Fri. Jan 17th, 2025

ID.AZ FACE FIT CU-V TENSIONING SLEEPING PACK – MY FIRST IMPRESSION

ID.AZ FACE FIT CU-V TENSIONING SLEEPING PACK - MY FIRST IMPRESSION 5

ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack. Antara rahsia orang Korea jaga kelembapan kulit adalah dengan memakai sleeping pack. Atau kalau nak mudah faham, sleeping mask lah.. Kenapa sleeping mask? Sebab kita pakai sebelum tidur. Cara dia bertindak adalah ketika tidur. Awesome kan?

Kadang-kadang bila kita pakai sheet mask, mesti ada isu terlajak pakai, terlelap masa pakai ke kan? Nah kali ni, tak perlu tunggu pun. Sapu di muka, pastu tidur. Haaa.. Sebelum tu, jangan lupa cuci muka pula..

ID.AZ FACE FIT CU-V TENSIONING SLEEPING PACK - MY FIRST IMPRESSION

FIRST IMPRESSION MOMMY TENTANG ID.AZ FACE FIT

Packaging

ID.AZ FACE FIT CU-V TENSIONING SLEEPING PACK - MY FIRST IMPRESSION 1

Pertama sekali yang Mommy kagum adalah packaging mereka. Serius lawa gilerrr.. Mulanya Mommy ingat kaca. Rupanya plastik. Jadi kalau terlepas, tidak lah perlu menangis di bucu katil.

ID.AZ FACE FIT CU-V TENSIONING SLEEPING PACK - MY FIRST IMPRESSION 1

Apa pun, perlu jaga la juga. Plastik pun boleh pecah kalau kuat sangat terhempas kan?

Kotak pun cantik. Setiap sisi ada tulisan dan penerangan. Dalam English pun ada, in which rare juga la bagi produk Korea yang biasa Mommy terima.

Tekstur

ID.AZ FACE FIT CU-V TENSIONING SLEEPING PACK - MY FIRST IMPRESSION 1

Selain packaging yang menarik, Mommy sangat suka tekstur produk ini yang cepat meresap ke dalam kulit. Memang tak melekit langsung.

Jadi, takdelah isu melekat di sarung bantal ke, tidur dalam kebasahan di wajah ke. Haha.. Over Mommy. But serius, memang best. Plus, tidak mempunyai bau yang pelik. Lembut je bila sapu di muka.

CARA GUNA ID.AZ FACE FIT CU-V TENSIONING SLEEPING PACK

Cara menggunakan Sleeping Pack ini mudah jer. Selepas korang selesai semua rutin penjagaan wajah iaitu cuci muka dan memakai toner, ini adalah langkah terakhir sebelum korang masuk tidur.

ID.AZ FACE FIT CU-V TENSIONING SLEEPING PACK - MY FIRST IMPRESSION 1

Cuma calit dan sapu di seluruh wajah. Done! Dah boleh tidur.

Sepanjang hampir sebulan Mommy konsisten menggunakan Sleeping Pack ini, 3 kali seminggu (sayang nak guna setiap malam), Mommy jamin kulit lebih tegang dan lembut. Toing toing macam tu. Haaa, boleh imagine tak?

KEBAIKAN ID.AZ FACE FIT CU-V TENSIONING SLEEPING PACK

Kalau korang nak tahu, antara kebaikan ID.AZ Face Fit ini adalah :

  • Membantu menganjalkan kulit
  • Membantu melembapkan kulit
  • Membantu mengurangkan garisan halus dan kedutan
  • Anti penuaan (anti-aging)
  • Membantu penghasilan v-shape di wajah
  • Bebas Paraben, Synthetic Dyes & Fragrances, Mineral Oils

V-Shape gaisss.. Tirus la muka Mommy semula sebab sekarang nih dah makin mengembang. Korang tunggu! Hahahaha..

ID.AZ FACE FIT CU-V TENSIONING SLEEPING PACK - MY FIRST IMPRESSION 1

HARGA

Ada yang tanya harga ke? Ok baru ni Mommy tengok di Watson Online, harga normal adalah RM199, tapi ada diskaun sekarang ni.. Cuma RM169.15 jer.. Haaa.. Apa lagi?

Korang boleh follow Instagram account idplacosmetics_my untuk maklumat lanjut.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

12 thoughts on “ID.AZ FACE FIT CU-V TENSIONING SLEEPING PACK – MY FIRST IMPRESSION”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!