Mon. Feb 10th, 2025

KOREA TRIP (DAY 1) | NAMI ISLAND, MOUNT SOERAK & DEL PINO RESORT

ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort

Akhirnya masa yang ditunggu selama hampir setahun sudah tiba. Alhamdulillah. Berkat gigih menabung, dapat juga jejak kaki ke Korea. Nak nangis rasa. Jom nangis sekali. Ingat kegigihan buat bisnes, blogging, semua cara lah demi #tabungK, fuh.. penat yang berbaloi. Terima kasih buat Daddy yang bagi full support sepanjang menabung ni. Hargai sangat.

ybtravelogue-trip to korea-day 1-nami island-mount soerak-del pino resort

TRIP TO KOREA (DAY 1) – 11/12/2016

Bertolak jam 130 pagi waktu Malaysia, Mommy tiba di Incheon International Airport jam 830 pagi waktu tempatan (Korea). Teruja tu tak payah cakap. Jejak je airport tu, dah rasa kesejukan di sana. Winter dah bermula. Korang kalau nak datang Korea musim ni, jangan lupa semak checklist lengkap ke korea masa winter yang Mommy dah buat ni.

NAMI ISLAND

Dari airport, kami menuju destinasi pertama kami iaitu Nami Island menaiki bas. Yeay! Asyik dengar je kat tv tu, dapat juga pergi ha. Subhanallah. Macam tak percaya lagi tau. Sebelum ke Nami Island tu, kami singgah dulu untuk makan sarapan/tengahari (brunch).

ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort (19)
brunch

Suhu masa ni -4°. Sejukkk.. Badan macam terkejut sikit. Wow. Boleh tahan sejuk ni. Dah ready sarung tangan segala dah.

ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort (13)
Kedai makan ni dah dekat sangat dengan jeti Pulau Nami tu

Sepanjang perjalanan dari airport ke Nami Island tu kan, Mommy perasan kat Korea ni banyak tunnel (terowong). Dari penerangan Mr David (atau dia gelarkan diri dia Mr Daud), tunnel tu disebabkan Korea ada banyak bukit. Kalau nak ratakan jalan, susah. Jadi itulah salah satu caranya. Tunnel terpanjang yang Mommy lalui masa dalam perjalanan ke Mount Soerak iaitu sepanjang 4km. Kita lalu terowong SMART kat KL tu pun dah rasa panjang dah. Hehehe..

FERRY / NAMISEOM ZIP WIRE KE NAMI ISLAND

Ada 2 cara nak ke Nami Island ni, samada menaiki feri atau meluncur laju menaiki zip wire. Dah la sejuk, tak dapat bayang naik zip wire tu rasa macam mana. Tapi macam seronok la sebab ‘terbang’ di udara kot. Perjalanan tak lama pun ke Nami Island menaiki feri tu. Dalam 5 minit je rasanya.

ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort

Boleh lepak luar feri atau bahagian dalam (ada warmer macam aircond kita tu).

ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort
kembara Mommy disertai 2 kakak Mommy
ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort

Sampai dah. Masa ni boleh tahan lagi dari menggigil. Teruja punya pasal. Sejuk tak yah cakap la. Dah la Mommy tertinggal muffler kat dalam bas. Huhu je lah sepanjang jalan.

ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort

Jom lawat sekitar Nami Island.

Dalam Nami Island ni, jangan risau kalau nak solat, memang ada Musola untuk kita orang Islam ni. Cuma kecil je la. Moga nanti Korea pertimbangkan bilik yang lebih besar untuk solat di sini. Tapi, ada ni pun dah syukur sangat dah.

ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort (46)

Nami Island ni terkenal selepas drama Winter Sonata. Korang layan tak? Best giler kot drama tu. Tempat ni memang cantik sangat-sangat.

Lepas tu photographer yang follow kembara kami masa tu ajak Mommy ke lokasi famous dalam filem Winter Sonata tu. Dah tugas dia suh kita posing, posing je la kan? Hahaha

ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort

Kasi can Mommy feeling lebih sikit ok? Bukan senang nak datang. Haha..

ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort (1)

JUMPA SALJI BUAT PERTAMA KALI

Cantik kan tempat dia? Sejuk makin mencengkam. Kami teruskan perjalanan pusing-pusing sekitar Nami Island. Terjumpa salji buat pertama kali, terus pijak-pijak. Haha..

ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort (1)
ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort (1)
pijak-pijak.. hehe

Tasik sini dah mula beku..

ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort
ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort
ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort
souvenir shop. cari paling murah, magnet je dah 5000won. huuu lagi
ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort
Winter Sonata, First Kiss area
ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort
ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort
Hannah tengok gambar ni, dia ingat Mommy buat snowman. Tapi snowman couple ni batu je
ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort
Unicef Hall

boleh lepak sambil hangatkan jari jemari di sini
ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort

Dah gigil-gigil masa ni. Suhu dah cecah 3° celcius gitu. Taknak dah duduk luar feri. Nak cepat-cepat je naik ke bas. Haha. Mujur kaktih bawa air panas. Teguk macam minum air sejuk je. Huuu..

Berkaitan : Album TRIP TO KOREA (1ST DAY – 11/12/2016)

MOUNT SOERAK & DEL PINO RESORT

Kami menuju ke Mount Soerak yang mengambil masa lebih kurang 2 – 3 jam dari Nami Island. Sempat la berhenti di RNR untuk ke tandas atau jika berminat boleh dapatkan minuman yang berharga lebih kurang 3000 won. Huuu. Sepanjang perjalanan memang tidur je la kerjanya. Boleh tahan jauh ni.

Akhirnya kami tiba di tempat makan sekitar jam 6 petang. Di Korea ketika musim salju ni, matahari terbit lebih kurang jam 730 pagi dan terbenam jam 5 petang. Kul 6 petang masa tu dah macam jam 9 malam! Terkejut sekejap.

ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort
Baru jam 6 petang ni
ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort
ikan bakar!!
ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort
sedap giler!

Seaweed sangat sedap masa ni. Terus Mommy beli 2 bungkus untuk Daddy. Sebungkus dah 5000 won. Huhu.

Kemudian kami terus ke Del Pino Resort yang tak jauh dari kedai makan tersebut. Resortnya selesa, siap ada dapur segala.. cuma tiada wifi di bilik. Mommy perlu lepak di lobi untuk upload gambar masa tu. Rindu kat anak-anak masa ni.

ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort

Ada 2 bilik besar. Best sangat pengurusan penginapan untuk kami. Bilik sebesar ini, hanya 2 orang je duduk. Selesa gila!

Bersambung..

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

11 thoughts on “KOREA TRIP (DAY 1) | NAMI ISLAND, MOUNT SOERAK & DEL PINO RESORT”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!