RESIPI DONUT GEBU VIRAL TICER LINI | Kalau nak tahu, kami dalam Alumni APC Phop by Lini Mohd, bukan setakat belajar ambil gambar, buat Phop Challenge, malah terbaru, Ticer Lini Mohd juga dah berjaya melahirkan ramai ‘chef instant‘ juga.
Ramai dalam tu pakar-pakar memasak, tapi yang dah sekian lama tak buat donut pun, turut sama tertarik nak cuba resipi ticer kali ini.
Ada bahan rahsia yang buat donut ini istimewa, dan sekaligus viral among Phopers.
RESIPI DONUT GEBU VIRAL TICER LINI
Ok Mommy kongsikan di sini, Resipi Donut Kentang Viral Ticer Lini yang gebu gebas confirm sedap dan menjadi ini.
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar susu tepung (Kalau guna condense milk, guna 1 sudu besar – feedback : manis. Kalau fresh milk sejuk, 2 sudu besar – feedback : better)
- 1 1/2 sudu besar gula kastor
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 1/2 sudu kecil yis
- 1 1/2 sudu besar butter/marjerin
- Sebiji telur
- Kentang sederhana besar rebus dan lenyek
- 80ml air sejuk dari peti ais (untuk slow rising) air ni tuang agak-agak je. Jangan banyak sangat nanti doh lembik (PETUA : kadang-kadang tak perlu air, sebab bahan di atas dah cukup)
Cara membuat
- Campur semua
- Cuma garam dengan yis letak jauh, jangan letak dekat (pisahkan)
- Gaul dengan tepung dulu (each of them), baru gaul semua
- Gaul sampai doh tidak melekat
- Letak minyak dalam bowl supaya doh tidak melekat
- Letak doh
- Rehatkan sampai double size
- Lepas doh dah naik, buang angin
- Dan bentukkan donut
- Letak atas baking paper supaya tak melekat
- Rehatkan 15-20minit
- Goreng
- Masa goreng jangan banyak kali terbalikkan
- Terbalikkan sekali je untuk elak donut serap minyak
- Dah siap gaul dengan gula
Nyum!!
Perasan tak apa bahan rahsianya? Kentang! Yes! Tak cuba, tak tahu!
HASIL DONUT STUDENT PHOP (PHOPERS)
Boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja menu baru yang Ticer Lini kongsikan. Dan Phopers memang tak lepaskan peluang untuk mencuba dan ternyata semua resipi Ticer memang padu.
Nah Mommy kongsikan hasil air tangan mereka, bukan sekadar donut confirm menjadi dan sedap, gambar mereka pun gempak-gempak belaka!
Tengok tu, bukan donut je, ada yang siap buat Burger Malaysia (Pau Sambal), Donut Cheese dan Snow Choc Donut. Kreatifnya! RESIPI DONUT GEBU VIRAL TICER LINI
Ya Allah, telan air liur Mommy sambil menulis ni.
Untung kan jadi Phopers?
Gambar cun, now bertambah bab kongsi resipi pula.
Baca lagi : resepi tauhu bergedil
TESTIMONI PHOPERS
Tengok lah antara hasutan Phopers ni. Mana tak berjangkit masing-masing untuk cuba Resipi Donut Kentang ticer nih.
Terima kasih Ticer Lini izinkan Mommy berkongsi Resipi rahsia Donut Gebu Viral ke dalam blog ini. RESIPI DONUT GEBU VIRAL TICER LINI
Terima kasih juga buat Phopers yang sudi berkongsi gambar Donut Gebu Viral cun melecun yang dihasilkan mereka.
Nak jadi Phopers juga?
Jom la join kelas Phop by Lini Mohd.
Layari Page Phop by Lini Mohd.
Boleh whatsapp Mommy juga untuk daftar kelas Phop (http://ybshehan.wasap.my)
Mommy belum berkesempatan nak cuba buat donut ni, but maybe one day. Haha. ‘Rajin’ sikit bab masuk dapur nih.
p/s : Bahaya kalau lepak lama-lama dalam Alumni ni. Ada saja hasutan. Baik saka (props), hiasan rumah dan sekarang tips memasak pula. Haha.
Tunggu Mommy update next resipi yang viral among Phopers juga. *berpeluh
Tq she,opah tak permah buat donut seumur hidup,terasa nak mencuba..hehe
wah menarik tgk donut2 ni
amboiii sedapnya nampak … terus rasa nak pi cari hahahah