5 PENYEBAB PENDARAHAN KETIKA HAMIL | Mommy terpanggil untuk menulis topik spotting atau pendarahan ketika hamil ini selepas beberapa kali terima berita sebegini daripada kawan-kawan sekeliling Mommy. Jujurnya dua kali pregnancy Mommy, belum pernah lagi merasa pengalaman begini. Takut juga kan? Memang ada wanita hamil yang mengalami masalah pendarahan ni. Ia boleh berlaku sama ada di awal kehamilan atau di akhir kehamilan.
Jadi, apa itu pendarahan ringan dan adakah ia normal?
Spotting ialah pendarahan ringan dari faraj. Ia serupa dengan haid, tetapi ringan sedikit. Warna darahnya pula berbeza, dari merah hingga ke coklat.
Adalah normal bagi anda merasa bimbang jika ternampak ada pendarahan berlaku. Sebenarnya, pendarahan yang berlaku dalam minggu-minggu awal kehamilan biasa berlaku. Satu perempat daripada wanita hamil mengalami pendarahan dalam trimester pertama.
Namun kadangkala pendarahan juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius seperti keguguran.
Pendarahan yang berlaku perlu diberi perhatian khusus. Sebarang titisan darah yang keluar dari vagina sepanjang kehamilan perlu dirujuk kepada doktor dengan segera supaya rawatan lanjut dapat dilakukan bagi menyelamatkan kandungan.
Pendarahan di akhir usia kehamilan berlaku disebabkan oleh masalah plasenta atau uri ibu sendiri. Sesetengah pendarahan boleh juga disebabkan oleh keabnormalan serviks atau vagina.
Berikut adalah beberapa masalah yang menyebabkan pendarahan ketika hamil (di akhir kehamilan):
1. Placenta previa (Uri di bawah)
2. Placenta abruption
Keadaan ini timbul apabila plasenta yang normal berpisah dari dinding rahim ketika pramatang dan darah berkumpul antara plasenta dan rahim. Hal ini berlaku kepada 1 dalam 200 kehamilan. Penyebabnya masih belum diketahui.
3. Rahim pecah
Apabila keadaan ini berlaku, ia boleh menyebabkan bayi tersingkir ke bahagian abdomen. Rahim pecah amat jarang berlaku tetapi sangat berbahaya kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Rahim pecah boleh berlaku sebelum dan semasa proses kelahiran atau di saat anda mahu melahirkan.
4. Saluran janin pecah
Keadaan ini berlaku kepada 1 daripada setiap 1000 kehamilan. Saluran darah bayi daripada tali pusat mungkin bersambung dengan membrane dan bukannya plasenta. Jadi, saluran darah bayi mengalir ke pintu masuk saluran kelahiran. Hal ini turut dikenali sebagai vasa previa dan berlaku kepada 1 dalam 5000 kehamilan.
5. Sebab-sebab lain
Sebab lain yang kurang biasa berlaku adalah serviks atau vagina mengalami kecederaan atau luka. Masalah ini termasuklah polyps, kanser dan varicose veins.
Adakah bayi saya akan selamat?
Kemungkinan besar bayi anda dalam keadaan selamat kerana pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Ramai wanita yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan dapat meneruskan kehamilan dengan sihat.
Jika pendarahan itu menandakan keguguran, anda akan turut mengalami kekejangan perut, dan pendarahan itu biasanya akan menjadi lebih teruk. Pendarahan ringan atau spotting biasanya berhenti sendiri. Dianggarkan kira-kira separuh daripada wanita hamil yang mendapatkan bantuan perubatan kerana pendarahan awal dapat meneruskan kehamilan mereka.
Jika anda mengalami spotting atau pendarahan semasa hamil, bincanglah dengan doktor anda, walaupun jika pendarahan itu berhenti. Ini untuk memastikan tiada simptom-simptom lain yang mungkin menunjukkan sebarang masalah.
Cuba berfikir dengan positif. Spotting atau pendarahan ringan biasanya hanyalah satu misteri yang tidak membahayakan yang boleh anda lupakan sahaja.
Pa&Ma
Assalamualaikum.mommy sy nak tau.sy tak dtg bulan dlm 3 bulan da..n 2 hri lalu,darah ada kluar dri kmaluan sy n x bnyak..darah keluar hanya skali tu je..tp selama dua hari..tu tandanya sy hamil or tak…sblm ni pun sy dah try urine test,tp negetive..n skunk sy x try lg urine test sbb sy risau…so apa cadangan mommy?sy kena terus jumpa doktor atau buat urine test pregnancy dulu…
Wslm. Better puan berjumpa dengan doktor untuk kepastian darah yang keluar. Nak check upt ketika jumpa doc tu pn boleh.. Moga semua dpermudahkan. Amin
Thanks mommy..sy akn p jumpa doktor utk kepastian…
ok. Moga dipermudahkan..
Doakan sy xde masalah
amin. inshaa Allah xde masalah apa2 tu..
Assalamualaikum mummy sy nk tye sy skrg pgnant nk masuk 35week dh 2hr lps bby megeras smpai xbole tido nk jln pn skit pastu ok hrni tiba2 keluar darah plk drah tu pekat jugak la..lps mgrib trasa sakit memulas sikit2 kt bwh tu..lps mgrib tgk kesan kt spender ada lg mcm collate2 perlu ke hospital trus ke mummy..
better sis.. jgn biar..