Sat. Nov 2nd, 2024

WP HOTEL WITH INFINITY POOL – PERCUTIAN SINGKAT DI TENGAH KOTA KUALA LUMPUR

WEEKEND GETAWAY : WP HOTEL, KUALA LUMPUR | Jika anda tercari-cari tempat untuk bercuti, tapi taknak keluar dari KL, boleh cuba bercuti ke sini. Jom jalan2.

Gadget : Note5 #myphoneography

weekend-getaway-wp-hotel-kuala-lumpur

Betul ni. Tak perlu keluar KL pun. Hotel yang terletak di sekitar Jalan TAR, siapa sangka ia sangat gah dan murah!! Berdekatan dengan tempat2 menarik KL juga tau.

weekend-getaway-wp-hotel-kuala-lumpur

Ini semua gara-gara blogger Juju yang datang ke hotel ini sebelum ini. Masa tu Juju buat elemen surprise melalui IG n FB postnya dan semua orang tertanya2 di mana agaknya tempat yang beliau pergi tu. Tapi Mommy ternampak 1 keyword yang menyebabkan Mommy terus buat research dan agakan Mommy tepat. Nak tahu keyword apa? Dalam 1 gambar yang Juju snap tu, Mommy ternampak 1 word iaitu “Lemongrass Coffee House”. Sama macam gambar Mommy snap ni.

weekend-getaway-wp-hotel-kuala-lumpur

Dan Mommy terjumpa hotel ni melalui research tersebut. Hehe.

Tanpa menunggu jawapan sebenar dari Juju, Mommy terus tempah hotel ni dengan Booking.com. Booking.com (tekan sini) mudah sangat digunakan tau. Tempah dan tak perlu bayar sehingga kita datang sendiri ke hotel pada tarikh yang dipilih. Kalau korang nak tempah hotel, boleh je book melalui Booking.com yang Mommy letak kat sidebar tu.

Akhirnya blogger Juju dedahkan nama tempat percutian beliau dan memang tepatlah hotel yang Mommy tempah ni. Hii. Nasib baik betul.

WP HOTEL WITH INFINITY POOL

Mommy tertarik dengan hotel ini disebabkan infinity pool yang dilengkapkan lagi dengan view kota KL. Jelas terpampang KLCC dan KL Tower dari rooftop WP Hotel ini. Hotel ini terletak di Jalan Tar, berdekatan Chow Kit. Rezeki Mommy tadi dapat parking betul2 depan pintu hotel. Hihi.

wp-hotel-infinity-pool-percutian-singkat-di-tengah-kota-kuala-lumpur

PANDANGAN PERTAMA

Pandangan pertama Mommy bila masuk ke hotel ini ialah sedap mata memandang. Ada sofa untuk berehat dan anak2 pula sibuk ‘parking’ di sofa sebelah kanan pintu masuk. Excited sangat plak anak2 Mommy hari ni. Ada cafe bersebelahan sofa di lobi. Actually tak risau sangat kalau tak ambil meal package kat hotel ni, lapar ke, dahaga ke, kat luar hotel ni pun ada je 7E dan Mydin. Kena jalan sikit la around 50m. Tak jauh pun.

wp-hotel-infinity-pool-percutian-singkat-di-tengah-kota-kuala-lumpurwp-hotel-infinity-pool-percutian-singkat-di-tengah-kota-kuala-lumpur

BILIK HOTEL

Mommy dapat bilik dengan twin bed. Level 9, non smoking room. Actually patut dapat queen kot. Tapi dah datang check in awal. Hii. Redha je la. Malam ni pandai2 lah kembarkan katil rapat2. 1st impression, cun juga la bilik ni. Paling Mommy suka ialah cermin di tandas tu. Walaupun agak kecil, selesa lah juga dengan nilai harga semalam di sini. Berapa harganya? Nanti Mommy info.

wp-hotel-infinity-pool-percutian-singkat-di-tengah-kota-kuala-lumpurwp-hotel-infinity-pool-percutian-singkat-di-tengah-kota-kuala-lumpurwp-hotel-infinity-pool-percutian-singkat-di-tengah-kota-kuala-lumpur7

INFINITY POOL WITH KL VIEW

Ini yang Mommy tertarik sangat-sangat untuk datang ni. Infinity pool sambil pandang kotaraya KL giteww.

wp-hotel-infinity-pool-percutian-singkat-di-tengah-kota-kuala-lumpur

Cantik sangat! Pool ini terletak di rooftop, dan dibuka jam 7 pagi sehingga 7 malam. Masa kami datang ni jam baru je pukul 2 petang. Mommy perasan memang tiada lifeguard atau apa2 guard masa tu. So cuma kami 4 beranak je enjoy mandi. Towel semua self service. Dah tersedia kat situ.

wp-hotel-infinity-pool-percutian-singkat-di-tengah-kota-kuala-lumpurwp-hotel-infinity-pool-percutian-singkat-di-tengah-kota-kuala-lumpur

Cantik kan? Lepak lebih sejam barulah ada family lain yang datang. Hihi. HDAE dah mula meragam selepas 2 jam mandi. Jadi kami terus naik untuk berehat.

