Sat. Jan 11th, 2025

APA NAK BUAT KALAU ANAK TANTRUM DI RESTORAN?

APA NAK BUAT BILA ANAK TANTRUM DI RESTORAN

Jeling orang? Ehehe.. Ok gurau-gurau. Ye, Mommy ada jer tengok video tular pasal kalau tak suka anak-anak orang bising, bungkus jer dan balik makan kat rumah. Terbalik kan? Ye, sepatutnya, kalau kita dah tak mampu nak kawal anak kita, kita yang sepatutnya ‘lari’ dari situ.

Semasa fasa Ariq yang masih tantrum dan speech delay, maksudnya sebelum umurnya 5-6 tahun, Mommy dah lalui kepenatan ini. Kalau salah cara, dia boleh baring terus di mana yang dia suka. Kalau kat restoran, teramat jarang lah kami nak boleh makan tenang. Biasanya memang bungkus la better.

Nak pergi majlis orang? Nak ziarah hari raya? Semua tu jauh sekali yer. Baik lepak rumah lagi senang. Tak sanggup rasanya. Namun, kami tetap manusia, yang perlu sekali sekala keluar ambil angin luar.

Dalam hal ini, kita sebagai ibu bapa lah kena CERDIK sikit. Pantau sekeliling samada kawasan itu sesak atau tidak. Macam Ariq yang autism ni, dia memang tak boleh sesak. Contohnya kenduri. Biasanya Daddy akan makan laju-laju dan jaga Ariq lepas tu. Bawa dia jauh dari kawasan sesak. Bagi Mommy ketenangan untuk makan dan jaga Hannah makan sekali.

APA NAK BUAT KALAU ANAK TANTRUM DI RESTORAN?

Mommy terbaca tips di page Public Health Malaysia, jika anak menangis dan membuat bising di restoran ini yang perlu anda lakukan.

  • Tetap tenang: Penting untuk kekal bertenang kerana merasa marah atau memarah anak hanya akan memburukkan keadaan
  • Pindahkan anak: Jika tangisan anak mengganggu pelanggan restoran lainnya, bawa anak keluar atau ke kawasan yang lebih tenang
  • Berikan keselesaan : Dukung dan peluk anak serta beri kata-kata yang menenangkan.
  • Cari tahu penyebabnya : cuba tahu apa punca tangisan anak dan cuba untuk mengatasinya.
  • Alihkan perhatian anak ke hal lain: Tawarkan benda atau permainan yang membuat anak teralihkan perhatiannya.
  • Minta maaf kepada pelanggan lain: Jika tangisan anak mengganggu pelanggan restoran lainnya, minta maaf kepada mereka dan beritahu mereka bahawa anda melakukan yang terbaik untuk mengatasi situasi tersebut.

Ingatlah bahawa tangisan anak adalah sebahagian dari perkembangan anak, dan penting untuk menanganinya dengan kesabaran dan tenang. – PHM.

Baca juga : Tips anak mengamuk

PENGALAMAN PAHIT

Episod pengalaman pahit ni banyak, tapi Mommy nak cerita salah satu kes. Kerja Mommy as blogger nih, memang banyak sangat jemputan review untuk pergi sana sini dan ada yang menjemput sekeluarga untuk datang. Nah contohnya macam bulan ini, banyak sangat jemputan untuk review ramadan buffet. Sekarang ni memang boleh la nak pergi sebab Ariq dah ‘faham bahasa’ dah.

Kalau diingat dulu, memang semua terpaksa rejek atau Mommy hanya pergi seorang diri.

Pernah sekali, Mommy teringin sangat-sangat nak bawa family Mommy ke review buffet ramadan di satu hotel terkemuka di KL. Jadi, bersemangat waja la juga di hati masa tu sambil prepare mental dan fizikal. Alhamdulillah, anak-anak bagi kerjasama dan bila Daddy dah free sikit lepas makan, Daddy bawa la anak-anak main kejap di kawasan yang disediakan untuk kanak-kanak.

Masa bermain tu, Ariq biasa lah. Masih tak pandai lagi nak mingle dengan orang lain selain kakak dia, Hannah. Jadi bila bermain ni, Ariq punya habit adalah suka melambung-lambung mainan. Daddy yang masa tu tengah pantau, pesan juga la jangan lambung-lambung macam tu. Jadi ada seorang parent ni, agak kuat juga la suaranya masa tu cakap jangan la buat macam tu nanti kena anak dia. Sebagai parent, masa tu agak tersentak juga la dengan suara macam tu. Kuat!

Tapi memikirkan yang anak kita ni special, kita explain juga la masa tu kat parent tu. “maaf encik, anak saya autism. dia mungkin tak tahu yang cara dia main sorang-sorang tu, boleh bahayakan orang lain. kami minta maaf”.

Daddy masa tu terus ambil Ariq tanpa lengah. Bawa ke kawasan kakaknya pula. Biar kakak yang layan adiknya masa tu. Sedih kan? Nak berkawan, tak pandai nak cakap. Main sendiri, kena tegur pula. Tapi kami tak marah parent tu, ye la. Sedar anak kami ada kelainan. Lebih baik kami yang bertindak dulu. Tak perlu nak panjang-panjang kes.

Jadi, kami sentiasa pastikan kalau Ariq nak bermain kalau pergi mana-mana, memang jauh dari orang lain. Takut bila Ariq teruja sangat, terkena orang lain pula tanpa kami sedar.

Lama juga la nak ambil masa untuk Ariq betul-betul faham. Bila dah masuk sekolah ni, dia dah pandai la sikit bergaul. Kesian la juga kat Hannah kadang tu, nak berborak dengan adik, tak macam anak tipikal yang lain. Tapi, sekarang ni dah besar, seronok pula Mommy dengar cara Ariq atur setiap perkataan bila berborak.

Konklusi di sini, kita sahaja yang kenal anak-anak kita. Jangan expect orang lain untuk faham kalau kita tiada usaha untuk kawal keadaan. Untuk cikgu tersebut, walau apa pun niat cikgu, kita cubalah untuk berubah. Supaya tak menyusahkan orang lain. Kawal selagi boleh. Orang lain nak pandang bila kita dah buat yang terbaik (kawal anak kita), biarlah. Kalau dah terlalu bising tak terkawal, kita yang blah cepat-cepat. Jangan expect orang untuk faham.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!