Jelajah New Zealand menjadi impian Mommy selain jejak Korea dan Jepun. Nak update entri ni pun tersenyum sorang-sorang. Moga Allah permudahkan urusan #KembaraKBBA9 ini. Tak lama dah. Sekarang dah masuk bulan 6 dah. Wuhuuuu.. Kami dijangka akan ke sana pada musim Bunga! Haaa.. Syiok tak? Giler tak syiok.
Perancangan ke New Zealand agak mudah apabila diuruskan oleh team Ikhlas Tours, sebuah agensi pelancongan di NZ. Pemiliknya orang Malaysia tau. Serius! Hebat orang Malaysia. Oh ya.. Pakej mereka menarik giler! Dan yang paling teruja, kami akan drive sendiri di sana. Yes! Bukan senang nak ada peluang ni ketika melancong di luar negara.
JELAJAH NEW ZEALAND BERSAMA IKHLAS TOURS
ITINERARY DI NZ
Ok ini antara tempat-tempat yang bakal kami kunjungi di sana. Wuhuu. Tak sabar betul. Especially Hobbiton Village tu. Harga tiket masuk ialah NZD75. Haha. Bukan setiap hari nak pergi kan?
PENGINAPAN DI NZ
Penginapan kami pula, haaaa.. berpindah randah setiap hari mengikut tempat yang dijadualkan. Syok wei.. Ini contoh tempat penginapan kami nanti.. For sure akan ada entri khas untuk ni nanti..
PENGANGKUTAN DI NZ
Dan pilihan pengangkutan yang disediakan untuk tetamu samada kereta sedan, MPV, SUV atau memandu motorhome atau campervan. Dan pengangkutan kami nanti adalah seperti di bawah..
Pihak Ikhlas Tours menyarankan pelancong untuk memandu sendiri sambil meneroka bumi NZ kerana NZ merupakan sebuah negara yang selamat untuk memandu sendiri, dengan statistik kemalangan yang rendah, infrastuktur yang baik dan sistem yang mesra pelancong. Ini bukan sahaja menjimatkan kos, malah menjadikan pakej percutian lebih eksklusif dan peribadi. Tetapi, mereka juga ada menyediakan private driver andai itu yang pelanggan minta. Kami memilih untuk memandu sendiri la kan pastinya. Hihi..
IKHLAS TOURS LIMITED
Seperti yang Mommy maklumkan awal-awal tadi, Agensi Pelancongan Ikhlas Tours Ltd ini merupakan milik rakyat Malaysia yang beroperasi di Auckland, New Zealand. Berita mengenai agensi pelancongan mereka ni siap masuk Berita Harian lagi tau..
Sedikit pesanan dari Ikhlas Tours
IKHLAS TOURS Ltd sedia membantu merancang percutian yang sesuai dengan bajet anda. Kami menyediakan pakej private tour untuk kumpulan kecil antara 4 hingga 20 orang. Kami menawarkan pakej standard dan pakej customise mengikut permintaan, destinasi pilihan dan bajet anda. Anda bebas untuk bercuti secara santai dengan memilih destinasi yang ingin dilawati, dan tidak terikat dengan travel plan yang rigid.
Haaa.. Boleh rancang sendiri tu. Takde la terikat sangat dengan jadual ketika melancong kan? Boleh urus sendiri masa tu..
TESTIMONI
Rata-rata pelanggan yang menggunakan khidmat Ikhlas Tours amat berpuas hati dengan servis mereka membuatkan Mommy lebih yakin dengan mereka dan teruja nak kesana!!
“Pengalaman melancong bersama Ikhlas Tours adalah unik bagi kami. Pertama kali memandu sendiri di luar negara dan mengembara sendiri. Kami bebas memilih aktiviti yang kami suka dan bergerak dengan masa sendiri. Syabas Ikhlas Tours”
“Perkhidmatan yang diberi oleh pihak Ikhlas Tours amat memuaskan. Kami meneroka banyak lokasi yang menarik dengan bantuan Ikhlas Tours. Pada kami, Ikhlas Tours menawarkan perkihdmatan yang terbaik dan memenuhi citarasa kami sekeluarga”
Mommy yakin, pilihan kami untuk Jelajah New Zealand bersama Ikhlas Tours adalah pilihan terbaik. Moga Allah permudahkan urusan kedua-dua belah pihak. Amin.
