Cara Nak Buat Produk Jenama Sendiri | Pernah tak terfikir yang suatu hari nanti, korang jadi bos kepada diri sendiri? Korang nak tak ada produk jenama sendiri? Jadi Founder. Fuh.. Macam best je kan? Korang pasti kenal nama-nama gah seperti Dato’ Seri Vida, Dato’ Sri Aliff Syukri.. Haaa. Semua tu Founder produk fenomena kat Malaysia ni ha..
Tapi kan.. Alasan yang selalu Mommy dengar adalah..
“SUSAH LAAAA NAK BUAT BISNES JENAMA SENDIRI NI, KENA FIKIR BANYAK!”
“MANA NAK CARI MODAL?”
“KALAU KENA TIPU MACAM MANA?”
“AGAK-AGAK LAKU TAK?”
… dan macam-macam lagi lah..
Hai.. belum gali ilmu, dah menyerah kalah?
“Berniaga bukan mudah, tetapi tak susah”
Korang faham tak apa maksud Mommy? Bukan senang untuk kita buat sesuatu, tetapi ia akan jadi lebih mudah andai kita lengkapkan diri dengan bersenjatakan ilmu, khususnya ilmu perniagaan.
Antara cabaran-cabaran yang biasa kita baca atau dengar..
1. SCAMMER, PEMBEKAL PENIPU!
Antara masalah utama yang dihadapi usahawan baru ini adalah dengan lambakan agen atau orang tengah yang terlalu banyak menawarkan kata-kata manis untuk menolong kita dalam urusan membuat produk jenama sendiri ini, dan akhirnya meninggalkan kita terkontang-kanting dengan kerugian yang melampau. Barang tiada, modal hangus. Sedih tak? Risiko menggunakan orang tengah, macam ni lah. Bukan semua tak bagus, cuma perlu hati-hati. Kalau ada cara lebih mudah, kenapa perlu orang tengah kan?
2. LAMBAKAN STOK KERANA STOKIS TIADA ATAU TIDAK BERMINAT
Kenapa jadi macam ni? Adakah masalah produk itu sendiri? Atau kelemahan kita yang tak reti untuk memasarkan produk tersebut? Iklan adalah salah satu strategi pemasaran paling penting kerana itu adalah kaedah penyampaian maklumat kepada orang ramai. Jika tiada strategi tepat, adakah maklumat produk kita akan sampai dan tersebar dan seterusnya menarik orang untuk membeli produk kita? Kelemahan di mana?
3. PRODUK DAN LABEL TIADA KELULUSAN KKM
Yang ini penting woo. Kadang-kadang claim cakap produk dan label ada kelulusan KKM, tapi faktanya tidak. Jadi kenapa risikokan diri untuk perkara sebegitu? Apa yang sepatutnya kita buat adalah pastikan pihak yang proses produk kita tahu serba serbi mengenai pembuatan dan design label yang dibenarkan. Adakah kita bijak mencari?
4. KOSMETIK TIRUAN
Antara risiko lain adalah produk kosmetik yang dihasilkan tidak selamat dan mendatangkan bahaya kepada pengguna. Usahawan perlu didedahkan jika ada penggunaan bahan-bahan terlarang dalam produk. Pilihan pengilang yang berkonsepkan Original Equipment Manufacturer (OEM) yang mempunyai status Amalan Pengilangan Baik (GMP) adalah solusi tepat untuk permasalahan ini.
TERCARI-CARI PENGILANG UNTUK KELUARKAN PRODUK JENAMA SENDIRI?
Dah banyak kita tengok produk jenama buatan Malaysia sekarang ni kan? Dan banyak juga dah ada jenama sendiri. Agaknya, kalau kita pergi tanya founder-founder luar sana tu, ada tak yang sudi dedahkan siapa buat produk mereka? Sebagai usahawan yang mahu mengeluarkan produk baharu, kita patut kenal siapa pemilik kilang, lokasi dan perkhidmatan yang ditawarkan kilang tersebut.
