Thu. Oct 10th, 2024

OO.. RUPANYA ADA 1 BAHAN RAHSIA DALAM RESIPI BURNT CHEESECAKE KHAIRULAMING NIH..

RESIPI BURNT CHEESECAKE KHAIRULAMING

Burnt Cheesecake Khairulaming | Mommy dah pernah buat Burnt Cheese Cake guna Air Fryer tahun lepas. Anak-anak memang suka gila lah. Memang sedap. So far dah pernah rasa yang cafe dan SR punya, masing-masing ada rasa tersendiri. Tapi, Mommy tak jumpa lagi yang betul-betul puas tekak Mommy.

Adakah tekak Mommy terlalu rigid? Mungkin. Haha. Dan puasa 2021 kali ni, Mommy ter’rajin’ sekali lagi untuk buat Basque Burnt Cheese Cake versi Khairulaming ini.

RESIPI BURNT CHEESECAKE KHAIRULAMING

Rupanya ada 1 sahaja bahan extra yang berlainan dari resipi Mommy sebelum ni.

Ok jom Mommy share resipi Khairulaming nih.

Baca : Kerang Masak Kam Heong

RESIPI BURNT CHEESECAKE KHAIRULAMING

Teringat tahun lepas punya susah nak dapat cream cheese dan whipping cream. Kesannya sampai sekarang, kalau pergi mall, mesti terjenguk-jenguk kawasan tu. Haha.

Bahan-bahan

  • 250g cream cheese
  • 1/2 cawan gula
  • 1 kotak kecil whipping cream (125ml)
  • 2 biji telur
  • 1 biji egg yolk (yes.. ini bahan lain dari biasa Mommy buat – kuning telur sahaja)
  • Secubit garam
  • Sesudu teh esen vanila
  • 2 sudu tepung gandum

Cara buat

Ok semua bahan di atas ni, memang dimasukkan ke dalam blender ikut turutan ya.

Blend sehingga sebati (smooth)

Lapik loyang dengan baking sheet

Tuang adunan ke dalam loyang tadi

Masukkan dalam Air Fryer

Bakar dengan suhu 180 selama 20 minit

Biar sejuk sedikit bila dah siap, baru buka baking sheet tu

Sedia dihidang.

Hasil ‘keras tangan’ Mommy

Biasalah bila buat benda tiba-tiba nih, memang tiada lah hiasan. Hahaha..

Sedap weh! Ini dia! Ini lah resipi yang ku cari.

Sedap! Pantas! Tuntas! Tak menyusahkan!

Tq KA untuk resepi Burnt Cheesecake Khairulaming yang awesome ini!!

p/s : Sambal Nyet sedap gila!! Yang dapat free (kecoh viral kat twitter pasal takde label) tu pun belum buka lagi. Sayang nak makan!! Hahahaha

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

3 thoughts on “OO.. RUPANYA ADA 1 BAHAN RAHSIA DALAM RESIPI BURNT CHEESECAKE KHAIRULAMING NIH..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!