KEMPEN DERMA DARAH MCDONALD’S MALAYSIA | Hai! Siapa yang selalu menderma darah? Tahniah tau! Mommy antara insan bertuah yang pernah menerima darah kalian. Syukur sangat-sangat.
Setiap hari ribuan orang memerlukan darah, jadi kita digalakkan menderma darah untuk menyelamatkan banyak nyawa.
MCDONALD’S MALAYSIA BLOOD DONATION DRIVE – KEMPEN DERMA DARAH MCDONALD’S MALAYSIA
Tarikh 30 Jun 2022 menyaksikan satu kempen menderma darah yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertempat di Ibu Pejabat McDonald’s di Damansara Utama.
Dan kerjasama ini sebenarnya sudah masuk tahun ke 6 tau!
Mommy turut berpeluang melihat sendiri kehadiran orang ramai, tidak terkecuali kakitangan McDonald’s untuk turut menderma darah bagi memastikan bekalan di dalam bank darah negara stabil.
Majlis bermula dengan pendaftaran orang ramai, kakitangan McDonald’s, rakan niaga dan juga wakil media. Mommy dimaklumkan lebih 200 orang penderma kali ini. Meriah betul!



Hari Derma Darah McDonald’s Malaysia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai kepentingan menderma darah, dalam menyokong usaha Pusat Darah Negara untuk membantu pesakit yang memerlukan.
APA SYARAT ASAS UNTUK MENDERMA DARAH?

Sebelum menjadi penderma darah, ada beberapa syarat yang wajib diikuti.
- Mesti sihat tubuh badan
- Berumur di antara 17-70 tahun untuk yang pernah menderma
- Berumur di antara 17-80 tahun untuk penderma kali pertama
- Untuk penderma 17 tahun perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
- Untuk penderma 65 tahun dan ke atas perlu kemukakan laporan kesihatan
- Tidur minima 5 jam
- Tiada masalah kesihatan
- Telah mengambil makanan sebelum menderma darah
- Pendermaan terakhir adalah 3 bulan sebelum
- Untuk penderma wanita, tidak mengandung, tidak datang haid dan tidak menyusukan anak
- Bagi bukan warganegara, perlu menetap di Malaysia sekurang-kurangnya 1 tahun
- Tidak mengamalkan tingkah laku gaya hidup berisiko tinggi (contohnya pengambilan dadah, hubungan sejenis)
- Membawa dokumen pengenalan diri (IC/Passport)
KEMPEN DERMA DARAH MCDONALD’S MALAYSIA SELAMATKAN NYAWA
Tahu tak, setiap pek darah mampu menyelamatkan 3 nyawa tau. Besar jasa kalian. Serius!! Dan sebenarnya, dengan cara menderma darah pun boleh beri kebaikan dari segi kesihatan kepada penderma.



Ada beberapa kebaikan utama menderma darah yang perlu anda tahu
1. Kesan masalah kesihatan
Sebelum anda layak menderma, pemeriksaan fizikal dan ujian darah akan dilakukan. Ini untuk membantu kita kesan sebarang masalah kesihatan yang mungkin kita tidak tahu. Jika kesihatan memuaskan, barulah layak menderma.
2. Mengawal tekanan darah
Kajian mendapati menderma darah menurunkan tekanan darah dan mengawalnya agar sentiasa berada dalam keadaan normal.
3. Menjaga kesihatan jantung
Kajian turut mendapati dari menderma darah, ia mampu memberi perlindungan kepada kesihatan kardiovaskular.
4. Rasa lebih sihat
Daripada maklumbalas penderma, kebanyakannya memaklumkan diri mereka lebih sihat selepas menderma darah. Jadi tak hairanlah jika mereka kerap kembali menderma darah.
PROGRAM KOMUNITI MCDONALD’S
McDonald’s berhasrat menanamkan satu tabiat yang baik dan mewujudkan kesedaran yang tinggi mengenai kepentingan menderma darah di kalangan kakitangannya dan juga rakyat Malaysia.
Mommy turut menyokong usaha murni ini memandangkan aktiviti derma darah yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia dengan Kerjasama PDN menyaksikan lebih 1,300 penderma sejak tahun 2017. Terbaik!!

Sebagai tanda penghargaan, McDonald’s Malaysia menyediakan hidangan McChicken dan Sundae Cone kepada semua penderma darah yang hadir.
Kami turut bersuafoto bersama seorang selebriti tv & radio, Encik Haziq Hussni yang hadir menderma darah pada hari tersebut.

Bersama-sama kita membantu rakyat Malaysia lain yang memerlukan.
Syaratnya okay. Tak pernah cuba derma darah, sebab tak lepas dengan berat badan. Dulu lah.. herm.