Thu. Dec 5th, 2024

BALIK KEDAH 4 JAM JER #BALIKKAMPUNG

Salam..

Pagi ni Mommy ada kat rumah mentua dah.

Kami bertolak jam 630 petang dan makanan2 berbuka dah beli siap2 sebelum bertolak.

Anak2 dengan sup ayam.

Mommy dengan ayam sambal.
Daddy pula dengan roti john.
Air mineral dah cukup.
Daddy ambil cuti semalam untuk rest puas2 sebelum balik. Sempat juga la Mommy listkan perkara2 yang perlu dibuat sebab takut Mommy terlupa. Ye la.. Semalam Mommy still bekerja.
Kami cuma berbuka dalam kereta yang sedang bergerak. Tak sanggup nak berhenti bila tengok rnr atau stesen minyak memang pack!!
Daddy memang tak berhenti memana kecuali untuk solat. Anak2 pula dah siap tidur awal. Mommy pun bila dah lepas Isyak, mata otomatik mengantuk. Hasilnya.. jam 1050pm Daddy kejut bagitau dah sampai. Mihmihmih.
Cepat betul balik Kedah kali ni. Fuhhh.
Buat mereka yang nak balik hari ni, moga2 anda semua sabar. Moga anda tempuhi perjalanan yang lancar.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!