Fri. Jan 10th, 2025

PENGALAMAN PERTAMA CAMPING DI PANTAI PORT DICKSON

pertama kali camping

Pengalaman pertama camping | Nak kata camping beria tu, tidak lah sangat sebenarnya. Sebab cuma pergi pacak khemah, kemudian balik hari. Barang persediaan pula, tidaklah segah yang Mommy lihat masa Mega Gathering Naturehike 2.0 baru-baru ini. Orang kata, macam pergi camping cara cowboy. Hahah. Terjah sahaja.

pengalaman pertama camping

Pilihan kami adalah pantai di Port Dickson. Biasanya orang macam kami kalau ke PD, mesti pergi ke Teluk Kemang. Rupanya, ada banyak lagi pantai lain yang cantik dan tidak terlalu ramai orang. Lokasi ini mungkin ramai yang tidak perasan disebabkan sedikit tersorok dan berdekatan resort. Mungkin juga orang ingat hanya untuk penghuni resort ‘B’.

TIBA DI PANTAI B

Kami bertolak dari rumah jam 7 pagi. Dan sampai di sana lebih kurang jam 8, singgah dahulu di kawasan pasar malam Batu 4 untuk membeli sarapan dan ke tandas di stesen minyak terlebih dahulu. Dan jam 8.30 pagi, kami dah tiba di kawasan parking. Berteduh pula di bawah pokok, Mommy rasakan perjalanan hari ini akan smooth.

pengalaman pertama camping

FRESH & BLACK CAMPING TENT 2 SECONDS DECATHLON

Dengan hanya mengambil masa 2 saat, selesai tent kami dipasang. Mudah giler. Inilah sebabnya kenapa kami beli dulu. Rasanya tahun lepas lagi dah beli, cuma belum berkesempatan nak guna. Kiranya beli pun dengan tiada ilmu bab camping pun lagi masa tu.

pengalaman pertama camping
pengalaman pertama camping

Fresh & Black Camping Tent 2 Seconds ini memuatnya 2 orang sahaja untuk tidur. Itu pun jika barang diletakkan di luar. Kiranya kurang sesuai jika ahli keluarga seperti kami, untuk muatkan 4 orang sekaligus.

Cuma letakkan barang dan jadi tempat rehat Mommy sekejap sementara anak-anak dan Daddy ke laut.

Anak-anak memang teruja sangatlah sebab dah lama tak beriadah macam ni. Ariq pula tak henti-henti sebut nak camping. Tercapai la juga hasrat dia walaupun cuma lepak sekejap dalam tent sebelum balik.

Lama sungguh mereka di laut. Muka ni dah terbakar habis lah. Mommy yang datang sekejap-sekejap untuk ambil gambar, pun terbakar juga. Adoi.

Sepanjang Mommy melepak di tent, memang banyak la juga peniaga yang datang berjalan kaki, offer bisnes mereka.

pengalaman pertama camping

Memandangkan jam dah makin ke tengah hari, terasa haus juga di tekak. Tertunggu juga motor aiskrim untuk datang, tapi tak kunjung tiba.

Mujurlah akhirnya ada juga yang muncul, aiskrim homemade untuk sejukkan tekak. Murah saja, cuma RM1.50. Effort mereka jalan dari satu keluarga ke satu keluarga yang lain tu, buat Mommy kesian juga sebenarnya. Marilah kita rasa.

Lagipun tak perlu berjalan ke mana-mana. Ada saja seller yang rajin datang meniaga. Ada yang jual buah, keropok, kuih, macam-macam lah. Cumanya tidak la terlalu ramai sehingga mengganggu ‘healing time’ kita. Masih lagi terkawal.

Heaven sebenarnya rasa bila keadaan tidak terlalu sesak ini. Rupanya Daddy ada terjumpa siput remis sepanjang main pasir bersama anak-anak di pantai. Haa apa lagi, berjam-jam dia kutip. Mommy pula yang risau takut bertukar warna terus kulit tu. Hahaha.

Banyak betul hasilnya tu. Siap balik rumah memang terus dia masak. Dan dia sorang je yang makan sebenarnya. Mommy kau kan rigid hahaha.

Alhamdulillah untuk pengalaman kali pertama camping ini. Ya, memang tak lengkap lagi dan banyak juga la yang Mommy dan Daddy bincang sepanjang post mortem sebelum pulang.

Antaranya khemah, flysheet, groundsheet, kipas, first aid kit, dan kerusi. Untuk meja, dapur memasak, tilam semua tu pun ok juga kalau nak bermalam. Inshaa Allah. Ada rezeki, bolehlah ceburi bidang ini pula. Mommy dah terbayang dah apa yang boleh buat dengan props photography Mommy yang banyak-banyak tu. Alhamdulillah untuk pengalaman pertama camping di pantai ini.

Pantai B ini memang tersorok sikit sebenarnya. Dan jujurnya Mommy tak cari pun toilet dan sebagainya. Bilas mereka ni pun dengan air yang dibawa. Dah standby siap-siap dah. Dan kawasan camping yang proper, korang boleh cuba di Pantai Cahaya Negeri dan Pantai Batu 4 berdekatan.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!