Entri Nadia Johari jadi perhatian Mommy hari ini. Mengenai kisahnya yang kurus, walaupun makan banyak, menarik perhatian Nona, TV3. Hebat tu. Jadi perhatian TV3. Hihi. Perihal kurus ni, Mommy dah lali sangat2 dah. Sampai dah boring nak menjawab soalan ‘prihatin’ tapi cliche itu.
“kenapa ko kurus sangat eh?”
“ko tak makan eh?”
“ko makan banyak.. tapi apasal berat tak bertambah?”
“masa pregnant pun, tak gemuk. apa tips kau?”
Erk..
Macam mana nak jawab eh? Soalan-soalan begitu memang mudah je jawapan yang Mommy kasi.
Antaranya ialah:
“dah memang begini, susah nak naik”
“tak taulah..keturunan kot”
“makan banyak, berak jarang, ada saka la kot gamaknya”
Atau kalau dah bosan sangat,
“sejak bila aku gemuk?”
Bosan tau. Kalau korang tengok orang kurus, korang pergi tanya soalan macam tu, memang tiada jawapan tepat.
Kecuali.. kalau korang tengok orang yang berisi, tetiba jadi kurus, itu adalah orang yang perlu korang tanya. Kalau nak kurus lah..
Sebab.. kalau korang tanya orang yang kurus, tapi tetiba lepas tu berisi, itu namanya korang menempah ‘sesuatu’. Samada jelingan atau jawapan petir.
Semua orang ingat ayat “KURUS LA KAU NI, BESTNYA” tu biasa. Mungkin Mommy anggap biasa, tapi hati manusia tak sama. Ada yang sensitif.
Wanita mana yang tak mengimpikan badan solid molid persis model? Bagitau sat?
DAN.. PALING PENTING, korang tak tahu pun apa masalah yang mungkin mereka tak dapat cerita.
Boring sebenarnya dapat soalan tu. Itu je point Mommy. Hahahaha.. Korang tak payah tanya, sebab jawapan Mommy memang 1 je. “Model memang macam ni”. #flipshawl.
Hahaha.yang penting bersyukurbadan kita sihat selalu..senyum sahaja..
Alhamdulillah. Btul tu
yurp.. sama macam isteri saya.. makan banyak, tapi badan tetap kurus kering.. kadang tu orangacam tak percaya isteri saya dah ada 4 orang anak..
Kan.. hehe..beruntung menten awet. Heee
nak lemak sikit ker… nak bagi ni haa…
xmo..