

Produk ini mengandungi bahan-bahan yang terbukti berkesan dalam mengekalkan kesihatan kulit, dan sangat selesa digunakan setiap hari. Harga pun mampu milik.

Tekstur ketiga-tiga produk ini memang mudah meresap dan selesa. Sepanjang penggunaan, tiada kesan sampingan di kulit Mommy. Harapnya Mommy serasi dengan produk ini untuk tempoh yang lama.

PEMBELIAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Boleh didapati di :

Jangan lupa ikuti mereka di : 

SELAMAT TINGGAL, ACNE!!

#FanboMalaysia #FanboEffortlessBeauty #FanboSkinGoals

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

20 thoughts on “FANBO COSMETICS : ATASI MASALAH JERAWAT DENGAN FANBO SKIN GOALS ACNE RESCUE CLUB DAN ACNE RESCUE WATER GEL SUNSCREEN”
  1. Fanbo ni dlu mcm compact powder. Masa lisa skolah dlu pon mmg fav pakai bedak ni sbb famous. Now macam macam da jenis prdk dia. Terbaikk. Nti boleh cuba la

  2. Comel sangat lahai packaging warna hijau…terus rasa nk beli. Haha. Dah klik dah link Shopee tu nk check harga..mujurlah bukan harga kayangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!