Fri. Dec 6th, 2024

BENGKEL PENULISAN KBBA9 BERSAMA 2 PENULIS TERKENAL!

BENGKEL PENULISAN KBBA9 BERSAMA 2 PENULIS TERKENAL

BENGKEL PENULISAN KBBA9 | Poster ini berlegar di Instagram dan Facebook Mommy baru-baru ini. Perasan tak? Ya. Mommy berpeluang belajar tentang cara penulisan yang betul bersama 2 penulis terkenal iaitu Saudara APAK (En Zulkifli Ahmad, penulis buku Mata Tak Berhijab) dan Saudara Zamri Bin Mohammad dari MyMove (Malaysia Writers Movement) baru-baru ini.

Bertolak seawal jam 7 pagi 1 April yang lalu, menuju ke MaTic, iaitu penaja lokasi bengkel ini, kami diuji dengan penutupan jalan sempena KL Car Free Morning yang diadakan setiap Ahad minggu pertama setiap bulan.

“Nasib badan betul.” Haha.

Mujurlah Ummi Nani hebat dalam bab mencari jalan alternatif. Kalau Mommy, mau bergaduh juga la. Hahaha..

“Gaduh dengan map la. Korang fikir apa??”

Sejurus tiba ke lokasi, kami terus ke aras 1 MaTiC menuju ke tempat bengkel seperti Bengkel Fotofon KBBA9 tempohari. Sejuk! Macam selalu. Mujurlah masing-masing dah tahu, wajib bawa baju sejuk. Hahaha.. Beku beb! Mommy memang tak tahan sejuk. Tapi, tak perlu lah sampai kena pakai winter jacket guys. Over! Hahaha..

SIAPA ‘APAK’

Bengkel Penulisan kami bermula jam 930 pagi, oleh Saudara Apak, atau nama sebenarnya Encik Zulkifli Ahmad. Penulis novel ‘Mata Tak Berhijab’ (novel seram) ini berjaya buat semua peserta terpana sebentar apabila beliau mengatakan yang beliau mampu melihat ‘sesuatu’ yang manusia biasa tidak mampu melihat dengan mata kasar. Korang faham kan maksud Mommy?

BENGKEL PENULISAN

“tepi aku, agak-agak dia nampak apa eh sekarang?” terdetik dalam hati..

Apak, seorang lulusan ITM memulakan bengkel dengan menekankan bahawa setiap penulisan, perlu ada IDEA! Tanpa Idea, seseorang penulis itu memang tidak dapat menulis. Macam Mommy sendiri, nak memikirkan idea untuk menulis entri ini pun, perlukan Idea juga tahu? Bukan senang!

TEKNIK PENULISAN KREATIF

Tetapi, untuk penulisan kreatif, ada lagi tekniknya. Selain Idea, perlu ada Watak & Perwatakan. Untuk Watak ini, kita perlu kembangkan dari 4 watak utama iaitu Hero, Heroin, Antagonis & Pembantu.

Manakala untuk Perwatakan pula, perlu ada emosi seperti marah, perwatakan yang baik, alim atau psiko contohnya.

Teknik yang ketiga selain Idea dan Watak & Perwatakan, seseorang penulis itu perlu tahu jenis Latar Masa yang ingin dibawa dalam penulisannya. Contohnya, adakah jenis movie, drama atau narration?

BENGKEL PENULISAN

Dan yang terakhir, Latar Tempat. Oh ya.. Berkenaan Latar Tempat, sebagai penulis, kita perlu berhati-hati menggunakan nama tempat dalam penulisan kita. Buat kajian betul-betul. Manalah tahu, kita ‘terguna’ Latar Tempat yang direka oleh penulis lain.

Jadi, sebagai penutupnya, Apak menekankan 4 teknik ini andai kita ingin bergelar penulis yang hebat. Sebagai blogger, penulisan dan gaya bahasa adalah hak milik kita. Ya. Bebas. Tak terikat seperti mereka yang ingin menghasilkan buku dan sebagainya. Tetapi, apa pun Mommy dah dapat basic idea dengan ilmu Apak hari ni.

Selain Novel ‘Mata Tak Berhijab’, beliau telah menghasilkan sebuah lagi novel seram terbaru yang berjudul ‘Mata Ketiga’ untuk semua peminat genre seram. Yang berminat untuk ikuti perjalanan seni Saudara Apak, boleh ikuti beliau di Instagram @zulkiflimtb1966

SAUDARA ZAMRI YANG KELAKAR!

Sesi selepas take 5 diteruskan oleh Saudara Zamri dari MyMove (Malaysia Writers Movement). Bagi Mommy, cara mengajar beliau memang sempoi. Asyik ketawa je kami sebagai peserta ni.

BENGKEL PENULISAN

Yang berminat untuk ikuti perjalanan seni Saudara Zamri, boleh ikuti beliau di Instagram @myzamrimohamad. Nak belajar lebih lanjut tentang penulisan dan cara terbit buku sendiri pun boleh masuk kelas Tuan Zamri ini.

Beruntung sangat hari ini sebab ada di kalangan warga KBBA9 yang berminat secara mendalam dalam penulisan dan ingin menceburi bidang penulisan kreatif serta ingin menghasilkan karya sendiri.

Ribuan terima kasih kepada para penaja:

Tajaan Lokasi @maticmy

Tajaan Breakfast @restorannelayanampang

Tajaan Lunch @cafe_cerita_kambing

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!