Anak susah makan?? Nak atasi masalah ini memang mencabar! Mommy lalui masalah ni sejak Hannah kecil lagi. Susah hati tau apabila anak SANGAT memilih makanan ini. Cukupkah vitamin dan nutrien dalam badan mereka?
Masalah memilih makan berlarutan sampai sekarang. Selepas pelbagai usaha dilakukan, Mommy akhirnya dinasihati doktor untuk mencari multivitamin untuk Hannah. Mommy pilih Seven Seas Kids Multivitamin Syrup with Cod Liver Oil ini.
Mommy teruja bila tengok Multivitamin ini yang memang dirumuskan khas untuk si Picky Eater!!
Nampak tak? Picky Eaters = Hannah la tu. Hehe.. Lagipun, Seven Seas adalah salah satu jenama produk kesihatan di bawah Merk, syarikat farmaseutikal & kimia tertua di dunia. Jadi, Mommy yakin dengan produk ini.
MULTI VITAMIN SYRUP SEVEN SEAS
Masa Mommy kecil2 dulu pun ada minum multivitamin syrup. Ala.. Yang disebut2 minyak Ikan Kod tu. Glemer dari dulu lagi kan? Jadi, sekarang Mommy nak anak2 Mommy pula yang cuba. Mommy yakin, kandungan multivits ini sesuai untuk anak2 Mommy.
Apa yang Mommy perasan ialah, setiap malam, Hannah akan minta ‘sirap oren’ dan Ariq pula akan menunjuk-nunjuk ke arah peti ais. Wow! Suka rupanya! Rahsia di sini ialah, MINUM DAN AMALKAN! Budak-budak memang akan ingat apa sahaja yang menjadi rutin mereka!
KEBAIKAN MULTIVITAMIN SYRUP WITH COD LIVER OIL
Antara kelebihan dan kebaikan multivitamin ini kepada anak2 Mommy ialah:
- Sedap! Perisa oren pastinya menarik perhatian anak2 walaupun mereka seorang yang memilih makan. Contoh terdekat, Hannah la! Dah jadi kegemaran tau! Setiap malam minta!!
- Tiada pewarna tiruan, perasa dan pengawet
- Mengandungi kombinasi 8 vitamin dan DHA untuk:
- PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN – Membantu membina sistem imun yang kuat untuk kesihatan optimum
- OTAK – Menyumbang kepada perkembangan otak yang sihat kanak-kanak
- TULANG – Membantu perkembangan tulang yang sihat dan kuat
- GIGI – Membantu pertumbuhan gigi yang sihat
- MATA – Membantu mengekalkan visio / penglihatan yang baik
- Halal (www.halal.gov.my)
- Harga mampu milik
- Selera makan bertambah setiap hari
Cara pengambilan
Ia mengikut umur anak-anak kalian.
- 6 – 12 bulan : 2.5 ml (setengah sudu teh), sekali sehari
- 2 – 3 tahun : 5 ml (satu sudu teh), sekali sehari
- 4 tahun dan ke atas: 10 ml (dua sudu teh), sekali sehari
PRODUK SEVENSEAS LAIN UNTUK KANAK2
Ada 4 lagi produk Sevenseas yang boleh dijadikan sebagai kombinasi tambahan dari Multivitamin tadi. Selain bebas daripada pewarna tiruan, perasa dan pengawet, produk-produk ini ada kebaikan utama tersendiri.
SEVEN SEAS KIDS BLACKCURRANT FRUIT GUMMIES
- KEBAIKAN UTAMA : kaya dengan Vitamin C dan Zink untuk imuniti dan pertahanan badan
- DOS DISYORKAN : 4 tahun ke atas : 2 gummies, 2x sehari
SEVEN SEAS KIDS ORANGE FRUIT GUMMIES
- KEBAIKAN UTAMA : kaya dengan Vitamin D dan Kalsium untuk gigi dan tulang yang sihat
- DOS DISYORKAN : 4 tahun ke atas : 2 gummies, 2x sehari
SEVEN SEAS KIDS STRAWBERRY FRUIT GUMMIES
- KEBAIKAN UTAMA : kaya dengan Vitamin A, B6 dan C untuk pertumbuhan kanak-kanak dan perkembangan yang sihat, serta membantu mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan.
- DOS DISYORKAN : 4 tahun ke atas : 2 gummies, 2x sehari
SEVEN SEAS KIDS PROBIOTIC MULTIVITAMIN
- Produk terbaru Seven Seas
- KEBAIKAN UTAMA : mengandungi 12 Vitamin, Mineral dan 3 TriBion Harmonis ™, kombinasi unik tiga probiotik yang meningkatkan mikroflora usus anak anda dan membantu mengukuhkan imuniti dan pertahanan semula jadi mereka. Ia memberi anak-anak anda dengan nutrien penting untuk perkembangan dan pertumbuhan yang sihat.
