Sat. Nov 9th, 2024

TANA HASSAN KEMBALI DENGAN KOLEKSI NINGRAT SHAWL SULAM DAN BAWAL EDITION

shawl sulam tana hassan

Kalau korang perasan, sekarang ni tudung jenis sulam dah kembali menjadi ‘trend‘ masa kini. Mommy sendiri pun pernah ada bawal jenis sulam zaman masih di sekolah menengah. Bayangkan ia kembali semula. Memang menjadi rebutan la kan?

Walaupun dah banyak shawl dan tudung bawal, Mommy taknak ketinggalan untuk mengikuti fesyen semasa dengan memiliki tudung sulam dan bawal daripada jenama TanaHassan.

@myapilot_mya Back to my fav thing to do – #unboxing. Hari ni saya unbox Shawl Sulam & Bawal Printed dari @TanaHassan_ . Tak rugi grab 2 nih 🥰🥰 #unboxing #tanahassan #ningratcollection #shawlsulam #bawalprinted ♬ original sound – YB

TanaHassan, yang dahulunya dikenali HijabulousHassanah (since 2013) kini kembali dengan koleksi Ningrat Shawl Sulam (Ningrat Sulam Melati) dan Bawal (Ningrat Bawal Printed) terbaru.

Ningrat ini adalah bahasa melayu klasik yang bermaksud golongan bangsawan dimana TanaHassan cuba membawa konsep klasik dan tradisonal.

SHAWL SULAM TANA HASSAN – NINGRAT SULAM MELATI

Mommy memilih warna merah untuk dijadikan koleksi shawl sulam pertama Mommy. Tahu tak, Mommy memang tak arif sangat bab-bab styling shawl ni. Tapi, disebabkan Material Chiffon Georgette Shawl Sulam ini ringan dan mudah terbentuk, buat Mommy jadi selesa dan mudah nak menggayakannya.

Ningrat Sulam Melati atau shawl sulam dari Tana Hassan ni serius lawa dan designnya sangat klasik. Sebenarnya ada banyak pilihan warna dari koleksi terbaru Tana Hassan ini. Mommy ada kongsi tutorial cara memakai shawl ini di sini.

@myapilot_mya Tutorial pakai Ningrat Shawl Sulam & Bawal Printed by @TanaHassan_ ❤️ Koleksi : Ningrat – Sulam Melati (shawl) & Bawal Printed #tanahassan #ningratcollection #shawlsulam #bawalprinted #kbba9 #shehanzstudiodotcom ♬ original sound – YB

Amacam? Senang tak? Macam-macam gaya paling simple dah Mommy tunjuk. Serius memang biasa sangat untuk orang yang tak berapa arif pakai shawl macam Mommy ni. Tapi still selesa dan terbentuk elok.

Boleh digayakan samada sulam di bahagian muka atau diletakkan ke bawah supaya sulaman lebih ketara coraknya. Saiz shawl ini adalah 180cm x 75cm, lebar elok dan mudah digosok.

ADA PELBAGAI PILIHAN WARNA SHAWL NINGRAT SULAM MELATI

Mommy ada berangan juga untuk buat koleksi shawl sulam lepas ni. Jadi, Mommy pun intai lah warna-warna lain yang ada di IG TanaHassan ini.

Menarik kan?

BAWAL PRINTED TANA HASSAN – NINGRAT BAWAL PRINTED

Corak bawal printed oleh Tana Hassan ini adalah rekaan sendiri tau. Bukan dicetak dari mana-mana. Haaa.. Eksklusif betul tu.

Material bawal printed pilihan Mommy ini adalah Satin Silk. Percayalah, Mommy tak pernah suka sebarang tudung satin sebab kriterianya yang susah digayakan dan ‘pekak’ telinga. Tetapi, selepas cubaan kali pertama Bawal Printed Tana Hassan ini, Mommy terus kagum.

Serius! Bukan ambil hati atau puji tanpa fakta tau. Memang Mommy betul-betul jatuh hati. Kualitinya yang premium sungguh memikat hati.

Senang digosok dan mudah digayakan juga. Mommy dah share dengan korang 8 tutorial di video di atas untuk menggayakan bawal printed ni tau. Tak reti juga, tak tahulah!

Kalau korang nak dapatkan Shawl Sulam Tana Hassan atau Bawal Printed mereka, korang boleh jer follow di bawah:

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

One thought on “TANA HASSAN KEMBALI DENGAN KOLEKSI NINGRAT SHAWL SULAM DAN BAWAL EDITION”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!