Mommy pasti, mereka takkan begitu mudah dedahkan semuanya. Tak mengapa. Inilah namanya cabaran berniaga. Biar kita susah payah usaha dari mula. Nah.. Mommy dedahkan untuk korang yang berminat untuk tahu cara nak buat produk jenama sendiri, tapi tidak tahu langkah-langkahnya.
ZY PHYTO – ‘ONE STOP CENTRE’ JUAL PRODUK JENAMA SENDIRI
Mula-mula Mommy ingat, kalau nak buat produk sendiri, kita kena ada kilang sendiri, pekerja, buat ujian makmal semua tu. Haha. Noob kan? Jangan pening-pening. Kita cuma perlu ada modal dan boleh dapatkan khidmat dari kilang OEM seperti ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd (ZY Phyto) ini.
ZY Phyto, syarikat 100 peratus milik Muslim Bumiputera, merupakan pusat sehenti dalam menyediakan khidmat membuat produk kesihatan dan kecantikan, kepada usahawan dan syarikat yang berminat untuk menghasilkan produk berjenama sendiri menerusi kontrak pengilangan (OEM), dari formulasi, rekabentuk design, percetakan, proses dan pembungkusan. Tidak arif mengenai marketing pun tiada masalah, mereka ada ZY Phyto Academy Sdn Bhd untuk memberi latihan dan ilmu perniagaan seperti pengiklanan kepada usahawan-usahawan baru ini. Lengkap kan? Semuanya di bawah 1 bumbung yang sama.
Pelanggan hanya perlu datang membawa idea & modal sahaja. Mudah! Direct kilang lebih mudah dan dapat elak masalah-masalah seperti yang Mommy bincangkan di atas tadi.
Antara pengiktirafan rasmi yang diterima :
Semua produk dihasilkan di kilang ZY Phyto mempunyai akreditasi HALAL, Amalan Pengilangan Baik (GMP) yang dikawalselia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sijil Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan pengiktirafan ISO.
ZY PHYTO HOLDINGS SDN BHD
ZY Phyto Holdings Sdn Bhd, yang dikenali sebagai King of OEM, milik Encik Zaidi Yusoff dan Puan Sharifah Ameelia Akma Mohd. Ramly bukan calang-calang guys.. Sudah lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang OEM kesihatan dan kecantikan. Mommy berpeluang untuk tinjau sendiri kilang ini 2 minggu yang lalu..
Terkedu juga lihat profil mereka. Ada 9 anak syarikat di bawah ZY Phyto Holdings Sdn Bhd buat masa sekarang.
- ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd
- Memproses bahan-bahan berasaskan makanan, herba dan produk kosmetik dengan kelulusan GMP
- ZY Cosmetics Sdn Bhd
- Membangunkan jenis produk kosmetik iaitu produk penjagaan peribadi dan kosmetik berwarna
- ZY Printpack Sdn Bhd
- Menyediakan servis printing termasuk design dan pembotolan dalam kapasiti besar
- ZY Academy Sdn Bhd
- Konsultasi & Akademi Latihan buat Usahawan
- ZY Herbal Science Sdn Bhd
- SaudagarHerba.com – Menjual ekstrak herba, makanan dan bahan-bahan aktif serta menyediakan servis OEM produk kesihatan dan kecantikan (Pakej Chomey – Ready Products)
- ZY Phyto Marketing Sdn Bhd
- ZY East Coast Sdn Bhd
- Yayasan Qaseh ZY Phyto
- Program Amal di dalam dan luar negara dilakukan dari semasa ke semasa. Terbaru, Kembara Qaseh ZY Phyto ke Kashmir yang dijalankan pada 7 hingga 13 Mac 2018 yang lalu.
- Emily’s Cattery
- Pusat Jagaan Kucing
Kagum!! Cara Nak Buat Produk Jenama Sendiri
Banyak Founder produk fenomena di Malaysia menggunakan khidmat mereka. Antaranya adalah jenama seperti Qu Puteh, Inteemor by Ephyra, Almas, Honey Glow, Slimme White dan macam-macam lagi.
LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN PRODUK OLEH ZY PHYTO TECH INDUSTRIES (KONTRAK PENGILANGAN OEM)
Langkah-langkah memiliki produk sendiri adalah seperti di bawah : Cara Nak Buat Produk Jenama Sendiri
- Sesi rundingan dan pengenalan produk bersama pihak kilang (sales)
- Sales akan berikan sebut harga dan rundingan boleh dibuat ketika ini
- Bayaran deposit perlu dibuat untuk langkah mengeluarkan contoh produk (sample), rekabentuk pembungkusan dan pemeriksaan pematuhan (compliance check)
- Rundingan untuk mengeluarkan contoh produk & rekabentuk pembungkusan diteruskan
- Pihak kilang akan menghantar contoh produk & rekabentuk pembungkusan ke bahagian regulatori Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk semakan kelulusan
- Selepas mendapat kelulusan KKM, pembayaran sebanyak 60% dilakukan dan proses pengilangan produk akan dijalankan
- Tempoh produk siap dalam masa 4-5 minggu
- Selepas produk siap, baki bayaran perlu dibuat dan dah boleh ambil produk.
Dan langkah terakhir adalah kepada pelanggan sendiri, untuk buat pengiklanan. Haaa.. Amacam?
Antara produk yang ditawarkan untuk kontrak pengilangan adalah :
- Makanan Tambahan :
- Produk cecair seperti minuman kesihatan, pelangsingan badan, pati minuman herba
- Produk tepung sepeti kopi campuran / tablet seperti dari ekstrak herba, tablet vitamin
- Kosmetik & Set Penjagaan Peribadi & Kulit
- Sabun, Krim, Losyen, Serum dsb
- Kosmetik Berwarna seperti lip cream, lip balm, foundation dsb
- Minyak aromaterapi, minyak urut
- Produk Uncang Teh
- Raw Materials termasuk ekstrak, cecair dan tepung dalam skala kecil di Saudagar Herba
Semuanya di bawah bumbung yang sama. Wah.. Untung kita dah tahu kat mana nak cari untuk buat produk jenama sendiri.
MODAL RENDAH? GUNA PAKEJ CHOMEY
Jangan risau jika punya modal yang rendah, sebab ZY Phyto yang ditubuhkan sejak 2007, memfokuskan 100 peratus khidmat OEM, dengan harga berpatutan, bermula RM3,000 bagi pakej Chomey, yang boleh didapati di kedai ZY Phyto, Saudagar Herba.
Modal kecil bukan penghalang untuk berjaya. Tetiba rasa macam nak ada produk sendiri juga bila lihat stok-stok tersedia di sini. Ehem.. Apa kata korang? Ye lah.. sampai bila Mommy nak jual produk orang? Hehehe..
Ingat sekali lagi..
“sebagai usahawan yang mahu mengeluarkan produk baharu, kita patut kenal siapa pemilik kilang, lokasi dan perkhidmatan yang ditawarkan kilang tersebut.”
Mommy harap dah bantu korang sepenuhnya dengan entri ini. At least, korang dah dapat clear idea cara nak buat produk jenama sendiri dan nak mulakan langkah sebagai usahawan baru.
“KITA PERLU BERUSAHA JADI JUTAWAN UNTUK BANTU USAHAWAN LAIN MENJADI JUTAWAN” – Sharifah Ameelia Akma
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, boleh layari :
Facebook : @zyphytogroup
Laman Web : www.zyphyto.com
Email : info@zyphyto.com (jangan lupa tulis dapat dari blog ini ya?)
Atau alamat mereka : ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd, No 55A, Jalan TIAJ 2/1, Taman Industri Alam Jaya, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor.
Pilihan ada di tangan anda sendiri. Jadilah usahawan yang bijak! Selamat maju jaya diucapkan buat ZY Phyto. Semoga berjaya buat semua usahawan. Inshaa Allah.
Bagusnya info ni..berguna sgt utk yg nak mulakan bisnes sendiri
Dah boleh plan untuk produk sendiri Kalau gini. Terbaik sis Shehan . 😀
Perkongsian menarik… Paling best milik bumiputera.. Sgt kagum..