- DOS DISYORKAN : 3 tahun dan ke atas : 1 tablet kunyah setiap hari
SUPPLEMEN MOMMY
Untuk pengetahuan korang, Mommy bukan sahaja tergoda dengan Multi Vitamin Syrup for Kids ini, untuk Mommy pun ada sekali tau.
Mommy sekarang amalkan Evening Primrose Oil dari jenama yang sama..
Mommy amalkan EPO untuk 2 tujuan utama iaitu untuk mengekalkan kesihatan kulit dan keseimbangan hormon semulajadi.
dan Cod Liver Oil Gold untuk sistem imun yang kuat.
Cod Liver Oil Gold ini sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas. Jadi, Hannah dah boleh mula makan. Ariq, belum cukup 4 tahun lagi.. Boleh diambil sebelum atau selepas makan. Halal.
ANAK SIHAT, MOMMY GEMBIRA
Selepas hampir sebulan anak2 Mommy cuba, boleh dikatakan setiap masa anak2 Mommy minta untuk makan. Rumah Mommy dah sentiasa kena ada stok makanan. Silap-silap mengamuk kalau lapar sangat tu. Mommy rasa ini kesan amalkan supplemen multivits ini. Moga berterusan dan berat boleh bertambah nanti. Inshaa Allah. Dan alhamdulillah, dah nampak semakin jarang mereka terkena sebarang jangkitan samada flu atau batuk.
NAK BELI DI MANA?
Farmasi yang paling mudah dicari iaitu Caring Pharmacy, Guardian dan Watson.
HARGA
Harga mampu milik semestinya.
- Multivitamin Syrup with Cod Liver Oil – 100ml – RM23.32, 500ml+100ml – RM56.18
- Kids Strawberry Gummies 30s – RM20.67
- Kids Blackcurrant Gummies 30s – RM20.67, 30s X 2 – RM30.74
- Kids Orange Gummies 30s – RM20.67, 30s X 2 – RM30.74
- Kids Strawberry Gummies 30S x 2 – RM30.74
- Kids Probiotic Multivitamin 30s – RM 26.50, 30s X 2 – RM42.40
- Evening Primrose Oil 30s X 3 – RM93.28, 30s X 6 – RM125.08
- Cod Liver Oil Gold 100s – RM26.50, 500s – RM83.74
JOM BELI SEKARANG?
Jangan lupa follow Facebook : SevenSeasMalaysia tau sebab kadang2 ada contest!
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh lawat laman web Sevenseas.
Nasihat Mommy, cubalah supplemen ini seandainya anak kalian ada masalah seperti Mommy.
Ditambah dengan masalah jerebu sekarang ini, elok sangat kalau amal supplemen macam ni untuk kuatkan antibodi anak2. Good Luck!
stok seven sea kat rumah tuk mikhail dah nak habis..beli paket kembar macam ni lagi jimat harganya.
dkna bancuh ngan susu jer bagi dia minum, kalau suap dengan sudu, memang tak masuk mulut…meleleh jer …hahhahaa..lepas ni nak try caliph pulak la..
sy br cuba. hehe. tgk cmne. bia lama sket..
org dewasa pun ada multivitamin kalau nak. just pergi farmasi je. hehe
anak dah ada selera dah.
masalhanya sekarang, bapaknya yang tak berapa senang nak makan nih..
kena makan angin plak kot? heee..
produk seven seas ni produk dah lama jugak bertahan.. bagus..
yup. dh lama. sbb tu berani cuba..
takdak anak lagi.. hehehe kalau ada anak leh tlg sugestkan . budak sekarang ni susah nak makan…
tu la psl. memilih. eh.. bukan kita pn sama ke? Hahaha
Budak sekarang ni dah banyak pilihan. Kejap-kejap KFC, lepas tu pizza, kemudian spegetti. Kalau dulu memang nasik, nasik, nasik. Nak tak nak balun jugak la.
Kira-kira, apakah di Indonesia produk ini tersedia? Terimakasih jawabannya
Salam dari negeri seberang 😉
saya tidak pasti. mungkin boleh hubungi facebook pihak syarikat untuk bertanyakan perihal ini..
Nk tnye yang cod liver oil capsule tu disahkan halal ke? Sbb apa yg saya tahu walaupun ianya dari bovine gelatin, cara penyelembihan diambil kira. Saya baru ja beli smlm lps tu terdetik plk nk baca artikel berkenaan bovine gelatine ni. Huhuhu. Mintak pencerahan.
Setakat yg sy tahu.. mereka mmg ada sijil halal
Sy baru je nk beli smlm kt farmasi…time nk byr…adik yg keje kat situ ckp produk ni x halal….
Yg mana 1 tu sis..
Alhandulillah halal…sy dh check halal.gov
terima kasih..
kalau nak campur dalam susu brpsukatan ml yer?
better avoid mix. nt anak x suka susu pulak