Wed. Mar 19th, 2025

INI RASANYA PERASAAN IBU TUNGGAL

Salam

Dah seminggu lebih Daddy ada kat Mekah. Dah 2 kali juga Daddy berkesempatan buat Umrah dikala cuti dari bekerja.

Kalau pegi dulu sempoi je, sekarang…

Hihi.

Gambar ni kali ke 2 Daddy buat umrah. Alhamdulillah. Happy for him.

Bila Daddy takde ni, memang kerja jadi double. Mommy yang memang selama ni OCTOPUS, dah jadi OCTOPUS KEMBAR SIAM. Huarghhhhhh.

Memang kental la rasa. Takde sape2 boleh tolong kan? So semuanya kenalah plan sendiri.

Bab mandikan anak, siap-siap barang, siap-siapkan makanan, siap-siapkan iron baju anak, siap-siapkan diri sendiri. Semua sangat penting untuk plan ahead.

Malam-malam, wajib kemas baju dorg. Iron uniform Hannah. Iron baju sendiri sekali. Siap masuk beg.

Alaa.. basic info je kot. Tu pun nak kecoh Mommy nih!!

Betul. Mmg basic info je pun. Tapi, ada yang lebih suka kumpul segala benda pagi-pagi kan?? Kalut nanti. Dah jadi ‘ibu tunggal sementara’ nih, dan kalau rasa masa kurang mencukupi (manalah tau anak2 cranky taknak bangun mandi), so siapkanlah segala2nya waktu malam.

Kan???

Tak nak follow takpe. Ini Mommy punya task.

Pastu insaf..

Macam mana la ye kalau suami takde? Nauzubillah.

Mommy doa Daddy balik dengan selamat tau. Tolong masak ayam masak sambal. Lapar. Eh.

Tambah-tambah pula bila tetiba HDAE sakit. Allah. Perkara paling Mommy cuak tau!

Jumaat lepas, cikgu tadika HD yang tak pernah2 call, tetiba call & bagitau suhu Hannah 38. Dah la ubat memang confirm dorang tak kasi. Cuma mandikan aje. Bagus gitu tapi Mommy la dengan segeranya terbang balik rumah. Nasib baik jam masa tu dah 430. Skip la sejam dengan izin bos. AE pulak flu secara tiba2 dengan teruk sekali. Hmmm

Sampai rumah, mandikan lagi sekali, bagi vco 10ml, baru dia rilek sikit untuk tidur. Masa tengah tidur tu, Mommy sempat la masak sekejap. Then pergi ambil adik sambil tawakkal je Hannah alone di rumah. Sebelum tu dah pesan dah, Mommy nak kua ja ambil adik. Lagipun rumah pengasuh blok yang sama.

Syukur juga Mommy dah tak stay tingkat 4 macam masa Daddy outstation ke Jepun selama 2 minggu. Parok jugak masa tu. Nasib la 2 minggu. Ini? 2 bulan bagaikan 2 tahun rasa.

Dengan 2 anak-anak syurga nih. Allah.

Mommy tau. Ramai lagi yang selama ini handle semuanya alone. Dan ada juga yang lagi susah. Mommy ingat yang tu lah Mommy jadi automatik kuat sikit. Hmm

Cuma bila both of them sakit2 nih, Hannah demam sampai 3 hari, Ariq flu teruk pun sampai hari ni start Jumaat lepas, buat Mommy rasa nak patah kaki je. Nak give up tak boleh sebab.. macam mana pun Mommy tetap kena teruskan hidup.

Anak-anak dah sihat nih, Mommy kena la kuat semangat sikit.

So, lagi berapa hari Daddy nak balik?

12 Oktober 2015.

Bila nak balik? Repeat again?

T__T

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!