Tak berani janji dah ini yang last! Hishhh.. Susah betul la bila dah start sayang sesuatu ini. Mommy memang aim warna-warna yang tertentu, cuma warna ini memang out of the list sebenarnya.
Baca : Sudah 5 ekor kucing di rumah
Kisahnya bermula bila Mommy hanya gurau-gurau cakap yang Oyen ni pelengkap ‘collection’. Dan baru-baru ni, Mommy ada la juga cari oyen gebu dalam group post di Facebook. Tiada yang Mommy berkenan lagi masa tu.
Dan bila Mommy balik kampung untuk raya baru-baru ni, Daddy ada ke pasar di Tikam Batu, Sg Petani untuk beli kelengkapan memasak yang mak perlukan. Dan masa ni, Daddy ada terjumpa seekor oyen marble berjalan di pasar tu. Kecik tapi comel.

Soalan Daddy, “nak?”
Haihhhhhhh.. Tak kan la tak nak? Jawab Mommy dalam hati.
Mommy dengan tenangnya menjawab “Hannah kata nak”
Ecewah.. padahal hati ni memang nak juga. Apatah lagi coraknya sebijik macam Mya masa kecik. Memang jatuh cinta pandang pertama. Masa ni sebenarnya hati tak keruan bila tengok kurusnya dia. Mesti tak cukup zat. Tskkk..
KALAU DAH REZEKI
Daddy balik dulu ke rumah lepas beli barang. Mommy pun masa tu macam masih belum betul-betul decide nak ke tak nak. Hati masa tu memang rasa nak la.
Sekali mak tanya “daging beli tak?”
Daddy geleng kepala sebab tak perasan mesej. Adakah ini petanda? Daddy suruh Mommy siap la kalau betul-betul nak. Hee.. hati memang girang la masa tu.
Terus kami ke pasar masa tu, dengan persiapan bakul dan kain lapik. Risau dia kotor n all..
Pada mulanya memang tak jumpa langsung. Daddy memang pusing satu pasar mencari. Dengan ramai orang masa tu. Mujur juga la Daddy bukan mudah give up. Kalau dah rezeki tu, berjumpa juga akhirnya.


Memang rezeki kami jumpa si oyen cantik ni. Rezeki dia juga bila kami decide nak jaga dia sebaiknya. Inshaa Allah. Ya Allah. Murahkan rezeki kami kerana dalam rezeki kami, ada hak mereka. Amin..
SEPANJANG MASA TIDUR
Hari kami ambil tu, sebenarnya dah decide nak balik KL dah. Ya, raya kedua kami dah nak balik KL. Sebab dah 5 hari tinggalkan 5 ekor kat rumah ni. Apatah lagi tengok report Catlink yang jamban mereka dah full! Risau la juga kang hauk satu rumah.

Kat rumah mak, Mommy ambil sangkar kucing lama & sediakan makanan dulu kat situ. Lepas makan, membuang apa yang patut, kami masukkan dalam rumah. Wah.. dia punya tidur, sampai Ariq pun tanya ‘dia mati ke?’ ahahahah.. Adehh..
Sempat la Mommy buang habis kutu sesat yang ada.
Sepanjang jalan ke KL, memang dia hentam tidur je. Mommy riba dia dari Sg Petani sampai la ke Kajang. Siap berselimut dalam sarung bantal tu. Memang tak sedar dunia langsung. Betul-betul cover tidur nih.
Sampai je rumah, Daddy setelkan bab sangkar, pasir dan makanan dia dulu. While Mommy kena bertungkus lumus setelkan loji kumbahan tinggalan anak-anak 5 beradik tu. Pening. Banyak betul hasil. Hahaha. Syukur mereka behave. Takde langsung barang rumah Mommy terjejas. Terima kasih anak-anak.
Rasanya ini paling lama kami tinggalkan. Sampai 5 hari. Banyak pengajaran juga la.
STANDBY BILA OYEN IN DA HOUSE – NAMA DIA YUMI!
Ramai yang suruh standby dengan dengan perangai Oyen kalau ada di rumah. Mommy dalam hati sentiasa cakap, inshaa Allah anak ini tidak akan menyusahkan Mommy. Hahaha. Inshaa Allah!

Kami namakan dia Yumi selepas beberapa nama dipilih. Asalnya pilih Yuri, Hannah cakap ada maksud kurang manis. Jadi, kami tukar ke Yumi yang membawa maksud cantik.
Yes she is!
YUMI CANTIK!








masya Allah comelnya yumi.. kami nak bela kucing, tapi si kecik tu alergik pulak dengan kucing.. baru balik kampung main dgn kucing dah naik ruam kat muka.. nasib dgn rabbit dia ok je..
Cantik la corak dia.. harap yumi ni behave la tak macam oyen-oyen yg viral..hahaha
kucing sy semuanya oyen haha… cantik sgat Yumi