Kenangan betul nih.
Bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021, Malaysia akan total lockdown.
Why?
Why must on my birthday?
Jadi, Mommy buat satu pengumuman besar di Facebook baru-baru ini!
Hahaha. Poyo!
Jadi, sehari sebelum birthday, Mommy Daddy keluar lah kejap ke IOI sebab nak tukar mouse daddy yang stuck. Alang-alang kat situ, rupanya Daddy beli kek sekali. Haha.
Surprise?
OK surprise la juga sebab nampak kek tu. Tapi, nak kata surprise gila tu, tak la sebab Mommy yang kena pegang atas motor. Haha. Lawak. Ala.. 12 tahun dah kot nikah.
Tapi, effort nak gi beli tu, tak pernah lekang. Love you Daddy!
Anak-anak pun biasanya jam 9 malam dah disuruh masuk tidur. Tapi, malam Isnin biasanya Hannah akan ada tuisyen sehingga 10 malam. Jadi, kami tunggu dulu sehingga dia habis tuisyen untuk celebrate sama-sama.
Bukan Mommy yang dapat surprise sorang, anak-anak lagi teruja! Lepas dapat tahu yang Daddy belikan kek untuk birthday Mommy. Hahaha. Best part, bab bergambar semua memang ok.
Dan Mommy nak simpan juga ‘kad’ ucapan yang Hannah buat. Adik pun join tulis juga tau dalam ‘cloud’ tu. Hehe. Sweetnya anak-anak Mommy. Effort tu yang Mommy hargai. Tq kesayangan.
Makan? Daddy masak spesel woo. 1 Jun 2021.. 37 tahun dah Mommy!
Siang, Buttermilk Prawn. Malam BBQ lamb. Aduh sedapnya. Tq Daddy.
Tq everyone.
Walaupun Total Lockdown (tapi masih boleh keluar within 10km dan pekerja essential masih kena pergi kerja), kita sambut cara yang termampu sahaja lah. Itu pun dah puas hati sangat.
Doa Mommy, moga Mommy dipanjangkan umur untuk menjaga kesayangan-kesayangan Mommy ini hingga akhir hayat. Moga dimurahkan rezeki selalu. Amin.
sebakkan baca derang tulis macam tu. terus rasa mcm eh! pandai pulak derang appreciate
huu sy nangis dah
Happy birthday shehan, wpun 1st day mco duduk rumah x dpt pi sambut kt luar tp kek depa gojes naaa. InsyaAllah semua ni akan berakhir lepas semua dpt vaksin. Dpt back to normal life!!!
Lockdown pun lockdown lah mommy… asal ada suami anak2 sambut sekali dah cukup menggembirakan…