Masakan Peranakan Baba Nyonya di Madam Zee KL | Jika anda mencari pengalaman menikmati masakan autentik Peranakan Baba Nyonya di tengah-tengah hiruk-pikuk Kuala Lumpur, tak perlu bimbang lagi! Cukup singgah ke Madam Zee yang terletak strategik di dalam Ancasa Hotel, Kuala Lumpur. Di sini, anda akan disajikan dengan pelbagai hidangan yang tidak hanya mengenyangkan, tetapi juga memikat hati anda.
Restoran Madam Zee bukan sekadar tempat makan biasa-biasa. Di sini, anda akan disajikan dengan masakan yang diinspirasikan oleh warisan Peranakan Baba Nyonya Melaka, yang disediakan oleh Chef Allan sendiri yang berketurunan daripada tradisi kaum Baba Nyonya. Jadi, anda tidak perlu lagi merantau sehingga ke Melaka untuk menikmati keenakan masakan legenda Peranakan.
SUASANA TRADISI BABA NYONYA
Apabila tiba di Madam Zee, anda akan disambut dengan senyuman dari staff yang cantik berkebaya, dengan suasana yang damai dan menenangkan. Dekorasi dalaman restoran ini memaparkan ciri-ciri keindahan tradisi Baba Nyonya yang masih dikekalkan dengan rapi. Anda akan berada dalam suasana yang memukau, di mana pelbagai pilihan ruang makan disediakan untuk memenuhi keperluan dan keselesaan anda.
NYONYA MENU DI MADAM ZEE
Teh Longan
Sebelum mula menikmati hidangan, kami disajikan dengan Teh Longan yang menyegarkan untuk merangsang selera. Yang datang dari jauh terutamanya, eloklah minum dahulu sementara menunggu lauk lain sampai. Sedap tau. Mommy sendiri berkali repeat minum sampai lupa air kosong. Even sewaktu makan nasi pun, Mommy tetap pilih Teh Longan.
Antara hidangan menu khas Nyonya yang kami nikmati termasuk :
Nyonya Pai Tee
Hidangan pembuka selera sebelum menikmati hidangan utama. Hidangan yang sangat menarik dengan cara penyediaan juga unik. Ia berbeza dengan apa yang Mommy pernah cuba sebelum ini. Biasanya sayuran seperti sengkuang dan carrot dihidangkan fresh namun di sini ianya dimasak terlebih dahulu. Kerangupan masih dirasai dalam setiap gigitan.
Diletakkan bersama potongan telur, udang cilantro, dan homemade sos. Sos ini adalah penentu jika sesuatu Pai Tee sedap atau tidak. Mereka berjaya buat Mommy bertambah set la kiranya. Dengarnya akan ada kempen Pai Tee tak lama lagi. Rasanya wajib datang nanti.
Nyonya Ngoh Hiang
Bermaksud Nyonya Chicken Roll. Daging ayam yang dibalut dengan rempah yang kaya dan kulit tauhu. Sesuai juga sebagai pembuka selera atau pembuka selera.
Ayam Buah Keluak
A must-order signature dish. Buah keluak ini asal usulnya dari Indonesia. Orang Melayu panggil buah kepayang. Rasa yang kaya dan tekstur daging ayam yang lembut digabungkan dengan rasa unik buah keluak memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pertama kali cuba, rasa unik tu buatkan terbantut sekejap nak makan. Almaklumlah ini pertama kali. Rupanya, jika dimakan bersama nasi dan hidangan lain, enak sekali.
Sayur Lemak Keledek
Keledek lembut dimasak dalam kuah santan yang kaya dengan rempah ratus. Satu lagi hidangan yang memuaskan.
Udang Sambal Petai
Campuran udang segar dengan aroma wangi dan rasa pedas sos cili petai yang menyelerakan. Apa yang istimewanya hidangan ini, chef kurangkan penggunaan belacan, tetapi udang geragau yang digunakan.
Ikan Cili Garam Melaka
Ikan rangup goreng yang hanya 2 bahan sahaja digunakan. Cili dan garam. Rasanya pula menarik. Bawang dan buah keras juga ditambah untuk menaikkan aroma dan rasa berlemak. Memberikan rasa pedas, masin dan manis yang harmoni.
Nyonya Cendol
Untuk pencuci mulut, hidangan cendol yang menyegarkan dengan santan berkrim yang dimasak dan gula perang memberikan pengakhiran yang manis dan memuaskan.
KENAPA ANDA PERLU DATANG KE MADAM ZEE, ANCASA HOTEL
Kelebihan Madam Zee bukan hanya pada cita rasa masakan yang memukau, tetapi juga pada perkhidmatan yang mesra dan fleksibel. Kami amat puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Tambahan pula, keseluruhan pengalaman makan di sini adalah bernilai setimpal dengan harga yang berpatutan.
TEMPAHAN DI ALU-ALUKAN
Untuk menikmati pengalaman makan yang memuaskan di Madam Zee, anda boleh walk-in tetapi lebih baik jika anda membuat tempahan terlebih dahulu untuk memastikan tempat anda terjamin, terutamanya jika anda ingin menyesuaikan hidangan tertentu. Anda boleh custom order anda mengikut pilihan menu yang disediakan, melalui perbincangan bersama chef.
Jom rasai masakan Peranakan Masakan Peranakan Baba Nyonya di Madam Zee.
RESTORAN MADAM ZEE, ANCASA HOTEL KL
- RESTORAN MADAM ZEE
Mezzanine Floor Ancasa Hotel, KL
Jalan Tun Tan Cheng Lock
50050 Kuala Lumpur - Operation Hours :
11.30 am – 3.00 pm
6.00 pm – 10.00 pm
Closed on Sunday - Reservation :
03-2026 6060
ext 7705 - Free 2 Hours Parking
for Dine-in Only
- Instagram : @madamzee.my
- Tiktok : @madamzee.my
- Facebook : @madamzee.my
Read previous article : TIPS FOR INCORPORATING SHAPEWEAR INTO YOUR WARDROBE
Terliur betul tengok. Pai tee tu sedapnya!