Tak panas ke? Panas juga sebelah hadapan kolam tu. Sebab tak terlindung bumbung yang ada. Tapi sebelah lagi ada terlindung sikit. Ni pandangan dari tepi kolam.

wp-hotel-infinity-pool-percutian-singkat-di-tengah-kota

Pakaian mandi? Boleh je pakai pakaian biasa. Pakai pakaian selesa dan menyenangkan anda mandi.

wp-hotel-infinity-pool-percutian-singkat-di-tengah-kota

WIFI PERCUMA

Servis wifi percuma turut disediakan oleh pihak hotel. Yang menariknya ialah wifi yang disediakan tu lajuuuu. Kadang2 kalau lepak hotel mana2, selalu ada masalah wifi. But so far, at this hotel, Mommy Daddy masing2 bahagia dapat update fon dengan pantasnya. Daddy siap upload filem lagi. Kemain.

SUASANA MALAM

Memandangkan hotel ini berdekatan Chow Kit, kami decide untuk dinner area berdekatan. Blur juga sebenarnya sebab tak biasa jalan malam di kawasan ini. Selepas 20 minit berjalan kaki, akhirnya kami singgah ke KFC berdekatan. Hannah pula asyik ajak balik ke hotel selepas makan. So tiadalah istilah berjalan2 sekitar kota KL ni. Sebenarnya Mommy takut2 juga nak berjalan kaki ni. Nak gunakan kereta, sayang pula nak ubah parking yang betul2 depan pintu hotel.

Mommy decide untuk naik ke rooftop dan hayati keindahan kotaraya KL pada waktu malam setibanya kami di hotel. Ini pandangan waktu malam. Alangkah indah jika pool dibuka pada waktu malam.

wp-hotel-infinity-pool-percutian-singkat-di-tengah-kota-kuala-lumpurwp-hotel-infinity-pool-percutian-singkat-di-tengah-kota-kuala-lumpurwp-hotel-infinity-pool-percutian-singkat-di-tengah-kota-kuala-lumpur

HARGA BILIK

Mommy pilih bilik yang paling murah seperti yang ditawarkan oleh Booking.com. Harga termasuk GST ialah cuma RM140 semalam. Itu harga semalam, harga esok tak tahu lah berapa. Ok2. Tu melawak je. Tak faham tak mengapa. Ekeke. For me, ia agak murah memandangkan pengalaman dapat bermalam di sini, di tengah2 kotaraya dan berdekatan place of interest yang lain.

KETIDAKPUASAN HATI

Memandangkan cuaca luar agak panas, Mommy expect bilik yang dipilih tiada masalah penghawa dingin. Tapi itulah masalah yang Mommy hadapi kerana penghawa dingin kurang sejuk. Mungkin perlu diberi perhatian mengenai perkara ini. Mungkin juga cuma bilik Mommy yang ada masalah tersebut. Ibarat kereta yang berada di tengah panas, akan ambil masa untuk sejuk semula selepas beberapa lama dihidupkan penghawa dingin. Seperkara lagi, pintu toilet rosak! Mujurlah cuma kami-kami aje dalam bilik ni. Hihi. Mengenai perkara lain, Mommy rasa tiada masalah.

PENDAPAT MOMMY

Sepanjang Mommy update gambar di IG dan Whatsapp group Monmy, ramai tertanya2 di mana tempat yang Mommy datang. Rata2 menyebut Regalia Residence. Ternyata tidak tepat. Hihi. Ok.. Jika korang nak rehat hujung2 minggu tu, pertimbangkan untuk bercuti di hotel ini. Serius. Tak rugi. Have a nice weekend. Esok mau mandi kolam lagi. Hiii. Live update la pulak entri ni. Kbai.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

23 thoughts on “WP HOTEL WITH INFINITY POOL – PERCUTIAN SINGKAT DI TENGAH KOTA KUALA LUMPUR”
  1. Terbaik sgt usaha shehan ni siap.cari keyword dalam gambar yg juju share ini barulah blogger proaktif yeyy ada sebab sekali sekala juju buat surprise share gambar nak u ols teka dan research….bagus shehan and happy tgk u all semua happy….thanks to Allah! TQ shehan good review! after this boleh dah jadi mcm juju si #bloggerhotelhunter

  2. hari tu dah bac akat blog juju.. memang cantik view kat kolam ni. teringin nak p sana..

  3. wah. part kolam tu macam best gile. sebab dapat tengok pemandangan kota yang hidup lagi2 pada waktu malam.

  4. aku dah singgah tmpt ni.. ade kwn dr luar KL dtg aku rekemen stay sini… dpt la menumpang menyebok dgn die…

  5. cuaca panas cam skrg nih memang naisss dapat berendam….memang ok gak kan bercuti kat tengah KL walaupun kita org puchong…..ekekeke

    wp = wordpress

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!