Sat. Jan 18th, 2025

FLORA KAFE AMPWALK, LOKASI ROMANTIK PILIHAN UNTUK BERBUKA PUASA

Mommy meninggalkan 1001 kenangan bersama Ampwalk ni. Rasanya, last Mommy jejak Ampwalk ni pada tahun 2009. Huhu. Lamanya. Dahulu, Mommy pernah bekerja di dalam bangunan ini. Di salah sebuah firma guaman, sebagai seorang Chambering Student dan peguam di firma yang sama. Jodoh tidak lama sehingga Mommy berkeputusan untuk pindah firma.

Hari ini, kenangan lama mengusik kembali. Bila pertama kali Mommy jejak bangunan ini, dah pelbagai perubahan yang berlaku. Dari segi interior maksud Mommy. Pintu masuk Ampwalk pun cantik sangat2 sekarang ni. Restoran dalam tu masih ada yang kekal sejak dari Mommy kerja dalam tu. Contohnya Secret Recipe, Yellow Hat & Kedai Arab.

Gadget : Note 5

berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk

FLORA KAFE

Buat pertama kali Mommy jejak di sini jumaat lalu (24/06/2016). Rupanya, kafe ini dah lama dalam Ampwalk. Cuma masa Mommy kerja dulu tu, ia belum ada lagi. Mommy kagum dengan hiasan dalam kafe ini. Cantik dan sangat romantik!

PANDANGAN PERTAMA

Apabila sampai je kat Ground Floor, Mommy kagum dengan dekorasi di tengah2 hall Ampwalk tu. Eh, ini Flora Kafe juga ke? Besar tu.berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (13)

Rupanya memang betul. Mereka tempatkan buffet ramadhan di situ selain dalam kafe mereka sendiri. Cantik! Kagum!

ROMANTIKNYA BERBUKA PUASA DI FLORA KAFE

Itu perasaan pertama bila tengok dekorasi kafe ini. Wow. Cantik betul. Mode romantik melanda di jiwa. Ewah. Dah nama pun flora, memang penuh la floranya. Selain berbuka puasa, sebenarnya ramai yang datang ke kafe ini untuk sambutan hari jadi, anniversary, candle light dinner, dan macam2 lagi.

berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (13)berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (41)

berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (41) berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (41) berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (41)berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (41)berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (41)

Dan Mommy pula kali ini datang untuk berbuka puasa. berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (13)

Kan best kalau Daddy dan anak2 pun ada.berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (13)

Cantik kan??

BUFFET RAMADHAN

Tidak terlambat untuk Mommy ajak kawan2 semua untuk cuba buffet ramadhan di sini. Banyak pilihan makanan yang anda boleh nikmati dengan harga RM65+ (dewasa) dan RM35+ (kanak2 7 – 12 tahun). Banyak! Dan paling penting, sedap. Ramai juga yang bagi feedback makanan di sini sedap. Tapi biasalah, adat makanan ni, ada juga yang tidak kena dengan tekak kan? Jadi, kalau makanan tersebut tidak sedap, itu adalah pendapat masing-masing. Bagi Mommy, so far, makanan di sini ok. Boleh bagi 4 bintang. Hihi.

MENU BUFFET RAMADHAN 2016

Antara menu yang disediakan Flora Kafe ialah

MASAKAN MELAYU

berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (32)
Lala Masak Serai sedap amat ni. Ada Daging Masak Kari, Ayam Lada Hijau & Paru Sambal
berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (32)
Ikan Jenahak Masak Asam Pedas, Keli Sambal & Talapia Goreng
berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (32)
Pelbagai aneka kerabu & ulam-ulaman. Mommy suka sangat kerabu taugeh. Rindunya kerabu mak di kampung!!
berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (32)
Hidangan pelbagai jenis sambal colek
berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (40)
Ada Sup Tulang, Kacang Panjang Goreng, Chap Chan dan Sambal Terung

Mommy sarankan anda cuba masakan melayu yang disediakan ini. Untuk Mommy, memang menepati selera. Especially kerabu. Aduh. Rindu mak terus!!

