Sat. Nov 2nd, 2024

SEBELUM TIDUR, JANGAN BERI ANAK-ANAK TENGOK…

Daripada FB Hisham Sharif
Sebelum anak-anak kita tidur, jangan beri anak-anak tengok televisyen (dan dengar radio merapu), iPad atau permainan video, apatah lagi jika cerita seram, ganas atau ada adegan separa lucah (termasuklah kartun).
Mengapa? Kajian menunjukkan bahawa tidur mereka akan terganggu, juga elemen-elemen yang tidak baik akan masuk ke dalam minda bawah sedar dan membentuk personaliti mereka.

Paling baik tentunya ayah dan ibu membacakan kisah-kisah yang baik dari Al Quran, hadis dan para salafussoleh, bagus juga jika ayah sendiri dapat membaca ayat-ayat Al Quran dan zikir-zikir yang ma’thur kepada anak-anak sebelum mereka tidur.

Jika tidak sempat, perdengarkan ditelinga mereka bacaan Al Quran atau ajar mereka untuk membaca buku-buku yang baik sendiri sebelum tidur.

Pastikan sebelum anak-anak tidur, hanya input-input yang baik sahaja masuk ke dalam minda mereka.

Cubalah, dan lihat perubahan yang berlaku pada anak-anak kita.

MOMMY : JOM CUBA AMALKAN

Baca buku2 macam ni ke kan??

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!