Kenapa kita wujudkan terlalu banyak birokrasi..pernahkah kita kaji macamana susahnya org kampung yg jual produk mereka utk cari sesuap nasi walhal produk mereka dah terbukti bertahun bagus..sebagai contoh jamu lepas bersalin..tapi nak kongsikan dgn org luar tak boleh sbb tak ada kelulusan Kem Kesihatan..tak ada SSM..tak daftar OEM bagai..tak daftar LHDN..tak dapat permit Majlis Perbandaran..banyak lagilah..saya bukan negatif tapi itu lah hakikat di Malaya..Jawapannya..eh memang kena ada sbb..sebab apa? Duit..kalau tak mana agensi tu semua nak dapat duit.. Saya lontarkan semua ini sebab saya pernah berada di posisi perjawatan dlm Kerajaan Persekutuan di Gred 52..dan Sering berada dlm mesyuarat yg kalian tak pernah masuk pun..dan setiap kali juga lah saya nyatakan kepada banyak kementerian “kenapa kita buat semua ni..kesian marhein nak cari makan..kenapa kita nak miskinkan bangsa kita???”..jawapan agensi selalunya..kalau tak buat semua ni mana gomen nak carik income boss..we argue a lot..so do ask the government why they make such rules.
our goverment is always suck. all money only going to their pocket. they have no intention to help people..
yess agree wt u… i mmg dah lama cari satu agensi yg boleh membantu commercial kan product yg jd kami secara sah dan warisan trun temurun.. utk lebih mendapat tempat di malaya.. bukan hanya pada regular yg rekemen dn percaya shj..
Nice sharing..tetiba nak ada juga produk sendiri hehe
Ok dah terbayang produk jenama sendiri berada di pasaran. Terima kasih atas ilmu dan info yang dicurahkan
Nice sharing, boleh la berangan nak ada jenama kosmetik sendiri.
Good sharing.. terima kasih..
Wahhh complete under 1 roof
dulu pernah terfikir nak keluar prdk sendiri juga hehe tp tula tkda rezeki disitu
Dengan bantuan orang pengalaman camni tak mustahil kan kita pun mampu ada produk sendiri. Janj yakin nak mulakan!
Pergh menarik giler sebab ada 9 buah cawangan yang buat benda berbeza. Bagi yang bercita-cita nak jadi pengusaha boleh cuba ni. Peluang baik untuk mula dari sini. Thanks Sis Shehan kongsikan info yang menarik dan dapat membantu mereka di luar sana. Nanti boleh Ty share pada yang berminat.
Ooo gitu…berangam gak nak ada jenama sendiri…huhuhu
Wahhh pasni kak shehan keluarkan lah produk sendiri..
wahhh… tak lama ye proses siap produk. Cepat betul.Tak perlu orang tengah lagi..
Wahhh…info bagus ni… nak jd founder pulak lah
Terbaik! Thank you kongsi ilmu ni Shehan. Baru tau rupanya ada company yang boleh buat semua ni.
Perkongsian yang bagus ni..tq sharing..:)
Nak buat apa yerk?? Macam nak buat satu
Jom keluarkan produk sendiri.
Ya allah seronoknya kalau boley kuarkan produk sndri… Bila kita berjaya, automatically bley bantu orang yg sush d luar sana.. Nice info..
Betullah..dulu memang tertanya-tanya juga macamana nak buat produk sendiri ni. Camni rupanya.. bolehlah start fikir nak keluarkan produk apa..thanks Shehan..good info!
Oh gitu ke caranya? Memang selama ni dok terfikir camnelah ramai orang boleh buat produk sendiri hihi
Pernah tgk dan dgr iklan pasal ni dlu..diyakini ramai
Terbaik. Semua ada. Modal pun rendah. Teringin plak nak cuba ada produk sendiri
Thanks sharing Shehan. Benda yang selama ni ramai orang dok tercari-cari . Bagus nya semua ada salurannya. Tinggal kena bertindak jer tuk berjaya.
Wowww menarik ni She.. usahawan dan bakal usahawan kat luar sana yang minat nak ada ptoduk sendiri kenala cuba..