PEMBUKA SELERA

Hidangan yang lain antaranya ialah rojak buah, sotong kangkung, lempeng dan roti jala.

berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (14)

berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (14)
Lempeng
berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (14)
Sotong Kangkung
berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (14)
Roti Jala. Ini kesukaan Hannah.
berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (14)
Rojak buah

Yang ni Mommy cuma ambil rojak buah dan roti jala. Perut kecik, memang tak mampu nak makan kalau ambil semua. 2nd round nak makan, dah tak sempat nak cuba sotong kangkung. Licin uols. Mesti sedap. Ruginya!!

SEAFOOD PLATTER

Yeay! Kerang! Berbulan lamanya Mommy cari. Jumpa juga akhirnya!!

berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (22) berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (22)

MEE/LAKSA/ KUEWTEOW

Personally Mommy suka koewteow mereka. 2x Mommy tambah.

berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (33)

WESTERN FOOD

Untuk anak-anak, mesti mereka suka hidangan barat yang disediakan Flora Kafe ni. Bila tengok spageti, teringat pula anak2 Mommy.

berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (31)

NASI BERIANI

berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (24)

PEMANIS MULUT

Part ni Mommy paling suka bila terpandang puding caramel. Fuh. Kecur air liur. Ini makanan pertama yang Mommy nak ambil, kata hati Mommy. Hii. Memang betul pun.

berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (17) berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (17) berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (17)

Antara makanan lain ialah kuih-muih, kek, dadih, agar-agar manis, chocolate fountain, ais kacang dan paling legend ais krim malaysia! Woot Woot!!

YONG TAU FOO & SNEK PILIHAN

Jika taknak makan nasi, jangan risau. Yong Tau Foo pun ada. Orang Joho pula mesti suka bila tengok ada sukun, keladi, keledek dan pisang goreng dengan sambal hitam tu kan? Mommy ni tak boleh makan sukun goreng tu, boleh berangin badan. Silap2 demam urat. Huhu.

berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (38)

STESEN MINUMAN

berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (23)

Antara pilihan air yang disediakan ialah sirap bandung, teh tarik, nescafe, air suam dan air kosong. Mommy dah la batuk2 belum sembuh. Tapi bila nampak air bandung tu, tak mampu dah nak kawal nafsu. Kena juga minum. Hihi.

PILIHAN MOMMY & KBBA9 TEAM

Mommy makan semua ini. Hehe. Alhamdulillah.

berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (27)
1st round
berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (27)
2nd round
berbuka-puasa-dalam-mode-romantik-di-flora-kafe-ampwalk (27)
with KBBA9 team & partner masing2. Mommy je alone. So mode romantik tu kurang la kiranya. Sobs

LOKASI & PARKING

Flora Kafe ini terletak di tingkat bawah bangunan Ampwalk, Jalan Ampang. Landmark bangunan ini antaranya ialah bersebelahan Hotel Sucasa/The Nomad, bertentang bangunan dengan Kedai Hock Choon. Untuk anda yang datang menggunakan kenderaan sendiri, ada parking basement disediakan. Rate ialah RM4. Tetapi, jangan lupa dapatkan cop dari Flora Kafe untuk dapatkan diskaun kad parking. Anda cuma perlu membayar RM1 sahaja. Public transport pun banyak di kawasan ini. So, memang tak susah untuk datang. Cuma perihal kesesakan lalu lintas tu, memang lumrah ye kawan2. Jalan Ampang memang sibuk. Jadi rancang perjalanan anda.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati Facebook Flora Kafe Ampwalk & Instagram @florakafe.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

22 thoughts on “FLORA KAFE AMPWALK, LOKASI ROMANTIK PILIHAN UNTUK BERBUKA PUASA”
  1. Sedapnya kerabu gan sambal belacan, banyak pilihan, banyak makanan…Terliuqq je tengok…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!