LIRIK POLAROID – SAKURA BAND

lirik-polaroid-sakura-band

POLAROID – SAKURA BAND | Actually Mommy dengar lagu ni pun selepas beberapa minggu lepas. Masa KoolFM buat mash up song. Unik tapi mula-mula tak faham apa yang dia sebut. Cari-cari lirik, rupanya part yang Mommy tak faham tu ialah “Jadikan polaroid”. Hahaha. Polaroid rupanya. Inilah pentingnya kena tahu lirik. Kang hentam je. Hahaha.

Korang kenal ke Sakura Band ni? Hmm.. Usia macam Mommy ni, for sure tertinggal dah kot. Nak tahu siapa dia tu, siapa dia ni. Dengar radio pun sekadar dalam kereta. Nak dengar kat ofis, dah block la plak. Redha lah mak baca case law dalam kebosanan. Sobs.

lirik-polaroid-sakura-band

Rupanya dorang ni dah lama dah nyanyi. Ditubuhkan dari tahun 2012 lagi. Dan banyak lagu dorang jadi OST drama-drama. Salah satunya lagu Polaroid ini la. Jadi OST Mr Boss Miss Stalker. Erm. Pun Mommy tak layan drama-drama ni. Hahahahah..

Eh layan jugak la lagu ni. Jom la layan sekali.

TENTANG LAGU POLAROID – SAKURA BAND

Polaroid ialah lagu daripada Sakura Band yang dikeluarkan pada tahun 2016. Lagu ini ditulis oleh Sakura Band dan mempunyai tema yang cukup santai — menikmati zaman muda, meluangkan masa bersama kawan-kawan dan menyimpan kenangan sebagai memori.

Sebab tu perkataan “Jadikan polaroid” tu memang kena dengan keseluruhan lagu. Polaroid digunakan sebagai gambaran untuk mengabadikan momen dan kenangan yang kita lalui bersama.

Lagu ini juga pernah digunakan dalam drama Mr Boss Miss Stalker sebagai salah satu lagu dalam drama tersebut.

MAKSUD LAGU POLAROID

Pada Mommy, lagu ni memang membawa vibe happy dan carefree.

Tak perlu fikir sangat pasal masalah. Keluar berjalan, jumpa kawan-kawan, minum kopi, menikmati masa muda dan paling penting — cipta kenangan yang boleh dikenang semula nanti.

Itu yang buat lagu ni terasa ringan dan menyeronokkan walaupun dah lama dikeluarkan.

Dan part “Jadikan polaroid” tu memang melekat dalam kepala. 😂

LIRIK POLAROID – SAKURA BAND

Tiba masa untuk kita ceritakan semua
Keluar berjalan meluang waktu hujung minggu
Grab your key and drive your car
All the way to Damansara
Come on this is the night
Have some cookies and coffee

Masa muda
Jangan pernah sia-siakan
Simpankan sebagai memori
Jadikan polaroid

Sungguh indah
Lupakan segala resah
Bersama sahabat gembira
Jadikan satu polaroid

Biarkan mereka berkata apa
Yang dirasa
Hidupkanlah hari ini muda
Hanya sekali

Grab your key and drive your car
All the way to Damansara
Come on this the night
Have some cookies and coffee

Masa muda
Jangan pernah sia-siakan
Simpankan sebagai memori
Jadikan polaroid

Sungguh indah
Lupakan segala resah
Bersama sahabat gembira
Jadikan satu polaroid

Hey! hey! hey!

Masa muda da da da da da da da da…
Masa muda
Jangan pernah sia-siakan
Simpankan sebagai memori
Jadikan polaroid

Sungguh indah
Lupakan segala resah
Bersama sahabat gembira
Jadikan satu polaroid

6 thoughts on “LIRIK POLAROID – SAKURA BAND”

  1. lagu faveret cikza, masa kursus haritu, cikza gunakan lirik ni translate ke omputih tau.. dengan zee avi kantoi.. lagu ni rancak menaikkan semangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!