Susulan penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020, permintaan produk HALAL di Jepun dijangka meningkat semasa kejohanan sukan itu kerana Jepun menjangkakan penyertaan ramai atlit dan pengunjung beragama Islam.
Mommy ada cerita panjang lebar sebelum ini tentang pengalaman Mommy di Jepun dan impian Mommy supaya produk Halal ke Jepun diperkembangkan lagi memandangkan Jepun merupakan negara pelancongan yang sentiasa menjadi pilihan.
Kini, tiba peluang yang besar buat usahawan dan juga orang ramai untuk menghadiri satu expo yang dinamakan Malaysia Halal Expo 2019 yang bakal diadakan di KL Convention Centre pada 24, 25 dan 26 Januari 2019.
Program Malaysia Halal Expo (MHE) 2019 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan ini turut disokong oleh SME Corp dengan kerjasama strategik JAKIM, Kementerian Belia dan Sukan dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia.
![](https://i0.wp.com/shehanzstudio.com/wp-content/uploads/2019/01/1.jpg?resize=640%2C640&ssl=1)
MALAYSIA HALAL EXPO 2019
Malaysia Halal Expo 2019 yang bertemakan “Malaysia to Japan for 2020 Olympics” ini ditetapkan sebagai platform dagangan bagi PKS Malaysia (SMEs) untuk menembusi pasaran Jepun menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
![](https://i0.wp.com/shehanzstudio.com/wp-content/uploads/2019/01/JOM-KE-MALAYSIA-HALAL-EXPO-2019.jpg?resize=640%2C668&ssl=1)
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang 3 hari berlangsungnya expo ini antaranya adalah sesi pocket talk, forum dan singgah santai selebriti seperti Faizal Ismail (FBI), Amy Search, Erma Fatima (Mok Cun), Munif Hijjaz, Datin Fouziah Gous and Fynn Jamal.
Korang boleh lihat senarai program di sini.
Terdapat lebih 320 pempamer yang terlibat bakal menawarkan perkhidmatan dan produk Halal tempatan seperti :
- Bahan/ Kandungan produk
- Makanan dan Minuman yang Diproses
- Kosmetik
- Penjagaan Peribadi/ Farmaseutikal
- Logistik; dan
- Bioteknologi
Boleh tengok senarai pempamer (exhibitor) di sini.
Bayangkan peluang produk Halal dari Malaysia masuk ke pasaran Jepun, bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Sememangnya ia adalah perkara yang membanggakan.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri expo halal ini yang memberi manfaat besar kepada pengunjung dan usahawan. Expo ini adalah PERCUMA untuk semua pengunjung setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 6 petang.
Untuk makluman, pra-pendaftaran telah pun dibuka untuk orang awam serta usahawan. Boleh klik di sini.
![](https://i0.wp.com/shehanzstudio.com/wp-content/uploads/2019/01/banner-registration.jpg?resize=640%2C244&ssl=1)
Info lanjut berkaitan ekspo halal terbesar ini boleh diikuti di laman facebook Malaysia Halal Expo 2019 dan laman web http://halal-expo.my
Ala.. weekand nie.. kalau dekat, dah gi dah..
Seronoknya, dah la masuk percuma. Suka tgk senarai booth F&B tu meriah sungguh!
Waaahhh bykmya booth akan ada pada event ni yer .. 320 tu.. aintgk amy search pun bukak booth
Waahh byknya booth ada masa event ni. 320 tu byk tuz amy search pun ada yerr
Wahh amy search pun ada. Bagus expo ni, blh bawa produk malaysia ke jepun adalah hasil yg membanggakan
kan. bkn sng..
i will come for foooddddd 😀
jeles nih.. nak p jgk. tp sok laki keje. huwaaaaaaaaaa
Banyak booth-booth yang menarik kat sana.
Banyak booth yang best.
Good info good event!
nak ajak husband pergi sebab sure banyak makanan……. hahah
Semoga program ini akan dapat menarik lebih ramai usahawan dan juga pengunjung serta memberi banyak manfaat buat semua .
dah pergi tadi..best giler..banyak produk halal ade dekat situ..ade pernah tengok ada yang tak pernah tengok..dah terbeli banyak juga tadi..hahhaa
Banyak betul barang2 yg dijual. Masuk percuma pulak tu. Memang best! Rugi siapa tak pegi!
platform bagus tuk para usahawan produk halal…
event yang seru nih, awak nak ajak kekasih kesini juga lepas isya’ nanti laa
dh pegi? best kan?
MHE 2019 memang terbaik…semoga produk Halal Malaysia berkembang hingga ke pasaran antarabangsa !!