Fri. Jan 17th, 2025

DENGAN HANYA RM300, BERWASIAT KINI LEBIH MUDAH DENGAN MAIS – WASIAT ONLINE (e-Wasiat)

WASIAT ONLINE MAIS

Terbaca satu artikel di laman web kisah-kisah artis, ternampak yang Alif Satar dah buat wasiat untuk ahli keluarganya.

Mommy rasa ramai terkesan dengan berita pemergian dua selebriti yang mati mengejut dalam usia muda iaitu Abam Bocey dan Ashraf Sinclair dan ini pasti membuka mata sesiapa sahaja untuk buat persediaan awal termasuklah Alif Satar sendiri.

“Orang selalu cakap supaya buat simpanan, tetapi sepatutnya anda perlu buat wasiat. Saya sebenarnya tak berapa pandai buat benda ni, tapi ia tetap perlu dibuat. Saya dah buat wasiat sejak lahir anak pertama. Kita tidak akan tahu berapa lama kita akan hidup.” – Alif Satar

Mommy pun sebenarnya dah mula dokumentasikan segala perkara andai ada apa-apa perkara tak diingini berlaku. Ya.. Sukar nak bincang, nak cakap, nak fikir, tapi penting untuk bersedia kan?

Dan hari ini, Mommy terbaca satu artikel di Facebook Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengenai E-Wasiat MAIS. Rupanya dah lama pun ada..

JOM BACA..

E-WASIAT MAIS MUDAHKAN MASYARAKAT TULIS WASIAT


⁣Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah melaksanakan e-Wasiat MAIS yang bertujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat Islam di Negeri Selangor untuk menulis wasiat dengan lebih mudah, pantas dan efektif melalui digital dalam talian.⁣

Selepas pelancarannya pada April 2018, perkhidmatan e-Wasiat berjalan dengan baik dan ia menerima sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Islam di Negeri Selangor.

Sehingga kini, MAIS telah menerima lebih 2000 orang yang menggunakan perkhidmatan e-Wasiat ini. Melalui perkhidmatan eWasiat, MAIS amat berharap, umat Islam khususnya di Selangor akan menggunakan kemudahan ini bagi pengurusan wasiat mereka.⁣

Keperluan ini selaras bidang kuasa di bawah Subseksyen 5 (4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor), 2003.⁣

Melalui e-Wasiat, MAIS akan melaksanakan pengurusan dan pembahagian wasiat dan harta pusaka dengan telus, adil dan profesional mengikut hukum syarak kepada benefisiari dan ahli waris.⁣

Umat Islam amat digalakkan membuat pendaftaran awal menerusi e-Wasiat ini agar dapat menangani masalah pembahagian harta pusaka apabila seseorang individu meninggal dunia.

Di samping itu, melalui perkhidmatan penulisan wasiat sekiranya dibuat lebih awal dapat mengelakkan sebarang isu pergaduhan atau perebutan harta pusaka antara waris.⁣

Dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan kepentingan penulisan wasiat, MAIS mempertingkatkan dakwah melalui pelbagai program khususnya di masjid-masjid, surau- surau dan jabatan-jabatan kerajaan dan agensi swasta.

Dalam masa yang sama, MAIS juga menyediakan platform media sosial iaitu Facebook Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi memudahkan masyarakat berinteraksi dan mengetahui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.⁣

Masyarakat yang ingin mendapatkan perkhidmatan e-Wasiat ini boleh layari laman web di www.mais.gov.my.

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai di Bahagian Harta Baitulmal, MAIS di talian 03-5514 3773/3772 atau email terus ke pro@mais.gov.my.⁣

Korang dah ready ke?? Tskkk..

Jom share this article. Thank you.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

2 thoughts on “DENGAN HANYA RM300, BERWASIAT KINI LEBIH MUDAH DENGAN MAIS – WASIAT ONLINE (e-Wasiat)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!