Lama betul tak tulis tentang perkembangan anak-anak Mommy. 2024, Hannah dah masuk Form 2, Ariq pula dah nak masuk darjah 6. Kalau ingat balik zaman cari baju sekolah untuk masuk darjah 1, horror!
Mujurlah masa darjah 1 tu, dia nak ke sekolah. Dan tak pernah ada masalah untuk bangun pagi.
Kalau korang tak tahu, Mommy berhenti kerja masa Ariq masuk 5 tahun. Ini disebabkan tadika dah mula rejek dia, pengasuh pun susah nak cari. Mommy tekad walaupun komitmen hidup tinggi, dan Daddy sendiri pun redha sahaja apa yang akan berlaku sebab kini, dia akan jadi satu-satunya pencari nafkah dalam keluarga.
Percayalah, di saat kita mula redha dengan ketentuan, Allah hadirkan rezeki.
Tidak sekali pun Allah aniayakan kami. Yes struggle itu ada, tapi pasti ada jalan akhirnya.
Dan sepanjang umur 5 hingga 6 tahun, Ariq tak masuk sebarang tadika / pra sekolah. Yes, semua rejek. Tak apa lah. Kita fokus masuk terus darjah 1.
So tell me, tak boleh ke Mommy bangga bila dia dapat anugerah No 1 dalam kelas masa darjah 1 tu? Sedangkan dia x de belajar formal langsung?
HEART TO HEART TALK
Kalau korang follow Dr Say, mesti korang tahu yang anak sulungnya autism. Dan ada salah satu video, dia pernah cakap yang dia teringin sangat one day boleh heart to heart talk dengan anaknya, Ace. Instead of just talking about animals and colours sebab kadang² walaupun ketika berdua, dia ada rasa lonely sangat.
Trust me, inilah yang boleh dikatakan pernah dan masih dirasai oleh ibu bapa yang mempunyai anak istimewa, yang speech delay terutamanya, yang dalam dunianya sendiri. Teringin sangat kami dapat berborak macam insan-insan lain yang punya anak celoteh bertanya itu ini. Sumpah! Teringin!
Mungkin di mata kasar orang, anak kami nampak normal, tapi hanya kami tahu cabaran dan dugaan membesarkan anak syurga ini.
Mommy sendiri, walaupun korang nampak seperti mudah berborak dengan orang, namun di sudut hati Mommy, pergi mana pun rasa nak lari dari orang. Takut anak mengganggu orang lain. But, day by day, anak Mommy dah improve. Improve sangat-sangat.
Sepanjang darjah 1 – 5, hanya 2 kali ada anugerah akhir tahun. Ada yang tahunnya, tiada disebabkan pkp dan sebagainya. Dan ketika Darjah 1, tahun 2019, Mommy tak sangka langsung yang Ariq berjaya dapat tempat pertama di dalam kelas, dan peningkatan akademik. Dan sekali lagi, ketika ada anugerah akhir tahun 2023, iaitu Darjah 5, Ariq sekali lagi dapat award. Mommy tak tahu lah sengih ni mungkin lebih dari telinga.
Bangga? Ya. Bukan riak tapi yang tahu, tahu lah macam mana cabarannya.
Bila dia boleh mengadu “Mommy, math susah la” ketika exam darjah 5 (PAPR), sudah pasti Mommy rasa terharu, sedih dan happy dalam masa yang sama. Jika dibandingkan zaman dulu, bercakap entah apa-apa, dunia dia sendiri dan macam-macam lagi. Namun kini? Allah..
Rasa tak sia-sia berhenti kerja. Ya, walaupun Mommy dah tak bekerja di bidang yang Mommy belajar dulu, Mommy yakin yang usaha kami sekeluarga membuahkan hasil.
Ya Allah. Kau lindungilah anak-anakku. Selamatkan lah mereka di dunia yang penuh cabaran dan dugaan ini. Mudahkanlah urusan mereka.
Ok done bebel sekejap sambil siapkan task kerja blog.