YANG INGIN TAHU PAKEJ JELAJAH NEW ZEALAND BERSAMA IKHLAS TOURS LTD
Untuk pengetahuan korang, pakej mereka di bawah RM2000 tau. Haaaa. Bes kan? Nak tahu lebih lanjut, korang kena laju-laju lawat mereka melalui:
- Laman Web : www.ikhlastours.co.nz
- Facebook : IkhlasTours
- Instagram : @Ikhlas.Tours
- Email : info@ikhlastours.co.nz
- Whatsapp : +64 2239 81091 (Very fast respond. Bagus!)
Korang juga boleh baca FAQ Jelajah NZ ini untuk sebarang persoalan yang timbul di fikiran korang.
Doakan #kembarakbba9 jelajah NZ berjalan lancar ya.. Terima kasih..
2012
selamat bermusafir. bnykkan doa semoga allah permudahkan urusan pergi dan balik. Begitu juga dgn tanggungjawanyg ditinggallkan. Musafir ada baik dan buruknya. Semoga dipermudahkan
Terima kasih atas nasihat umminani.. inshaa Allah akan igt..
Jangan lupa ole2 .. ahaksss wawawa murah pakej dia :p
hahaha.. inshaa Allah.. #siscuba
Ooo based kat sana kaa… mesti trusted agen kan. Kalau tak takkan uoll pilih
Ya. Inshaa Allah. Doakan kami eh..
Selamat bermusafir YB
tq fizah.. doakan ye..
Selamat melihat negara orang. Selamat mengembara. Semoga urusan pergi n pulang dpermudahkn & dilancarkn segala. Psss.. nak ikut!
Jom jom ikut jom..
Syoknya nz… balik jgn lupa ole2… pastu buat g.a hihi
Menarik idea tu.. hehehe. Tq allene
wahh, bestnye dapat pergi NZ, memang tengok gambar pun tenang je, boleh tenangkan jiwa dekat sana.
x sabar ni.. inshaa Allah..
Wow!!! Bestnya.. kita yang baca dah teruja apatah lagi yang nak pergi kan.. mestilah lagi teruja.. Anyway Semoga Allah permudahkan segala perancangan n thank you for the very useful info.. Lepas ni boleh la rekomen ikhlas tours kat kengkawan yg nak ke NZ.
yup. boleh rekomen.. tq ya doakan..
Ai yang baca pun rasa teruja. Paling best mesti pengalaman memandu sendiri tu.
yup. sebelah kanan jalan dia. huhu..
Bestnya dapat berjalan ke New Zealand…
Tengok tempat orang..
Alhamdulillah. Mudah2an..
Wow nak g New Zealand gak laaa ngan she hehhee
Jom kak.. hehehehe
Syoknyaa..nak ole2 tau..kalau bukan utk kita, utk fariza pun ok..hehe
haha. inshaa Allah.. #siscuba
wah manariknya… smoga slmt prgi & selamat balik
inshaa Allah. terima kasih atas doa
Best Nyaa!!! Mesti tak sbaar bilaa nak pergi
Yaaaaa. Tak sabar.. Sept nanti.. Inshaa Allah
wah..wah.. g sana masa musim bunga !! mesti sangat cantik pemandangan kat sana nanti..Fuh terbayang2 bunga warna-warni …indahnya..
ya musim bunga.. inshaa Allah.. x sbr ni
Wah best ni. Dah lama teringin nak ke New Zealand; cikgu saya pernah cerita masa sekolah dulu, dia cukup ‘salute’ dengan orang New Zealand di hentian bas ada dijual surat khabar tapi tak ada penjual. Dia kata surat khabar habis dan duit pun cukup dengan bilangan surat khabar terjual. Kalau di Malaysia katanya mesti sebaliknya.
hahaha. marilah kita belajar dengan melihat negara luar. sama la mcm sy g korea dlu, bnyk perkara sy belajar, yg xde kt msia ni.. huhu
Waaaaa…. bestnye dpt g NZ.. baru baca je dh rase best sgt
tggu nt kami kt sana eh. hehehe
memang tak sabar tunggu entri cuti ke NZ dari Shehan ni… semoga selamat pergi dan selamat kembali..
wah.. tq akak. tggu tauuu
Jangan lupa ambik gambaq abam All Blacks yang sado tu tau…ehhh hahaha
haa x zabarrrrrrrr
Huuuu seronoknye kalau dapat pegi….. ongkosss is not here…
inshaa Allah.. try menabung. hehehe
allahu , bestnya.. teringin lak nak pergi sana
jom2.. inshaa Allah nanti Lisa leh jejak juga
Bestnya pergi nz… Saya confirm akan dtg nz lagi. InshaAllah!