Pasang Invisible Grill dengan Syafaz Legacy | Solusi ideal untuk keselamatan rumah tanpa ganggu pemandangan. Sesungguhnya Mommy tanam niat nak pasang invisible grill ini sejak mula dapat kunci rumah memandangkan rumah ini berada di tingkat 18. Gayat juga la masa mula-mula masuk dulu, dan anak-anak pun masih kecil ketika itu. Namun impian itu terpadam buat sementara. Sehinggalah Mommy mula bela kucing pada awal tahun 2022, impian untuk pasang invisible grill ini bermula kembali.
Korang bayangkanlah, Mommy punya takut nak buka sliding door disebabkan kucing Mommy agak pantas menerjah peluang yang ada. Mereka sedaya upaya cuba untuk keluar seandainya Mommy keluar ke balkoni. Mana tak risau? Anak-anak mungkin dah besar, sekarang kucing la pula yang dirisaukan.
Jadi, memandangkan tiada pilihan lain, Mommy sekeluarga bersabar hampir 2 tahun dengan hanya bukaan pintu sliding yang agak kecil setiap hari. Udara memang limited lah kan? Kalau balik kampung pun, memang kecil sahaja lah buka. Terpaksa. Mujurlah kucing² Mommy behave. Langsung tak tolak sliding tu. Alhamdulillah. Lama kelamaan, tak tahan rasanya.
Namun, kita tak tahu la masa depan kan? Atas faktor keselamatan dan keselesaan seisi rumah, akhirnya Mommy Daddy buat keputusan untuk pasang invisible grill. Rumah Mommy sudah dipasang dengan Safety Invisible Grill by Syafaz Legacy. Puas hati sangat dengan hasil kerja mereka yang pantas dan sangat profesional. Tak ambil masa yang lama pun untuk berbincang dan mungkin rezeki Mommy dapat menyelit dalam slot mereka yang padat tu.
KENAPA PILIH SAFETY INVISIBLE GRILL BY SYAFAZ LEGACY
Invisible grill adalah sistem jeriji moden yang terdiri daripada kabel stainless steel berkualiti tinggi yang hampir tidak kelihatan. Ia direka untuk memberikan perlindungan tanpa mengganggu pemandangan dan estetika rumah. Dengan teknologi yang semakin maju, invisible grill menawarkan keseimbangan sempurna antara keselamatan dan keindahan.
DARI SEGI KESELAMATAN
Bahan Berkekuatan Tinggi
Invisible grill diperbuat daripada kabel stainless steel berkekuatan tinggi yang tahan karat dan sukar dipotong. Bahan ini sangat tahan lasak dan mampu menahan tekanan dan beban yang besar. Dengan ketahanan yang tinggi, invisible grill berfungsi sebagai penghalang yang efektif terhadap percubaan masuk secara paksa oleh pencuri. Material yang Syafaz Legacy gunakan adalah jenis Teflon dan Nylon untuk membalut kabel SS ni. Mommy pilih jenis Teflon.
Rekaan yang Kukuh
Kabel-kabel invisible grill dipasang dengan jarak yang rapat, biasanya antara 1 hingga 3 inci, bergantung pada keperluan keselamatan dan estetika. Rekaan ini memastikan bahawa tidak ada ruang yang cukup besar untuk seseorang merangkak masuk atau keluar melalui grill tersebut. Ini sangat penting untuk memastikan keselamatan kanak-kanak dan haiwan peliharaan di rumah.
Kami pilih jarak 2 inci dan ternyata ianya masih selamat untuk kucing-kucing Mommy.
Sistem Pengunci yang Selamat
Invisible grill dilengkapi dengan sistem pengunci yang kuat dan selamat. Pengunci ini memastikan bahawa kabel-kabel tetap tegang dan tidak boleh dilonggarkan dengan mudah. Sistem pengunci yang berkualiti tinggi adalah penting untuk memastikan integriti keseluruhan sistem jeriji.
Tahan Karat dan Cuaca
Salah satu kelebihan utama invisible grill adalah ketahanannya terhadap karat dan cuaca. Stainless steel yang digunakan adalah tahan karat, menjadikannya ideal untuk digunakan dalam pelbagai keadaan cuaca, termasuk hujan dan panas terik. Ini memastikan bahawa invisible grill akan tetap berfungsi dengan baik dan tahan lama tanpa memerlukan penyelenggaraan yang kerap.
Pihak Syafaz turut sediakan waranti selama 10 tahun dari tarikh pemasangan.
KELEBIHAN INVISIBLE GRILL
Tidak Merosakkan Pemandangan
Salah satu sebab utama mengapa ramai pemilik rumah memilih invisible grill adalah kerana ia tidak mengganggu pemandangan dan estetika rumah. Kabel halus hampir tidak dapat dilihat dari jauh, memberikan pandangan yang clear dan tidak terhalang. Ini membolehkan rumah nampak lebih moden dan elegan. Sangat sesuai untuk apartment dan kondo macam Mommy.
Pengudaraan dan Pencahayaan yang Lebih Baik
Tidak seperti grill konvensional yang besar dan menghalang aliran udara, invisible grill membenarkan pengudaraan yang baik dan pencahayaan semula jadi. Ini menjadikan rumah lebih segar dan cerah, yang penting untuk kesihatan dan kesejahteraan penghuni rumah. Tidaklah rasa terpekung sebab selalu tutup pintu rumah dek risaukan keselamatan.
Penyelenggaraan Rendah
Invisible grill memerlukan penyelenggaraan yang sangat rendah. Bahan yang digunakan adalah tahan karat dan cuaca, menjadikannya mudah untuk diselenggara. Korang hanya perlu membersihkannya sekali-sekala untuk memastikan ia kekal bersih dan berfungsi dengan baik.
INFO LANJUT
Untuk maklumat lanjut seperti harga dan testimoni gambar rumah pelanggan yang pernah pasang Safety Invisible Grill by Syafaz, korang boleh rujuk info di bawah :
- Facebook : Safety Invisible Grill by Syafaz
- Tiktok : SyafazLegacy
- WA : 0197536304
Jangan buang masa lagi jika korang fikirkan keselamatan tentang anak dan haiwan peliharaan kesayangan, untuk memasang invisible grill ini. Selain memberi perlindungan, ia juga masih menjaga pemandangan yang cantik agar rumah kita tetap indah dan moden.
Ya, mereka cover seluruh Semenanjung Malaysia.
Review : Mommy bagi 5 bintang.