Thu. Feb 13th, 2025

KEYBOARD ANDROID PHONE TEMA HELLO KITTY

KEYBOARD ANDROID PHONE TEMA HELLO KITTY (7)

Tak habis-habis dengan Hello Kitty. Haha. Nak buat camna, dah minat. Heeee..

Malam tadi Mommy dapat keyboard android phone yang dibeli 3 minggu lepas melalui Shopee. Punyalah excited bila buka. Terus test!

KEYBOARD ANDROID PHONE TEMA HELLO KITTY
Android OTG Mouse Mobile Phone Holster Keyboard Protective Cover

Aksesorinya adalah keyboard cover, lengkap dengan mouse. Android sahaja tau.

KEYBOARD ANDROID PHONE TEMA HELLO KITTY (4)

Cable usb yang disediakan tu standard for Android. Pastikan phone korang boleh guna OTG untuk guna keyboard ini.

Kalau android yang guna usb type c, kena lah pergi cari cable dulu kot. Mommy tak pastilah macam mana..

KEYBOARD ANDROID PHONE TEMA HELLO KITTY (7)

 

Kalau ada tablet, pun boleh letak di sini. Sebab tempat hold phone/tab pun adjustable. Yup. Korang leh cabut & letak ikut selesa phone korang tu. Pelekat jenis velcro. Kuat betul nak tarik pun.. So melekat elok lah..

KEYBOARD ANDROID PHONE TEMA HELLO KITTY (8)

Pandangan hadapan.. Macam diari tebal gitu..

KEYBOARD ANDROID PHONE TEMA HELLO KITTY (4)

Keyboard pun selesa jer masa menaip. Memang bergunalah untuk Mommy nanti. Nak tulis entri blog kat Jepun katanya. Hikhik.

Nak bawa laptop, berat! Dengan barang lain lagi. Makanya.. ini solution terbaik dan mudah serta pantas. Heeee..

KEYBOARD ANDROID PHONE TEMA HELLO KITTY (7)

Pandangan dari belakang.. Ada stand.

KEYBOARD ANDROID PHONE TEMA HELLO KITTY (7)

Harga Mommy beli cuma RM27. Boleh cari Preferred Seller dalam Shopee tu. Pepandai lah korang baca review. Mana tahu jumpa yang Mommy tulis review. Hehehe..

Ambil masa around 3 minggu untuk sampai dari China.

Ada je harga RM15++. Tapi tiada corak.

Pesanan : Keyboard ini boleh digunakan ketika bateri fon korang full. Kalau tak, Mommy pun tak tahu macam mana nak guna sambil charging. Dah puas ikhtiar, tak jumpa pula jalan. Huhuu..

****

Actually, keyboard macam ni dah lama Mommy ada. Dulu beli untuk 2 tablet murah. Last-last mana Mommy campak tah. Tablet pun jahanam dek anak-anak campak. Huuu.

Then, dulu ada dapat hadiah contest nih. Jenama Samsung. Original tu..

Jenama Samsung. Original tu..

Lepas tu, tak menahan nafsu, nampak keyboard ni yang boleh guna serentak kat tab & phone, terus beli. Hahaha. Jumpa kat Digi Store.

KEYBOARD ANDROID PHONE TEMA HELLO KITTY (7)

Tapi, paling bahagia, keyboard kat ofis dulu lah. Hahahhaa.. Sampai sekarang ok tau.. Masa ni beli kat website Lelong. Zaman sekarang ni, Shopee lagi senang. Murah pun yer..

KEYBOARD ANDROID PHONE TEMA HELLO KITTY (1)

Haaaa.. so mau tau lah Mommy memang gila HK. Cuma belum tahap royan dan masih boleh dikawal. Heeeee..

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

9 thoughts on “KEYBOARD ANDROID PHONE TEMA HELLO KITTY”
  1. Hahaha.. Haida pun terpengaruh beli juga… Tak sabar nak tunggu sampai.. kalau dah minat nak buat mcm mana kan.. hehehe

  2. Salam smua Sya pun sama jga btang dah sampai tpi tak thu nk buka tak keluar apa pun ada sapa2 leh ajarkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!