Tue. Jan 21st, 2025

ENSANY GLOBAL DI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN UNTUK MENCETAK QURAN DALAM KOD BRAILLE

ENSANY-GLOBAL-DI-MAJLIS-PENYERAHAN-SUMBANGAN-UNTUK-MENCETAK-QURAN-DALAM-KOD-BRAILLE

Selain cetakan salinan keras, zaman sekarang lebih maju dengan adanya telefon pintar yang menyediakan aplikasi Al-Quran secara digital. Bagaimana pula dengan golongan kurang upaya cacat penglihatan?

KOD BRAILLE HANYA BERTAHAN 5 TAHUN SAHAJA?

Ya. Tahukah anda, bahawa Al-Quran dan Kitab yang dicetak dalam Kod Braille hanya mampu bertahan selama 5 tahun manakala kos untuk mencetak Al-Quran dan Kitab adalah RM0.50 sehelai.

Begitulah Ensany Global dimaklumkan ketika berkunjung ke Pusat Penerbitan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

Kos percetakan dan mesin yang mahal menyebabkan Al-Quran dan Kitab dalam Kod Braille tidak dapat disedarkan secara meluas kepada golongan kurang upaya penglihatan di Malaysia.

ENSANY GLOBAL SEBAGAI WADAH PENGUMPULAN DANA

Ensany Global sebagai satu wadah pengumpulan dana secara atas talian telah tampil membantu pihak PERTIS agar Al-Quran dan Kitab Braille dapat diedarkan secara percuma kepada OKU penglihatan.

Justeru, Ensany Global telah melancarkan tabung Waqaf Al-Quran dan kitab dalam Kod Braille sepanjang Ramadan 2020 bagi menyokong usaha pihak PERTIS dalam memperjuangkan hak pendidikan golongan Kurang Upaya Penglihatan di Malaysia.

Turut serta dalam menjayakan kutipan dana ini adalah Yayasan Maghfirah.

Alhamdulillah, usaha ini turut mendapat sokongan orang awam bukan sahaja di Malaysia bahkan negara ASIA terdekat dengan dana terkumpul RM668,195.

Baru-baru ini, pada 10/07/2020, sebuah majlis rasmi penyerahan sumbangan oleh Ensany Global dan Yayasan Maghfirah kepada pihak PERTIS, bertempat di Unit Penerbitan PERTIS di Brickfield.

TABUNG KELESTARIAN ORANG KURANG UPAYA PENGLIHATAN TURUT DILANCARKAN

Dalam pada masa yang sama, majlis ini turut diadakan bagi melancarkan Tabung Kelestarian orang Kurang Upaya Penglihatan di Malaysia.

Di mana tabung ini ditubuhkan untuk membantu pihak PERTIS mengumpul dana bagi membina kompleks khas untuk orang kurang upaya penglihatan di Malaysia.

Tabung Kelestarian Orang Kurang Upaya Penglihatan Islam Malaysia ada projek usahama antara Ensany Global, Yayasan Maghfirah dan PERTIS.

Mommy doakan urusan dan usaha semua pihak maju jaya. Inshaa Allah.

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Ensany Global (www.ensany.com).

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!