Bagusnya..baru tau berkenaan company ni..kot suatu hari nak ade produk sendiei kan..boleh pergi sini..thank you kak she sharing
Thanks She, bagus sangat perkongsian ni. Membuka peluang kepada mereka yang teringin nak buat bisnes atas jenama sendiri tapi takut sbb masalah2 kat atas tu. So kat sini clear sgt dah cara dia.
Bestnya , kena cari modal nih
nak jadi tokey jugak la macam ni, haha! nampak menarik betul lip matte yg kak she pegang tu
info macam ni bagus, sebab kadang ada yang bercita2 nak jadi usahawan berjaya pun boleh trus realisasikan impian dorang. nice!
Semakin ramai mengeluarkan produk OEM.
Ada modal besar boleh untuk pemasaran, tim dan sebagainya boleh berniaga.
info lengkap …takderlah yang baru2 nak cuba ni tercengan cengang nak buat apa dan apa selepas ada modal dan bersedia nak mulakn bisnes brand sendiri…kipidap
Okey, k. ema sokong Shehan tau. Nanti boleh maklum kat adik ni..dia pun ada keluar produk sendiri.
Oooo macam tu rupanya baru la tau
lepas kaji, baru lah faham jugak
Fuhh nampak macam senang nak buat produk sendiri kan. Tapi nak pasarkan tu yng lebih mencabar.
Memang senang nak buat produk jenama sendiri. Apa yang penting? Promote produk jenama sendiri habis-habisan.
betul tu tuan
Salam..nk tanya NIE..buat produk sendiri..mcm mane ngn bahan2 yg kita nk masuk kan..mcm nk buat produk makanan..xprlu BG resepi ker..
Sebab tu dak2 muda sekarang ni pun dah mampu berbisnes jenama sendiri
salam kak she..
tq sharing info..patut la rami org keluar produk jnma sdri kan..
kira rebranding je la.hm.terasa mcm nk wat juga pula..hehe
Berapa modal.??
Berapa modal
kena contact pihak mereka. ada details bawah tu
Terima kasih atas perkongsian ilmu tuan/puan semoga Allah bukakan pintu rezeki seluas-luasnya untuk kita semua..Amin….
TERIMA KASIH PERKONGSIAN INFO TENTANG PRODUK SENDIRI NI .CAWANGAN KL XDE KE .SELAIN PUNCAK ALAM
Assalamualaikum..Puan/Tuan saya nak bertanya bagaimana nk buat kkm sendiri tanpa melalui kilang..mohon tunjuk ajar ilmu..
maaf. saya tak arif bab tu. mungkin tuan boleh buat sedikit research. Juga boleh tgk sini juga (https://www.npra.gov.my/)
Sy berminat
pernah terfikir utk ada product kcantikkan sndri ber asaskan islamik tp selalu pkblaja pn smpai form 3 je..mn mampu nk ada jenama sndri
camane nak mula ye…
Boleh consult dgn pihak kilang tuan.. sy ada sertakan emel di situ. Boleh emel mereka..
Hye nak keluarkan produk ni kena buat proposal dulu x sebelum jumpa or runding dgn dorang?
u can ask them directly apa yang perlu dibuat.. good luck 🙂
Bagus……ada ruang dan peluang untuk pergi lebih jauh. Kalau b0leh buat makanan lagi baik.
Boleh. Ada juga macam2 mknn n mnuman yang zy phyto buat..
Kita xprlu BG resepi ker?atau pihak kilang yg buat semua tu..
cuba bincang dgn pihak kilang utk maklumat lanjut
Terima kasih atas tipsnya yang sangat membantu. Semoga saya juga bisa segera bisa buat produk sendiri ^^
Mcm mane ye nak mula kan bisnes no…
Aslmkum… Dekat sabah ada cawangan tak syarikat ni? Saya dari sabah..
As-salam. Artikel yang mudah difahami dan teramatlah berguna.
Sangat bermanfaat infonya
Alhamdulillah , rasa terbantu sangat dengan info ni . kalau tak keberatan , boleh saya tau macam mana nak cari pembekal tudung high quality ?
terbaik
very nice